Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 29 Januari 2018

Bakwan Jagung


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Masa saya tonton beberapa video atau lihat gambar, saya tengok kenapa kuih jemput-jemput mereka banyak sayur atau jagung yang timbul berbanding yang selalu saya buat (lebih tepung & isinya biasa-biasa sahaja). Rupa-rupanya ada jemput-jemput yang dinamakan bakwan & bila di'google', ia resipi dari Indonesia.
So, jom kita cuba resipi ni tapi ia sedikit berminyak ya.

Plus, jika anda tak suka jagung, boleh letak parutan lobak merah atau kentang (tangan akak terkena sikit minyak dari letupan isi jagung, hati-hati ya...) .

Ini resipi penyediaannya.
Bahan-bahan:
1. 2 tongkol isi jagung (boleh juga guna jagung tin)
2. 1 biji bawang besar dihiris
3. 2 tangkai cili merah dihiris
4. 1/3 cawan ikan bilis (rendam sebentar dalam 3 minit agar ia lembut)
5. 1/4 cawan daun bawang
6. sebiji telur
7. 4 sudu besar tepung gandum
8. 2 sudu besar tepung beras
9. 1/2 cawan air
10. Minyak untuk menggoreng

Bahan tumbuk:
1. 2 biji bawang merah (saya cuma guna 1/4 bawang besar)
2. 3 ulas bawang putih
3. 1 sudu besar ketumbar
4. 1 sudu besar gula
5. 1 sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Tumbuk lumat semua bahan tumbuk. Ketepikan.
2. Masukkan kesemua bahan tadi (kecuali minyak) & gaul mesra. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk. Gaul mesra.
3. Panaskan minyak dalam kuali atau pan (jangan letak minyak banyak sangat). Guna api sederhana. Setelah panas, masukkan sesudu demi sesudu adunan bakwan tadi. Terbalikkan bakwan tersebut bila sudah garing bawahnya. BERHATI-HATI jika masak bakwan jagung ini kerana ada ketika, jagung akan meletup (ala-ala macam pop corn). Saya sarankan guna sudip panjang skit. Bukan apa, dah nak habis saya menggoreng, tetiba seketul jagung meletup dan terus minyak panas kena tapak tangan. 
4. Apabila sudah siap digoreng, boleh makan cicah sos ataupun sambal bilis. Siap.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...