Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Agar-agar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agar-agar. Papar semua catatan

Agar-agar kopi yang sedap untuk minum petang


Agar-agar kopi radix. Dek kerana semua dalam rumah ni minum kopi, makanya kita cuba agar-agar kopi. Dan rasanya, serius sedap. Tak manis & tak pahit 😋

Bahan:
4 paket kopi radix
1 paket agar-agar tali
1200ml air
10 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu besar susu pekat

Penyediaan:
1. Masukkan agar-agar, air, gula ke dalam periuk. Setelah adunan mendidih, bahagikan 2 adunan. Satu putih dan satu adunan kopi. Masukkan susu cair dalam adunan putih. Dan masukkan kopi radix & susu pekat dalam adunan satu lagi. Masak guna api perlahan.
2. Masukkan separuh adunan putih ke dalam loyang agar-agar. Biarkan sejuk sebentar dan cakar sedikit permukaannya. Kemudian masukkan adunan kopi perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Ini agar adunan bawah yang putih tidak tiba-tiba bercampur semua (macam gambar saya, ada sedikit bahagian masih panas & meresap ke bawah). 
3. Setelah adunan agar-agar kopi keras sedikit, cakar ia dan masukkan baki adunan agar-agar putih perlahan-lahan (boleh tambah air semasa agar-agar mula berkurangan dalam periuk yang dipanaskan). Sejukkan agar-agar selama 3 jam. boleh dipotong selepas itu agar-agar kopi kita.

Puding Markisa yang enak dimakan sejuk-sejuk


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua. Moga anda yang membaca post ini diberikan kesihatan yang baik, sentiasa ceria & dipermudahkan segala urusan memasak untuk yang tersayang. Buah markisa saya perolehi bila ke Desaru dalam bulan 12 lepas. Masa ni dok fikir, menu apa yang sesuai untuk buah markisa/passion fruits. Puaslah godek web food network. Akhirnya, dapatlah cuba resipi puding markisa ini. Ini bahannya. 

Bahan:
3 biji buah Markisa diambil isinya
1 peket agar-agar
800 ml air
600 ml susu dutch lady
250 gm gula pasir
3-4 titis pewarna kuning

Penyediaan:
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula & agar-agar hingga larut.
2. Ambil sedikit agar yang dimasak dalam 2-3 senduk & campurkan bersama biji buah markisa tadi.
3. Tuang dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air (bagi memudahkan proses mengeluar agar-agar dari bekas). Biarkan ia seketika
4. Baki agar-agar tadi dicampurkan dengan susu & masak hingga sedikit mendidih. Tutup api dapur.
5. Titis pewarna kuning & kacau rata. Setelah agar-agar sedikit kurang panasnya, perlahan-lahan tuang atau sendukkan atas puding markisa tadi. Biarkan sejuk sebentar & simpan dalam peti ais lebih kurang 3 jam. Enak di makan sejuk-sejuk ya puding markisa ni.

Puding laici yang enak makan time sejuk-sejuk


 Assalammualaikum & Salam Ramadhan. Dah tak rentas-rentas PKP lagi ni, kita buatlah resipi puding laici mama yang simple. Resipi yang mostly jika buat & bawa ke ofis dulu, ramai member suka.
Dan harini, kita kongsi resipi & kongsi rezeki dengan tetangga sempena Ramadhan.

Ini resipi puding laicinya. Hopefully anda pun suka 😊😋

Bahan:
2 paket agar-agar
1 tin besar laici
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula batu (membantu memekatkan agar-agar)
1400 ml air

Penyediaan:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan agar-agar. Kacau sehingga cair & mendidih.
2. Masukkan gula pasir, gula batu, susu cair & separuh air dalam tin laici. Jangan tuang habis air laici ke dalam periuk tau. Kacau hingga mendidih & gula batu sudah mencair. Tutup api.
3. Kacau perlahan-lahan seketika bagi membuang haba. Kemudian, masukkan puding ke dalam bekas & biarkan ia sejuk sendiri di atas meja.
4. Bila dah sejuk, taburkan buah laici yang dicarik-carik ke atas puding. Baki air laici yang separuh tin, tuangkan ke atas puding. Masukkan dalam peti sejuk & biarkan selama 2 jam. Siap untuk dipotong puding laici ni.

Agar-agar Sirap Laici yang enak dimakan waktu panas


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Agar-agar sirap laici. Manisan yang mudah & sedap di makan time musim panas lit-lit ni 😁 Budak-budak kalau dah jumpa aje sirap dan laici, lagilah mereka teruja nak makan. 

Bahan:
30gm agar-agar tali
1.5 liter air
1 1/4 cawan gula
1 cawan sirap
1 tin besar laici + airnya

Penyediaan:
1. Masukkan dalam periuk air, agar-agar & gula. Masak dengan api sederhana & sekali sekala kacau. Masak hingga agar-agar mencair.
2. Kemudian, masukkan sirap & kacau. Selepas itu, masukkan laici & airnya. Kacau seketika & tuang ke dalam loyang. Sejukkan sebentar di luar & kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan sekitar 2 jam. Siap untuk dipotong agar-agar sirap laici ni.

Agar-agar gula melaka bersusu dengan Cream-O


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi baru saya try selepas buat buat agar-agar milo berlapis dahulu. Cuma kali ni, saya buat agar-agar gula melaka bersusu dengan cream-o pula. Base bawahnya saya guna gula melaka. Aromanya bila makan, lain skit. 

Ini resipinya untuk dicuba.

Bahan:
1 pek agar-agar 30g
1 tongkol besar gula melaka (sagat gula melaka)
1500ml air
1 cawan gula putih
170 ml susu cair
1 sudu besar gula batu
1 pek biskut cream-o

Penyediaan:
1. Dalam periuk besar, masak agar-agar, gula batu & air sehingga agar-agar mencair. Ceduk 8 senduk adunan ke dalam periuk kecil & masak dengan api paling kecil (kacau sekali sekala).
2. Dalam periuk besar tadi, masukkan gula & gula melaka. Kacau sehingga hancur. Tutup api & tuang agar-agar ke dalam acuan. Biarkan sejuk sebentar.
3. Dalam periuk satu lagi tadi, tuang susu cair ke dalamnya & kacau sehingga mendidih. Tutup api & kacau sekali sekala untuk redakan kepanasannya.
4. Setelah agar-agar gula melaka tadi sedikit keras, cakar halus dengan garfu di bahagian atasnya. Ia bagi membantu agar-agar putih melekat pada bahagian coklat & tidak mudah tertanggal. Selepas itu, tuangkan agar-agar susu ke atas agar-agar gula melaka perlahan-lahan.
5. Letakkan kepingan biskut cream-o yang dipatah dua ke atas agar-agar susu. Biarkan agar-agar gula melaka bersusu kita ni sejuk & mengeras sedikit barulah diletakkan di dalam peti sejuk. Simpan agar-agar selama 2 jam sebelum dihidang.

Puding Ubi Manis Lapis Susu yang enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Asalnya minta encik Rudy belikan ubi kayu bila beli barang dapur. Sudahnya, dia bawa balik ubi manis. Saya tanya dia, "awak tersalah beli ke?" Jawabnya, "Tak lah. Ubi kayu dah habis, so saya belilah ni." Bila dia dah jawab camtu, pasrah ajelah. Mesti ada sebab dia terbeli ubi ni. Dan... Inilah hasilnya. Resipi baru yang saya cuba dari @aziekitchen , puding ubi manis lapis bersusu. Saya baru tahu yang keledek pun boleh buat puding.

Ini resipinya. Mungkin anda boleh cuba. Kita ada 2 minggu lagi PKP.

Bahan:
Bahan Lapisan Susu:

500 ml air
150 gram susu pekat manis
10 gram agar agar

Bahan Lapisan keledek/ubi manis:
1000 ml air
500 gram ubi keledek rebus
150 gram gula pasir
50 gram susu pekat manis
20 gram agar agar
½ sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Sediakan lapisan susu dengan memasak 500 ml air dengan agar-agar sehingga hancur. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih. Tuang ke dalam acuan.
2. Sediakan pula lapisan keledek dengan mengisar ubi keledek rebus dengan sedikit air dari jumlah keseluruhan air sebanyak 1000 ml air tadi.
3. Masak baki air dari jumlah di atas dengan agar-agar hingga agar-agar hancur. Masukkan gula pasir & garam. Kacau sehingga gula larut.
4. Setelah larut, masukkan ubi keledek kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih.
5. Tuang adunan keledek di atas lapisan agar-agar susu dengan dituangkan secara perlahan-lahan ditepi acuan atau dilapik dengan sudu supaya tidak jatuh & meninggalkan kesan pada lapisan susu yang belum betul betul keras
6. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan ia dalam 1-2 jam & boleh dipotong puding ubi manis lapis susu yang comel ni.

Agar-agar Lapis Teh Hijau Boh dengan Cream-O


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Agar-agar lapis teh hijau boh dengan cream-o ni memang sedap. Bila makan time cuaca panas campur pula dapat minum teh hijau, lagilah marbeles.

Saya cuba resipi baru ni sebab stok air feveret kami berdua ada. Teh hijau Boh. Alhamdulillah menjadi. Puas hati dengan hasilnya. Anda pun boleh cuba buat agar-agar lapis teh hijau ni.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g Sugar
1 tin susu cair
3 paket green tea latte Boh
1 pek biskut Cream-O

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Kacau sekali sekala. Masukkan pula susu & kacau sebentar. Setelah mendidih, tutup apinya.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil yang dibuka api perlahan. Kemudian, masukkan serbuk teh hijau latte Boh. Kacau hingga mencair.
3. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar.
4. Pertama, tuang 4-5 senduk adunan putih (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 3-4 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan teh hijau latte di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Cream-O di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan lapisan putih tadi.
5. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti sejuk. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Siap agar-agar lapis teh hijau boh dan cream-o.

Agar-agar Milo, Pandan & inti Oreo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ternampak agar-agar Milo Pandan last week kat IG geng memasak. So, tetiba teringat a pack of Oreo ada dalam stok. So, kita buat agar-agar milo, pandan dan inti Oreo. Alhamdulillah sedap. Seketul demi seketul masuk mulut bila dah mengadap tv.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g gula
1 tin susu cair (evaporated milk)
3/4 cawan milo
1/2 cawan air pandan (blend daun pandan & tapis)
3 titik pewarna hijau (untuk naikkan warna)
1 pek biskut Oreo (boleh aje nak guna Oreo putih / coklat intinya - pecahkan menjadi kecil tapi still keep intinya.

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Masukkan pula susu & kacau sebentar.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil. Kemudian, masukkan serbuk Milo. Kacau hingga Milo mencair.
3. Masukkan air pandan & pewarna hijau ke dalam agar-agar warna putih tadi. Kacau & tutup api.
4. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar. 


5. Pertama, tuang 1-2 senduk adunan Milo (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 2-3 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan warna hijau di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Oreo di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan milo di atas lapisan hijau tadi.
6. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti air. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Siap agar-agar milo, pandan dan inti oreo ni.

Agar-agar Cendol


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. My 1st trial buat agar-agar cendol ni. Alhamdulillah menjadi. 

Kalau ikut saya, macam terkurang manis skit, tapi anak sedara & atuknya kata ok. Conclusionnya, mungkin kena tambah skit gula. Resipi ni saya dapat dari website kak Rima. Bila websitenya tulis dalam English, pelan-pelan saya terjemahkan bahan dan cara ke Bahasa Melayu. Baru belajar masak kan, jadi ambil masa nak faham.

Ini resipi agar-agar cendol yang dah saya tambahbaikkan.

Bahan:
Bahan Lapisan Gula Melaka/Anau:
130gm atau 1 ketul gula anau / gula melaka yang dipotong kecil
420 ml air
10 gram agar agar-agar
150 ml santan

Bahan Lapisan Cendol:
420 ml air
10 gram agar-agar
1/2 cawan gula pasir
150 ml santan
1/2 camca besar tepung jagung
1 cawan isi cendol, ditoskan
Secubit garam


Penyediaan:
Lapisan Gula Melaka:
1. Sediakan bekas untuk meletak agar-agar. Satukan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk. Masak guna api sederhana & masak agar-agar & gula hingga larut. Tuangkan santan, kacau & masak hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api, tapis agar-agar agar kurang skit hampas dari gula melaka & tuang ke dalam loyang/bekas.
Ketepikan untuk sejuk sebentar.

Lapisan Atas:
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali santan, tepung jagung & cendol. Kacau & masak sehingga semuanya melarut. Satukan santan & tepung jagung. Kacau. Kemudian, masukkan bancuhan santan tepung tadi ke dalam periuk &perlahankan api. Kacau & masak hingga mendidih. Tutup api & tapis. Biarkan sebentar untuk sedikit sejuk & selepas itu masukkan cendol, kacau.
2. Cakar sedikit permukaan agar-agar gula melaka tadi agar lapisan akan bercantum apabila dituang bahagian cendol.
3. Perlahan-lahan tuang adunan agar-agar cendol ke atasnya sehingga selesai. Biarkan seketika untuk sejuk & kemudian letakkan dalam peti ais sekurangnya 2 jam. Siap untuk dinikmati agar-agar cendol ini.

Agar-agar milo dan oreo @ milo & oreo pudding


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah seminggu cuaca agak panas di Nilai. Hujan pun tiada. Tetiba tekak pun rasa nak makan benda sesejuk. Dan bila singgah ke web @bisousatoi , nampak resipi agar-agar milo dan oreo ni. Nampak sedap. Makanya for the 1st time buat, Alhamdulillah jadi. Semua suka.

Ini resipinya. Jika anda tidak suka Milo, boleh gantikannya dengan coklat masakan. Takde hal punya.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g Sugar
1 tin susu cair (evaporated milk)
3/4 cawan milo
1 pek biskut Oreo (boleh aje nak guna Oreo putih / coklat intinya - pecahkan menjadi kecil tapi still keep intinya.

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Masukkan pula susu & kacau sebentar. Setelah mendidih, tutup apinya.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil. Kemudian, masukkan serbuk Milo. Kacau hingga Milo mencair.
3. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar.
4. Pertama, tuang 1-2 senduk adunan Milo (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 2-3 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan warna putih di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Oreo di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan milo di atas lapisan putih tadi.
5. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti air. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Agar-agar milo dan oreo siap.

Tips ketika membuat lapisan:
* JANGAN tunggu hingga lapisan menjadi betul2 sejuk sebelum letak adunan kedua. Ini kerana ia tidak akan melekat. Namun, jika ia terjadi, gariskan dengan garfu sedikit permukaannya sebelum menuang. Ia akan membantu melekatkat adunan.

Agar-agar Lumut, agar-agar lama yang buat anak kecil suka.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Agar-agar lumut, antara agar-agar yang saya suka makan sejak kecil. Cuma masa kecil, mama jarang buat agar-agar ni. So, bila nak makan, selalunya saya bila pi ziarah sedara-mara, barulah dapat makan. 

Bahan:
30gm agar-agar
250gm gula pasir
2 biji telur ayam pada suhu bilik dikocok
1500ml air
1 kotak santan (dalam 250ml)
1 sudu kecil pewarna hijau pandan

Penyediaan:
1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak di atas dapur guna api sederhana.
2. Gaul perlahan-lahan hingga nampak sedikit mendidih.
3. Berhenti kacau dan biarkan dalam 30 saat dan matikan api. Masukkan adunan tadi dalam loyang atau bekas yang tahan panas.
4. Biarkan seketika di luar (hingga kurang panasnya) dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Potong agar-agar lumut selepas 2 jam. Biarkan ia betul-betul sejuk dan memejal.

Karkade boleh dibuat air dan juga agar-agar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Hari ni dah masuk minggu terakhir Ramadhan 2017. Sekejap aje masa berlalu. Rasanya, pejam celik pejam celik sekali lagi, ada rezeki, kita bertemu Ramadhan 2018 pula.

Kali ni saya nak kongsikan resipi sedikit rare tapi menarik kepada semua.
Karkade @ karkadeh @ tokmiyah adalah nama berlainan bagi bunga merah kering dalam gambar di atas. Saya diperkenalkan oleh karkade ini oleh Puan Roza Roslan dalam FBnya dan Alhamdulillah dapat merasanya bila diberikan sedikit masa pesta buku.

Dan bila anak saudara yang belajar di Mesir balik bercuti ke Malaysia baru ni, saya pesan padanya supaya mencari bunga ini agar boleh dibuat minuman atau agar-agar. Alhamdulillah, 1/2 kilo anak saudara bawa balik bunga ni.
Jika ada yang berminat nak cuba, boleh whatsapp saya di 013-6786571 (Rina) untuk cuba bunga original dari Mesir ini. Saya cuma dapat jual RM10 untuk 30gm + caj pos laju. Ini pun dah tinggal 3/4 sebab berikan pada keluarga dan jiran mama.

Jika ada anda beli bunga ini di mana-mana, boleh aje cuba resipi air & agar-agar ini.

Air Karkade
Bahan-bahan:
1. 1 liter air
2. 1 sudu besar karkade kering, basuh bersih
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. 1 bunga cengkih (jika tak letak pun tak apa)

Penyediaan:
1. Rebus karkade yang kering tadi dalam 10-15 minit sehingga karkade lembut. Masak pada api sederhana.
2. Setelah agak lembut, masukkan gula dan bunga cengkih. Kacau perlahan-lahan. Setelah menggelegak, tutup api. Siap.
Boleh dinikmati suam atau sejuk (masukkan aje kiub ais dalam cawan)


Agar-agar Karkade
Bahan-bahan:
1. 1 liter air
2. 1 sudu besar karkade kering, basuh bersih
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. 1 biji telur saiz A atau B, pecahkan dan kacau dalam mangkuk kecil (seperti buat telur dadar)
5. 200ml santan kotak
6. 2 pek agar-agar panjang / 2 pek agar-agar serbuk

Penyediaan:
1. Rebus karkade yang kering tadi dalam 10-15 minit sehingga karkade lembut. Masak pada api sederhana.
2. Setelah agak lembut, masukkan agar-agar dan kacau. Biarkan agar-agar mencair.
3. Masukkan gula pasir, telur dan santan. kacau semua bahan perlahan-lahan dalam periuk. Saat mendidih berhenti kacau dan kecilkan api dapur. Biarkan ia membentuk sedikit lumut dan perlahan-lahan masukkan dalam bekas untuk letak agar-agar. Biarkan seketika sehingga sejuk dan kemudiannya boleh letakkan dalam peti sejuk. Dalam sejam dah boleh potong agar-agar karkade. InsyaAllah...

Happy cooking

Agar-agar Lumut yang Ohsem


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah lama teringin nak makan agar-agar lumut ni bila nampak IG rakan dari Indonesia tepekkan. Bila tengok bahan-bahannya, 'Eh, macam mudah'.

Jom saya kongsikan resipi agar-agar lumut. InsyaAllah semua peringkat umur suka specially makan time cuaca panas. Nyaman...

Bahan-bahan:
1. 30gm agar-agar (saya beli yang panjang2 tu)
2. 250gm gula pasir
3. 10 helai daun pandan & kisar. Tapis & ambil airnya dalam 130ml
4. 2 biji telur ayam pada suhu bilik (kocok / pecahkan)
5. 1500ml air
6. santan (1 biji kelapa atau 1 santan kecil kotak)
7. Pewarna hijau pandan (nak boost up the colour kalau hijau pandan anda tak menyerlah masa masak)

Penyediaan:

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan masak di atas dapur guna api sederhana.
2. Gaul perlahan-lahan hingga nampak sedikit mendidih.
3. Berhenti kacau dan biarkan dalam 30 saat dan matikan api. Masukkan adunan tadi dalam loyang atau bekas yang tahan panas.
4. Biarkan seketika di luar (hingga kurang panasnya) dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Potong agar-agar lumut selepas 2 jam. :)

Happy cooking

Puding soya buah-buahan


Assalammualaikum,Saya jumpa resipi puding soya buah-buahan dalam blog juicycafe. Nampak macam sedap dan menyelerakan aje. Apa lagi, saya pun try lah buat sempena buka puasa kali ini. Bila berbuka dan rasa pudingnya, memang sedap sangat. Rasa sejuk aje bila lalu kat tekak. 

Jom saya kongsikan resipi puding soya buah-buahan ni agar anda pun boleh rasa kesedapannya.

Bahan-bahan:
1 liter air soya kotak
20 gm agar-agar tali (potong kecil)
100 gm gula kastor
1 sdk perasa vanila
1 helai daun pandan
1 sdk tepung arrow root @ tepung jagung - gaul dengan sedikit air
6-7 biji buah rambutan (dek kerana musim rambutan kat kampung ayah saya, saya rembat aje apa ada kat dapur tu)
1 tin buah-buahan cocktail
Daun pudina - hiasan


Penyediaan:
1. Sediakan bekas tupperware dan beberapa bekas transparent yang kecil & sesuai.
2. Susun dan ratakan buah-buahan campuran di dalam bekas. Potong isi rambutan tu dari bijinya. Ketepikan seketika.


3. Dalam periuk besar satukan air soya, agar-agar, gula, vanilla dan daun pandan. Panaskan ia dengan api sederhana. Gaul sehingga sebati dan agar-agar larut atau separuh larut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau. Biarkan ia mendidih sebentar dan tutup api. Ada sesetengah agar-agar memang sukar nak larut, maka biarkan aje.
5. Tapiskan adunan tadi agar agar-agar yang tidak larut dapat diasingkan. Kemudian, tuang dalam bekas berisi buah-buahan tadi. Hiaskan dengan daun pudina di atas puding soya buah-buahan.

 

Happy cooking...

Puding Laici mama yang sedappp...

Salam semua. Kali ni saya nak kongsi resepi puding laici yang memang sedap. Lagi sedap kalau mama saya yang tersayang buat. Pergh, marvelous...

Bahan2nya:
1. 2 paket agar-agar
2. 1 tin laici
3. 1 tin susu cair
4. gula pasir 3/4 cawan
5. gula batu (membantu untuk pekatkan agar2)
6. air 140 ml. Kalau agar2 2 paket, kena doublekan air atau kurang sedikit. Jangan lebih sangat nanti puding lembik.


Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan agar2. Kacau agar2 sehingga cair.



2. Bila dah cair, masukkan gula pasir, gula batu, susu cair dan separuh air dalam tin laici. Jangan tuang habis air laici ke dalam periuk tau. Kacau hingga mendidih dan gula batu sudah mencair.



3. Bila dah mendidih, perlahankan api dan kemudian tutupnya. Jangan lupa kacau sehingga tidak terlalu panas. Kemudian masukkan puding ke dalam tupperware dan biarkan ia sejuk sendiri di atas meja.

4. Bila puding dah sejuk, taburkan buah laici yang dicarik-carik ke atas puding. Baki air laici yang separuh lagi di dalam tin, tuangkan ke atas puding juga.



5. Dan kemudiannya, simpan puding tersebut ke dalam peti ais untuk sejukkan dia. Dalam 1 jam, semua orang boleh nikmati puding laici yang sedap, sejuk dan nyaman tu... :)


Tadaaa... Dah siap utk di'nyum nyum'kan... hehehe...

Anak saudara sorang ni memang pantang nampak saya amik gambar. Dia pun apa lagi, keluarlah ayat, "Mak su, amik gambar Nurin, mak su." So, layankan ajelah... :)

Selamat mencuba...

Puding triffle yang sedap

Setelah berkurun lama saya tak berkongsi resipi, kali ni saya nak kongsi resipi baru, puding triffle yang saya ambil dari myresipi.com. Saya nengok cara-caranya mudah dan sesuai untuk saya yang suka puding muding ni, apa lagi, saya pun try le.

Apalagi, jom kita masakkk...

Bahan-bahannya (utk 2 tupperware sederhana besar & 1 tupperware kecil, macam bekas yang saya gunakan dlm gambar di bawah):
1. 2 Swissroll (perisa vanila/oren)
2. 1 tin besar fruit cocktail
3. 2 gelas susu cair
4. 4 gelas air
5. 6 sudu makan tepung kastad
6. 8 sudu makan gula
7. 2 sudu kecil esen vanila
8. 2 paket agar-agar serbuk perisa ros/strawberi

(Kalau nak puding untuk 1 bekas aje, kiranya amik separuh sukatan aje dari bahan-bahan di atas. Family saya ramai tu yg buat banyak).

Ni gambar bahan-bahannya ya.

Potong swissroll dalam 1 inci dan susun dalam bekas atau mangkuk.


Tuang rata air cocktail atas swissroll. Tabur 1/2 daripada buah cocktail tadi ke atas swissroll.

Campurka tepung kastad dengan susu cair, gula dan esen vanila. Masak hingga menggelegak dan sedikit pekat (kalau tak pekat nanti puding tu jadi lembik dan jadi macam dadih). Kemudian tuang atas swissroll tadi.


Taburkan buah cocktail yang selebihnya ke atas puding.


Jika suka, buat agar-agar menggunakan agar-agar kotak dan tuang ke atas puding. Kiranya macam gambar kat atas ni ler. Pastu jangan lupa simpan dalam peti ais sampai sejuk. Pastu apa lagi, nikmatilah puding triffle yang sedap dan manis ni.

Puding Prun, penggemar masam-masam manis

Hari ni saya cuba buat puding prune untuk keluarga. Jadi. Sedap. Bebudak suka. Ini saya kongsikan cara buatnya. 

Bahan-bahannnya:
1. 38gm agar-agar
2. 1.5 liter air
3. 1 tin susu cair
4. 225gm gula
5. 1 kotak prun (terpulang sama ada nak taruk banyak atau sikit)
6. 4 biji telur

Cara memasaknya:
1. Masak agar-agar bersama air sehingga larut. Biarkan seketika.
2. Dalam bekas berasingan, campurkan telur, gula, susu dan buah prun. Kacau hingga sebati.
3. Setelah agar-agar larut, campurkan adunan tadi dan biarkan masak hingga adunan menjadi berketul-ketul.
 

4. Biarkan sejuk sebentar dan tuang ke dalam acuan. Lepas itu apa lagi, boleh potong kecil-kecil puding prun ni. Budak-budak dan orang tua pasti memang suka bila dapat makan sejuk-sejuk. 

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...