Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dek kerana Rudy tak makan nasi malam-malam, kita ganti dengan bihun bakso. Sekejap aje masak. Dalam 30 jam insyaAllah dah siap.
1kg meatball, RM13.
Banyak isinya. Masak separuh aje haritu.
Ini resipinya kot nak try bihun bakso versi tak berapa renyah ni.
Bahan:
6 - 8 kaki ayam / 2 bahagian dada ayam
1/2 kg meatballs (dlm 18-22 biji)
2 inci halia, dititik*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 kiub pati ayam (optional)*
1 camca teh lada hitam kisar
4 liter air (atau secukupnya)
1 sup bunjut Adabi
1 biji kentang, kupas dan potong kiub
1 batang lobak merah
1/2 bihun yang sudah dicelur.
Penyediaan:
1. Kaki / dada ayam dicuci bersih dan kerat. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan bahan-bahan bertanda (*), kacau dan masak hingga menggelegak, kemudian sederhanakan api dan terus merenih selama 45 minit (kalau kurang kuah, tambah air lagi) jika ada seakan-akan buih timbul dipemukaan sup, keluarkan.
2. Kemudian, masukkan meatballs, sup bunjut, lada hitam kisar, lobak merah dan kentang. Masak lagi hingga kentang empuk & meatball masak dalamnya. Bihun bakso kalau nak lagi berpeluh makan, letak sekali dengan cili kicap.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan