Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 26 Januari 2018

Kari ayam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kari ayam. Gulai kari ni sedap dimakan dengan nasi, roti, capati, roti canai mahupun roti jala. Satu lauk yang boleh makan dengan pelbagai makanan.

Selamat bercuti hujung minggu...

Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong bahagiannya
1 bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
3 tangkai daun kari dilurut
1 pek kecil rempah kari ayam / 3 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili giling
700ml air
2 biji kentang dipotong 6 setiap biji
200ml santan pekat
2 biji tomato
4 sudu minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali besar. Masukkan bawang besar & putih dan masak hingga naik bau/sedikit garing. Masukkan cili giling. Kacau dan masakkan seketika.
2. Kemudian, masukkan rempah kari yang ditambah sedikit air & daun kari ke dalam periuk/kuali. Masak hingga pecah minyak atau garing.
3. Masukkan pula ayam dan goreng seketika, dalam 5-7 minit. Bagi mematikan darah dan menghilangkan sedikit hanyir ayam (ada sesetengah orang particular bab bau ni). Kacau seketika, jika kering, tambahkan setengah cawan air sahaja.
4. Setelah darah ayam kering, masukkan air, sedikit santan dan kentang. Kacau seketika dan biarkan ayam & kentang menjadi lembut & empuk.
5. Selepas itu, masukkan pati santan. Kacau hingga mesra. Kemudian masukkan garam & gula secukup rasa serta buah tomato. Masak seketika & siap.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...