Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 15 Julai 2018

Bubur Pulut Hitam kegemaran kami


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bubur yang semua orang suka.
Rumah Ampang & rumah Nilai favourite dessert. Mesti laku keras jika buat.
Paling sedap makan time sejuk2. Rasa macam makan aiskrim.

Bahan:
2 cawan pulut hitam, rendam sekitar 3 jam
2 cawan gula
1 helai daun pandan, disimpul
700ml air
250ml santan kotak
1/4 sudu garam

Penyediaan:
1. Masukkan air ke dalam periuk & rebus pulut hitam yang direndam tadi hingga kembang sekitar 20 - 25 minit. Kacau sekali sekala.
2. Setelah pulut hitam kembang, masukkan gula . Kacau seketika & kemudian masukkan santan kotak. Jika terasa bubur agak pekat, masukkan 1-2 cawan tambahan air (yang ni ikut suka). Masukkan garam dan masak hingga mendidih.
3. Senduk bubur pulut hitam dalam mangkuk. Pati santan (jika suka) sudukan sedikit ke atas bubur sebelum dihidang. Siap. .

Jika suka sejuk, setelah bubur agak suam, masukkan dalam fridge & biarkan dalam 1-2 jam. Enak bangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...