Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam Masak Kicap Lada Hitam Bermadu


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi ayam masak kicap hitam ni memang femes kat ITM Melaka19 tahun lalu (sampai bila menu ni ada X tau lah). .

Saya jenis jarang makan di kafe sebab selalu ke dining. Tapi, entah macam mana, satu hari tu saya beli lauk di kafe. Nampak ayam ni menarik & ramai yang ambil. So, bila dah makan, baru tahu rasanya sedap. Kiranya menu ayam ni jika ada, sekejapan sold out.

Ini resipinya saya jumpa di Facebook. Ada orang kongsikan. Saya dah cuba. Alhamdulillah menjadi meskipun tak sesedap orang yang masak di kafe dulu (hanya dia tau sukatan sebenar). .

Bahan untuk ayam:
4 ketul ayam
1 Telur
1 sudu kecil tepung jagung
4 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk & kacau ia. Dalam pinggan lain, satukan tepung jagung, tepung gandum & garam. Gaul hingga mesra.
2. Panaskan kuali & sebaik minyak panas, celupkan ayam ke dalam telur & kemudian sadurkan dengan tepung. Goreng hingga keemasan.

Bahan kuah:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dihiris
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu besar lada hitam biji
2 sudu besar kicap pekat
Garam & gula secukup rasa
1 sudu kecil tepung jagung
4 sudu besar madu (jika madu jenis manis, kurangkan sukatan)

Penyediaan:
1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, serai & lada hitam.
2. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali & tumis bawang besar yg dihiris.
3. Kemudian, tumis bahan yg dikisar tadi hingga naik bau.
4. Selepas itu, letak kicap pekat, madu & sedikit garam & gula.
5. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air & masukkan dlm kuali. Masak hingga kuah sedikit memekat. Jika nak banyak kuah, tambahkan 1/2 cawan air & tambah juga sedikit gula & garam.
6. Matikan api. Gaul ayam yang telah digoreng tadi hingga mesra. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...