Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Shashuka @ Shatshuka dengan pepperoni ayam
Dah lama nak cuba resipi telur ni tapi dari hari ke hari tak dapat.
Alhamdulillah rezeki dapat cuba hari Sabtu lepas. Ini pun ada menderhaka skit resipinya ikut citarasa Asia & bahan yang ada dalam fridge.
Jika anda takde pepperoni pun takpe sebab resipi asal takde bahan ni. Saje tambah sebab nak habiskan stok. Bila tanya mak ayah mertua ok ke rasa telur ni, depa kata ok aje. Siap habis makan. So, saya assume bolehlah masuk ke tekak mereka.
Shashuka @ Shatshuka ni anda boleh makan dengan roti, capati, nasi atau begitu sahaja. Suka suka hati & tekak :)
Ini resipinya.
Bahan:1 labu bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1 cawan pepperoni dihiris
2 tangkai cili merah didadu
2 tangkai cili hijau didadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan
2 sudu puri tomato
1/2 cawan air
4 biji telur
2 sudu besar minyak zaitun / sayuran
Garam & gula secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali non stick. Setelah minyak panas, masukkan bawang besar & kemudian bawang putih. Masak hingga naik bau. Kemudian masukkan pepperoni & goreng seketika.
Kita masak bawang & pepperoni ni hingga sedikit garing.
3. Masukkan pula serbuk cili, paprika, lada hitam, jintan dan puri tomato. Gaul mesra & kemudian tambahkan air. Gaul lagi. Sebaik kuah mula menggelegak, masukkan telur ayam satu persatu & jarakkan. Perlahankan api & tutup masakan dengan penutup agar telur & kuah masak sepenuhnya. Masak lebih kurang 8-10 minit. Jika anda suka kuning telur jenis cair, masak lebih kurang 5 minit.
Happy cooking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan