Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 26 Januari 2018

Blueberry Milkshake @ Susu Kocak Buah Beri Biru


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Blueberry milkshake @ susu kocak buah beri biru.
Untuk anda yang nak lari dari chocolate or vanilla milkshake, boleh cuba buah-buahan pula. Buah beri ni encik suami terbeli masa merayap ke Jaya Grocer. Harganya sedikit murah dengan jumlah isi dalam peknya. Bila dia dah beli, saya sengih ajelah...

Ni resipi dari suami.

Bahan:
12-15 biji buah blueberry
1 cawan susu fullcream/anchor sejuk
2 skop aiskrim vanila
1 sudu besar madu
Whip cream

Penyediaan:
1. Kisar semua bahan dalam mesin pengisar (blender) kecuali whip cream.
2. Setelah bahan kisar halus, masukkan dalam gelas & picit whip cream (yg botol tu) & tabur beberapa lebihan blueberry. Siap.

p/s: Ada orang kata, buah warna biru/ungu baik untuk mereka yang ada sakit tairoid.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...