Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Isnin, 15 Januari 2018

Mango Thai juice


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Tertengok air mangga yang sedap dalam Instagram. Sedap & enak nampaknya. Tunjuk le gambarnya kat encik hubby malam Sabtu haritu, dan rezeki dari Allah, tetiba encik hubby ajak cari buah mangga lepas beli barang dapur. Rezeki juga dapat mangga di Taman Semarak. 

Dan Alhamdulillah, encik suami buatkan malam tadi. Time cuaca sejuk-sejuk ni, nasib tekak boleh terima lagi. So, sebelum dia blend & buat topping bagai, wife dia tolong potong mangga aje.

Untuk yang suka mangga atau air mangga, boleh cuba minuman ini. Ada kelainan skit sebab letak santan. Jika anda jenis diet, boleh gantikan dengan susu minum.

Bahan:
1-2 biji mangga (jika besar, 1 pun dah ok)
2 sudu besar madu
200ml santan
1 cawan ais
Secubit garam
Whipping cream

Penyediaan:
1. Kisar semua bahan kecuali whipping cream. Kisar hingga halus.
2. Masukkan dalam gelas jus mangga kisar tadi, spray whipping cream & taburkan belahan mangga.
Siap.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...