Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Tempoyak Udang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

My favourite dish. Udang & tempoyak.
Untuk anda yang suka tempoyak, gulai pedas & udang, boleh cuba menu ni.

Bahan:
1/2kg udang dibuang kepala & ekor
2 cili merah
20 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu tempoyak
2 cawan air
1 tangkai daun kunyit
Garam & gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar cili padi, cili merah & kunyit dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan air, tempoyak & kacau dengan bahan kisar supaya sebati. Selepas itu, masukkan pula daun kunyit & udang. Kacau seketika & letakkan periuk atas api sederhana.
3. Kacau kuah hingga udang kelihatan separuh masak. Perasakan dengan gula & garam. Sebaik kelihatan kuah mendidih, udang dah masak, tutup api & siap. Enak dimakan dengan nasi panas berserta ulam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...