Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dek kerana ada baki kuah Bolognese & meatballs, makanya kita men'sandwich'kannya dan jadilah meatballs sandwich. Serius memang kenyang bila dah makan. Penggemar daging lagilah suka bila dapat meatballs berlebih dari biasa.
Moral of the story, masak lebih meatballs, makanya boleh buat menu lain 😁😁
Bahan:
3 roti hotdog
Mentega/planta
Tomato
Apa jenis sayur yang anda suka
Bebola daging (Meatballs Bolognese)
Sos dijorn mustard (biji sawi)
Penyediaan:
1. Sapukan mentega di bahagian tengah roti hotdog yang dipotong. Panaskan atas kuali leper. Sekejap aje. Bagi dia sedikit garing. Angkat.
2. Kemudian, letakkan sayur hijau & tomato. Lepas itu, letakkan 4 ketul bebola daging & sos Bolognesenya sedikit. Paipkan pula dijorn mustard. Jika suka, paipkan juga mayonis. Siap meatballs sandwich.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan