Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 29 Januari 2018

Jemput-jemput Lobak Merah & Ketumbar


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk resipi jemput-jemput @ cekodok kali ni, saya add on sedikit bahan cara membuat bakwan. Experiment. Alhamdulillah sedap. Anda boleh cuba jika suka bau makanan berempah.
Enak dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos atau sambal bilis.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 parutan lobak merah
1/2 cawan ikan bilis yang direndam sekejap
1 sudu besar hirisan daun bawang
1 biji telur
1 sudu kecil garam halus
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
1 sudu besar ketumbar

Penyediaan:
1. Tumbuk bahan hingga lumat. Masukkan dalam bekas sederhana besar. Masukkan semua bahan lain yang tadi & gaul mesra. Jika adunan keras tambah air sikit, jika adunan lembik tambah tepung sikit.
2. Panaskan minyak pada api sederhana & apabila panas, masukkan sesudu demi sesudu. Goreng hingga warna keemasan atau masak. Jemput-jemput ni gelap sedikit sebab warna ketumbar & bawang besar yang kita tumbuk tu.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...