Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Penne dengan Sup Sayur Cili Kicap
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sup-sup ni memang sedap dimakan bila dah boring makan nasi, dah boring makan berminyak & badan rasa tak sedap. Ia juga menu mudah bila nak cepat. Ialah, nak buat sup sayur, campak aje stok sayur dalam peti ais ke dalam periuk. Boleh juga letak ayam atau fish ball / fish cake jika suka. Meh, saya kongsi resipi penne dengan sup sayur + cili kicap. InsyaAllah membuka selera.
Bahan:
1 pek pasta penne direbus al dante
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 dada ayam dipotong dadu
1 liter air
1 batang lobak merah hiris serong
1 jambak brokoli
2 batang saderi dihiris serong
2 jambak bakcoy dipotong kasar
10 kuntum cendawan tiram
1 biji tomato dipotong 6
1 kiub pati ayam (jika suka)
10 ketul fishball belah 2
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak zaitun / minyak sayuran. Tumis bawang besar, bawang putih & ayam hingga naik bau.
2. Masukkan lobak merah & air. Masak hingga lobak sedikit lembut. Kemudian masukkan brokoli & batang saderi. Masak seketika.
3. Selepas itu, masukkan bakcoy, cendawan tiram, fishball & kiub pati ayam. Masak hingga mendidih. Masukkan garam 2-3 sudu kecil (ikut rasa anda) & kacau. Masukkan tomato & masak dalam 1-2 minit lagi & siap.
Untuk cili kicap, anda hiris cili padi & masukkan dalam mangkuk kecil berisi sedikit air gula, 7 sudu besar kicap masin, 1 sudu besar kicap pekat & 1 biji perahan limau kesturi. Kacau & tekan sedikit cilinya. Siap penne dengan sup sayur dan cili kicap kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan