Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 15 Januari 2018

Resipi Cempedak Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Rezeki kami sekeluarga dari kakak ipar yang beli buah cempedak ni time dia merayap semalam dengan kawan2 dia. Apalagi, kita goreng lah...
Jika kat tempat anda tengah musim buah cempedak, boleh cuba resipi ni. InsyaAllah sedap.

Bahan:
14-20 ulas cempedak
2 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
Secubit garam
1 cawan air (letak sedikit demi sedikit agar adunan tak terlalu cair)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana.
2. Campurkan semua bahan & jadikan adunan yang tak berapa pekat, tak berapa cair. Kemudian, masukkan ulas cempedak ke dalam adunan & gaulkan agar ianya berbalut/melekat (coating)
3. Masukkan seulas demi seulas cempedak ke dalam minyak panas dan masaknya hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Siap

Happy Cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...