Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah menjadi key lime tart saya... Dek kerana asyik dok tertayang cara buat key lime pie kat Food Network akhirnya try juga. Cuma pie tertukar jadi tart sbb pie crust dah habis kat kedai bakery. Kita pasrah ajelah apa yang ada kan. Janji cuba nak buat juga.
Senang aje rupanya buat key lime tart ni. Saya rasa, semua orang boleh buat. Yang PENTING, minimum kena simpan tart tu dlm 4 jam dalam fridge baru boleh makan. Lagi sejuk, lagi sedap. Bab ni, jangan katakan budak-budak, orang dewasa pun suka. Ada rasa masam-masam manis gitu.
Bahan:
50 tart shells
4 kuning telur
1 1/2 sudu besar parutan kulit limau nipis
1 tin susu pekat
1/2 cawan air perahan limau nipis
Dulang pembakar & kertas alas
Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180°c.
2. Letakkan kertas alas pada dulang pemby. Ketepikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan