Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label tauhu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tauhu. Papar semua catatan

Kudapan korea wanja-jeon (bergedil daging dan tauhu) buat peminat daging suka menu ini


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak kudapan korea wanja-jeon atau dalam Bahasa Melayu kita panggil bergedil daging dan tauhu. Kenapa saya panggil bergedil? Sebab cara penyediaannya lebih kurang sama cuma bergedil kita guna kentang, daging sikit dan hirisan daun bawang kemudian dicelup dalam telur manakala wanja-jeon guna daging kisar, tauhu putih lembik tu dalam 1/3, ada bawang dan disalut dengan tepung dahulu baru disalut telur. Kalau ikutkan lebih kurang macam meatball juga.


Menu ni saya kenal masa ternampak kat dalam Youtube Maangchi. Layanlah Youtube dia sambil makan nasi tengahari. Bila tengok bahan dia macam mudah aje, tu yang cuba. Sedap jugalah. Nak kudap gitu boleh, nak cicah sos gitu pun, nak makan dengan nasi atau bihun sup pun boleh. 

Ini resipi kudapan Korea wanja-jeon tu. Yang penting dalam ni mestilah daging dan tauhu.

Bahan:
300gm daging cincang
120gm tauhu lembik / 1/3 tauhu diperah airnya (guna tisu tebal atau kain untuk perah tauhu) 
1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun bawang dicincang 
2 sudu besar lobak merah didadu halus
1/2 sudu kecil kicap masin
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil lada hitam kisar
2 sudu kecil bijan yang disangai
3 biji telur (1 letak dalam daging & 2 lagi untuk salutan)
3 sudu besar tepung gandum
Sedikit minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan membuat wanja-jeon


Penyediaan:
1. Sediakan satu mangkuk besar. Masukkan daging cincang, tauhu tanpa air, 1 biji telur, bawang besar,

Tauhu Terbalik, khas buat peminat makanan kudapan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu tauhu terbalik ni saya ternampak dalam IG @sheilarusly_jspictures . Dah berbulan baru dapat realisasikan bila ternampak tauhu kering tergantung kat pasar Nilai. 

Menyediakan bahan takde masalah tapi masalah start timbul bila nak gunting tauhu & terbalikkan. Punah beberapa keping tauhu kering yang digunting tak berapa jadi & diterbalikkan. Siap anak sedara kata, "kenapa tauhu ni maksu. Cam pelik aje rupanya..." Akak jelingkan aje sambil kata, "Makan ajelah. Rupa aje tak berapa nak lawa. Rasa sama."

Ini resipinya. Anda boleh cuba... .

Bahan:
15 keping tauhu kering
2 keping isi dada ayam dicincang
1 batang lobak merah diparut
2 tangkai daun bawang & sup dihiris
2 biji telur
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
7 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Isi bahan tauhu terbalik. Jika nak jimat masa, boleh aje guna daging cincang yang dah siap kat pasaraya.

Penyediaan:
1. Gunting tauhu kering, buat kelopak & terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering untuk dicampurkan dengan bahan lain.

Tauhu yang sudah diterbalikkan.

2. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar & cili padi.
3. Dalam satu bekas besar, satukan isi tauhu, ayam, lobak merah, daun bawang, daun sup, telur, bahan tumbuk & garam. Gaul mesra.
4. Sumbat isi bahan campuran tadi dalam lubang tauhu & tekan agar ia sedikit mampat. Siapkan semuanya.


4. Sumbat isi bahan campuran tadi dalam lubang tauhu & tekan agar ia sedikit mampat. Siapkan semuanya.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah panas, goreng tauhu mampat tadi mulakan dengan bahagian kelopak tauhu. Tekan sedikit dengan jari atau sudip agar isinya tidak keluar & kelopaknya cantik terkembang. Setelah agak masak, goreng bahagian belakangnya pula. Angkat & toskan. Tauhu terbalik ini enak dimakan dengan sos, sambal, cili kicap atau begitu sahaja. Surrr...

Tauhu Telur Daging Cincang


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu baru belajar hari ni dari cik @matgebu di blognya, tauhu telur daging cincang.

Saya memang suka tauhu telur ni. Entah bila mula rasa tauhu ni, tak ingat pula. Tapi teksturnya yang lembut dan mudah dimakan, memang enak. Specially time saya baru baik dari cabut gigi geraham ni.

So, this is the recipe that I follow from tiffinbiru web. Ada le menderhaka skit sebab nak cepat. .

Bahan:
3 batang tauhu telur
1 tin cendawan butang, toskan airnya & hiris 4
1 camca besar penuh tepung jagung
2 camca besar air
1 cawan daging cincang, letak dalam tapis dan cuci bawah air paip, toskan
3 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 cawan air

Bahan sos:
2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair
1 camca besar kicap lemak manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah

Penyediaan:
1. Tauhu telur di potong 6 setiap 1 tiub,letak dalam mangkuk. Satukan tepung jagung dan 2 camca besar air dan kacau. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur. Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Goreng cendawan butang hingga layu, angkat dan toskan.
3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan minyak dalam 2 camca besar. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya kering dan daging cincang berubah warna. 4. Masukkan bahan sos dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih. Baki tepung jagung tadi, masukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat.
5. Kemudian masukkan tauhu telur dan cendawan. Gaul perlahan-lahan hingga mesra. Tutup api & masukkan dalam mangkuk kemudian taburkan hirisan cili merah. Siap menu tauhu telur daging cincang.

Happy cooking

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...