Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minuman. Papar semua catatan

Resipi Khairulaming lagi, air longan kurma merah yang enak aje lalu kat tekak


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Puasa hari ke-4, saya try buat air longan kurma merah dari KA. Tak pernah umur saya beli kurma merah, tetiba kali ni beli. Selalunya pandang aje kurma merah tu kat slot barang rempah kat supermarket area rumah. Telek-telek tengok harga dan kuantiti, nasib murah. RM3.60 aje sepeket yang ada dalam 25 biji kurma. Yang mahal dalam resipi ni, longan aje. Itupun dalam RM5.90. Selasih dan gula batu, sepeket yang boleh guna berkali-kali tu, dalam RM1.80 dan RM2.80 je. Gula melaka 4 ketui sepeket dalam RM2.60 gitu. OK lah tahun ni punya harga bahan resipi. 

Ni saya kongsikan bahan dan penyediaan longan kurma merah KA. Kot le tetiba medsos korang nak berhentikan penggunaan, boleh aje cari di google kan 😁

Bahan:
1 tin longan
12 biji kurma merah dibelah dua
1 ketul kecil gula melaka (kalau malas kerat, masuk aje seketul tu tapi jangan lupa tambah air)
3-4 ketul gula batu
1 1/2 liter air (kami yang tua tak tahan manis so kena extra)
1 sudu besar selasih
Ais ikut suka

Bahan air longan kurma merah

Penyediaan:
1. Belah dua kurma merah dan bersihkan. Sediakan periuk dan masukkan air, kurma merah, longan dan air gulanya, gula batu dan gula melaka. Renih lebih kurang 12-15 minit sehingga kurma merah tu lembut. Setelah lembut, tutup api dan biarkan ia menyejuk sendiri dalam 2-3 jam.

Masukkan dalam periuk dan renih longan, kurma merah dan gula.

2. Bila dah nak berbuka, rendam biji selasih dalam mangkuk kecil selama 3 minit. Bila biji selasih mengembang, tapis dan basuhnya. Masukkan air longan kurma merah tadi dalam mangkuk besar dan masukkan juga biji selasih dan ais. Kacau-kacau dan sedia untuk dinikmati bila azan maghrib berkumandang. 

Soda herbs kasturi, air dari KA buat iftar puasa hari ke-3


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba buat minuman perkongsian Khairulaming di medsos sempena Ramadhan 2026 ni. Saya dan suami cuba buat air soda herbs kasturi. Gigih suami saya cari daun pudina kat pasar gais. Nasib wife dia dah tau peniaga mana yang jual sebab dulu nak buat sambal hijau nasi kandar kena ada daun pudina. 

Kiranya, nak buat air soda herbs kasturi ni senang aje. InsyaAllah semua orang boleh buat.

Bahan:
12 biji limau kasturi (9 biji untuk perahan & 3 biji untuk belah separuh je)
6 biji asam boi
2 batang serai yang diketuk
2//3 air aiskrim soda
1/2 genggam daun pudina
Ais ikut suka


Penyediaan:
1. Dalam jag, masukkan ais. Kemudian, sediakan tapis dan perah 9 biji limau kasturi ke dalam jag dan ambil patinya. Masukkan baki 3 biji limau kasturi, asam boi, serai, daun pudina dan air aiskrim soda. Kacau-kacau dan siap air soda herbs kasturi kita. 

Brazilian lemonade berkrim, minuman feveret rakyat Brazil

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Setiap negara ada minuman feveret rakyatnya. Dan minuman lemonade dari negara Brazil ini berbeza dengan lemonade yang kita biasa minum. Penduduk negara Brazil menggunakan limau nipis sebagai lemonade mereka. Bukan itu sahaja, mereka meletakkan susu pekat dalam minuman ini. Rasanya memang lain sedikit tapi masih tetap berikan kesegaran dan wow bila minum.

Untuk minum ini, dua perbezaan ketara dari lemonade biasa. Pertama, guna susu pekat dan gula yang agak banyak. Kedua, setelah kisar, kena tapis dulu airnya untuk dapat pati minuman yang sedap dan segar.


Bahan-bahan:
Untuk minum 2 orang.
3 biji limau nipis (asingkan kulit dan buahnya)
4 sudu besar susu pekat
3-4 sudu besar gula
600ml air
Sedikit kiub ais

Penyediaan:

1. Potong kulit limau yang berwarna hijau dari isinya. Jika kulit putih yang tebal melekat pada buah, buang (yg putih ini lebih pahit banding hijau). Asingkan mangkuk buah dan mangkuk kulit.

2. Sediakan jug besar atau blender pengisar untuk kisar semua bahan. Masukkan limau, kulit limau yang hijau, gula dan air. Kisar sebentar dan kemudian baru mmasukkan susu pekat. Kisar sehingga lumat.


3. Setelah kisar, sediakan mangkuk atau jug minuman serta penapis. Perlahan-lahan, tuang bahan kisar tadi ke dalam penapis. Tekan-tekan sedikit untuk mengeluarkan pati ais dari hampasnya.

4. Setelah siap semuanya ditapis, masukkan ais kiub dalam cawan dan tuang air Brazilian lemonade berkrim ini.


**Jika anda rasa agak masam, tambahkan aje sedikit air gula ke dalam minuman dan kacau**

Air limau asam boi, air yang bukan setakat sedap tapi menggamit memori


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Air limau asam boi ni memang femes kalau kita makan kat kedai tomyam atau restoran Melayu. Air masam-masam manis ni memang menyegarkan bila dah sedut atau hirup sejuk-sejuk. 

Dan, air ni pun ada nostalgianya dengan arwah ayah mertua. Pernah saya buat air ni tahun lepas dalam satu jug kecil. Siap aje, terus saya cakap ke abah, "Abah, fisyah ada buat air limau satu jug. Ada dalam fridge tu. Nanti amik ajelah." Dan udahnya, seharian dia dok ulang alik bukak tutup peti air. Dan esoknya, bila saya buka fridge, tengok-tengok dah kosong jug tu. Laa... suka rupanya air ni.

Ini saya kongsikan resipi air limau asam boi satu jug kecil. Anda bolehlah cuba buat untuk keluarga tersayang. 

Bahan:
4 biji asam boi
6 biji limau kasturi
5 sudu besar gula putih
1 cawan air panas
2 liter air sejuk / air biasa
1 mangkuk kecil kiub ais

Penyediaan:

1. Rendam asam boi dalam air panas dalam 3 minit. Kemudian, masukkan dalam air dan asam boi ke dalam jug. Masukkan pula gula. Kacau sehingga gula larut.

2. Masukkan pula perahan limau kasturi dan beberapa kulit limau yang diperah ke dalam jug. Masukkan pula air sejuk. Kacau hingga mesra dan masukkan pula air kiub. Kacau sekejap dan sedia untuk dinikmati air limau asam boi kita. 

11 jenis makanan yang meningkatkan mood bila down

 

Mood atau emosi ada ketika tidak stabil terutama sekali bila kita dalam hidup yang mengalami tekanan, stres, marah ataupun sedih. Bila marah, selalunya kita akan melampias segalanya jika tidak pada orang, pada makanan. Bila sedih pula, kita lebih suka mendiamkan diri dan tak ada selera nak makan. Dan bila kita berada dalam mood tertekan atau stres, kita lebih suka melempias rasa pada apa sahaja yang mampu buat kita rasa tenang. Sebagai contoh tonton drama lama yang best, baca novel, tidur mahupun makan atau minum apa sahaja yang boleh melegakan tekanan.

Sedang saya cari bahan untuk artikel web Ekspresisyukur , tiba-tiba terjumpa artikel tentang makanan yang boleh boost mood kita dari down kepada fasa bertenang dan gembira kembali. Weh... Ini sudah bagus. Sebab kadang-kadang mood kita memang ada ke laut atau swing. Nak centerkan balik, rasa macam susah aje. Tapi bila lihat senarai-senarai makanan ni, rasanya mudahlah nak dapat lagi dan murah (kalau mahal sangat macam truffle, kirim salam ajelah boleh beli...). 

Ini 11 jenis makanan yang anda boleh cuba untuk ON kan balik mood tak best dalam diri. 

1. Pisang - No wonder monyet happy aje bila dapat pisang. Rupanya ia membantu menyumbang kepada mood bahagia dalam diri. Pisang membantu meningkatkan mood kerana mengandungi triptofan dan vitamin B6. Dua bahan ini berkait rapat dengan memberi rasa bahagia dan relaksasi. Gula yang terdapat di dalam pisang membantu mencegah perubahan mood yang drastik dan membantu kadar gula di dalam darah. Apapun, jangan ambil berlebihan pisang dalam sehari. Takut nanti jadi penyakit lain pula.

Pisang goreng

2. Coklat - Siapa yang tak suka coklat kan. Ia antara makanan yang mampu menaikkan kembali mood manusia. Tak perlu banyak tapi cukup sekadarnya. Contoh seperti minum air coklat, makan coklat sedap sekeping, nikmati manisan berinti coklat 4 ke 5 ketul atau dapatkan aiskrim coklat sebatang. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa coklat mampu meringankan gejala depresi dan meningkatkan kadar hormon serotonin dan endorfin dalam diri. 

3. Kacang-kacangan dan biji-bijian - Kacang ini tidaklah spesifik kepada kacang apa tapi as long ia adik-beradik kekacang dan bijian. Lihat orang yang suka mengunyah kacang, makan kuaci, letak kekacang dalam  salad sayuran, makan tempe, mereka semua cuba menimbulkan mood bahagia dalam diri dan pada masa yang sama cuma menenangkan diri. Kacang dan bijian ini secara langsung membantu menambah kadar magnesium dalam badan sekaligus mengurangi kolestrol jahat serta menjaga kadar gula agar stabil. 

4. Gandum - Gandum mampu boost mood anda yang down untuk naik perlahan-lahan. Gandum

Jus kedondong asam boi segarkan badan yang lesu


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Jus kedondong asam boi, penyegar tekak bila-bila masa. Bila adik ipar kata pokok kedondong kat kampung berbuah lebat, apalagi, dia bawah balik sikit haritu masa gathering birthday abah.

Buah ini berbentuk bujur, hijau kekuningan dan sedikit warna hitam. Banyak ditemui di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Jamaica dan Barbados. Senang cerita di negara kawasan garisan khatulistiwa. Hasil kajian menunjukkan, buah kedondong ini baik untuk:
  1. Meningkatkan sistem imunisasi
  2. Kesihatan jantung
  3. Baik untuk penglihatan
  4. Membantu masalah pencernaan
  5. Melawan jangkitan pada kulit
Bahan:
12 biji buah kedondong
5 biji asam boi
4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 liter air
1/2 cawan gula pasir
Kiub ais secukupnya

Penyediaan:
1. Cuci buah kedondong hingga bersih atau boleh juga kikis dengan pisau. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Masukkan dalam pengisar. Masukkan gula pasir
2. Rendam asam boi dengan air panas dalam 5 minit. Kikis isinya yang telah direndam tadi & buang bijinya. Masukkan dalam pengisar (buat 2 kali jika pengisar/blender jus kecil).
3. Masukkam air asam boi dalam pengisar & kisar hingga buah kedondong hancur. Tapis air sebelum masuk ke dalam jag.
4. Perahkan jus limau kasturi serta masukkan kiub ais & kacau. Sedia untuk dinikmati jus kedondong yang segar ni.

Susu Kocak Nanas a.k.a Pineapples Milkshake


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Haritu, masa morning walk kat kawasan rumah, ternampak ada orang jual nanas banyak dari Johor. Selonggok dapat 4 biji. Apalagi, kita belilah. 
Sedap sangat gais. Bila buat sendiri susu kocak nanas ni, confirm kita totally guna 100% susu. Ini resipinya.

Bahan:
1/2 biji nanas dibuang kulit & durinya.
1 1/2 cawan susu sejuk
4 kiub ais
3 sudu besar madu
1 sudu besar yogurt (optional)

Penyediaan:
1. Potong nanas 5 bahagian & kemudian potong dua. Potong empulur tengah yang keras. Masukkan potongan nanas ke dalam blender.
2. Masukkan susu, madu, yogurt & ais. Kisar hingga semuanya menjadi halus. Tuang ke dalam gelas. Siap untuk diminum.

Jus lemon, halia & madu yang boost badan kita


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Jus lemon, halia & madu, bagus untuk 'boost' sistem dalam badan kita.

Dah dapat buku dari Big Bad Wolf semalam, haruslah godek buku resipi dulu. Kita cari resipi yang mudah & bahan-bahan dah ada di dapur. Kot ada yang mood swing, selesema, takde selera nak makan, cuba jus ni. Hopefully ok sikit badan tu 😊

Bahan:
2 inci halia dihiris ataupun sagat
1 cawan air panas
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 keping lemon dihiris nipis
2 sudu besar madu

Penyediaan:
1. Letakkan halia dalam gelas besar. Masukkan air panas ke dalamnya & biarkan ia direndam dalam 5 minit.
2. Masukkan jus lemon & madu ke dalam gelas tadi & kacau hingga madu larut. Siap. Jika suka sejuk, letak aje ais kiub 3-4 ketul.

Air Nanas yang segar bila diminum


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Bukan setakat sedap, sejuk tapi isinya banyak boleh kita makan. Segar. Mak ayah pun senang hati aje minum segelas penuh.
Jika nak rasa extra fresh, boleh letakkan 2-3 sudu air aiskrim soda.

Bahan:
1 biji nanas sederhana dikupas dibuang matanya & dipotong 4. Buang empulur tengahnya. Potong kiub
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
2 cawan air
Air batu secukupnya
2-3 cawan air untuk masak/suam
Setitik dua pewarna kuning

Penyediaan:
1. Masukkan nanas dalam periuk, satukan gula, 1 cawan air, daun pandan & pewarna kuning. Masak guna api sederhana selama 15 - 20 minit. Tutup api. Biarkan sejuk.
2. Bila nak minum/hidang masukkan air nanas tadi dalam jug & masukkan air suam. Kacau & masukkan ais. Jika nak macam air gas yang segar skit, boleh letak 1/3 cawan air aiskrim soda.

Affogato: Espresso & Aiskrim


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Affogato. Italian coffee-based dessert in da house. Ia campuran kopi & aiskrim vanila. Untuk yang ori, disarankan guna kopi espresso panas. Tapi, encik Rudy guna kopi Vietnam aje (itu stok yg ada). Walaupun 1st time rasa, tapi memang sedap. .

Tq kak Rima @bisousatoi sebab share dessert yang sedap versi kopi. Suami suka. Katanya, "nanti share lagi yang lain jika ada ya. Dia cari resipinya."

Bahan:
1/4 cawan kopi panas / espresso
3-4 skop aiskrim vanila / coklat 

Penyediaan:
1. Skop aiskrim & letak dalam cawan. Kemudian masukkan air kopi perlahan-lahan. Jika suka, boleh letak topping hirisan coklat atau kekacang. Siap affogato.

Kopi Vietnam dengan aiskrim vanila dan milo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kalau minuman pepelik ni, memang hubby yang buat. Tetiba pagi ni terasa nak minum kopi Vietnam yang sedap tu & request dengan dia. Dan penyudahnya, dia tiru skit gaya barista Thailand yang letak aiskrim dalam susu & kemudian perlahan-lahan tuang kopi yang panas atasnya (tq kak @bisousatoi utk video yg share).

Alhamdulillah sedap.
If nak sejuk, just add on 2-3 ais kiub.

Bahan:
2 sudu besar serbuk kopi Vietnam (jenis bertapis ya)
1/2 cawan air panas (utk kopi)
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil ekstrak vanila / serbuk vanila
2 skop aiskrim vanila
Secubit milo / serbuk koko
Ais kiub (jika suka)

Penyediaan:
1. Bancuh kopi Vietnam guna penapis kopi Vietnam yang original. Jika tiada, guna mesin kopi pun boleh.
2. Masukkan susu dalam gelas. Letakkan ekstrak vanila & kacau sedikit. Masukkan aiskrim & kemudian tuang kopi panas perlahan-lahan di atas aiskrim. Kemudian, taburkan sedikit milo / serbuk koko. Siap kopi Vietnam versi Rudy.

Air Laici Berlemon dengan Pudina


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Air laici berlemon dengan pudina a.k.a lychee lemon with mint leaves drink. 
Dek kerana baki laici ada + baru beli sepasu daun pudina, makanya kita try minuman ni.
Very refreshing.

Bahan:
1. 1/2 biji lemon diperah
2. 4-5 biji buah laici dalam tin
1/4 cawan air gula laici
1/2 cawan air gula (ambil 2 sudu besar gula & letak air panas. Kacau hingga larut)
1 1/2 cawan air sejuk
3 helai daun pudina
Hirisan lemon & setangkai kecil daun pudina utk hiasan
Kiub ais

Penyediaan:
1. Masukkan perahan air lemon, air gula laici, air gula biasa, daun pudina serta air sejuk. Kacau hingga mesra.
2. Kemudian masukkan buah laici. Kacau. Letak lemon & setangkai pudina untuk hiasan. Siap air laici berlemon dengan pudina. Dah rasa macam kat restoran aje. 

Susu Pandan Laici, minuman sedap resipi dari Vietnam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Susu pandan laici, air ni pertama kali minum masa di Vietnam. Sedap giler. Dua kali saya order. Really refreshing. Minuman dari Ho Chi Minh ni saya kecek resipinya daripada tukang buat air di restoran sana. Cuma bila kali ni saya buat, saya cuma add on buah laici. Still sedap meskipun menderhaka skit resipinya.

Minuman 1 gelas susu pandan laici.

Bahan:

2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar paste pandan (beli kat kedai bakery)
4-5 laici
2 sudu besar air manisan laici dalam tin
1 cawan air panas
Ais

Penyediaan:
1. Masukkan susu pekat, susu cair & paste pandan. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula air panas. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan laici & air manisannya. Kacau. Masukkan pula ketulan ais ikut berapa banyak anda suka. Siap air susu pandan laici versi Alfi.

p/s: kalau tak jumpa kordial pandan di tempat anda, blend aje daun pandan yang ada. Tapi pastikan ianya pekat & jangan cair sangat.

Sirap Betik Dengan Cincau & Buah Kabung, resipi dari Acheh Darussalam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sirap betik dengan cincau & buah kabung. Minuman dan resipi ni saya dapat bila ke Acheh beberapa bulan lepas. Minuman yang menyegarkan & enak dinikmati dengan buahnya sambil menunggu makanan sampai atau selepas selesai makan.

Bahan:
1/2 cawan kordial sirap
500ml air
1/4 biji isi betik dipotong memanjang
1/2 paket isi cincau dipotong dadu
1/2 cawan buah kabung
Kiub Ais

Penyediaan:
1. Bancuh kordial sirap dengan air dalam jug (jika kurang manis, buat air gula skit).
2. Masukkan betik, cincau & buah kabung ke dalam jug. Kacau hingga mesra & letakkan kuih ais. Jika suka, tuang dalam gelas dahulu baru letak ais. Siap air sirap betik dengan cincau dan buah kabung resipi Acheh ini.


Milkshake Durian, rasanya memang wow


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ada berani nak minum milkshake durian ni? Bila suami & anak saudara buat experiment, inilah hasilnya. 

Buat penggemar durian, mungkin suka, tapi yang tak suka durian seperti adik bongsu saya, confirm dia tak heran langsung. Marah lagi ada sebab dia bukan setakat alergik durian, tapi bau durian pun dia terus rasa nak muntah. Dan perancangan Allah itu cantik. Yang kita tak suka selalunya dapat. Dan, Allah takdirkan dia kahwin dengan lelaki yang suka makan durian :)

Bahan:
3-5 ulas isi durian
2 cawan susu
2 skop aiskrim vanilla
Whipped cream
Sedikit isi durian untuk hiasan

Penyediaan:
1. Masukkan isi durian, susu & aiskrim dalam blender. Kisar semua bahan hingga mesra.
2. Tuang minuman dalam gelas. Letakkan whipped cream & isi durian atasnya. Siap milkshake durian versi Rudy.

Blueberry Strawberry Milkshake


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sambil menyedut air buah blueberry strawberry milkshare yang sejuk ni, sambil tu kita dengar & baca komen tentang tarikh #pilihanraya kat media sosial.

Akak tengah belajar bertenang ni sebab tarikh keramat tu lah akak bakal terhegeh-hegeh bawak beg nak balik Malaysia dari oversea. Tengah fikir, need to change flight schedule or not. Hmmm...

Bahan:
3 biji strawberi
12 biji blueberry
1 sudu besar madu
2 skop aiskrim vanila
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan ais

Penyediaan:
Kisar semua bahan hingga lumat. Tuang dalam gelas. Siap blueberry strawberry milkshake untuk minum dua orang.

Pineapple & coconut milkshake @ susu kocak nenas & kelapa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Pineapple and coconut milkshake. Dek kerana ada sebiji nenas kecil, saya 'kerja'kan dia semalam. Saya kurang gemar nanas jika makan begitu sahaja, so kita buat air.

Boleh cuba resipi ni untuk rasa sedikit kelainan pada buah.
Jika nak lebih refreshing, anda boleh cuba letak 2-3 helai daun pudina@mint. 
Dan jika tak mahu rasa nanas mendominasi sangat, letak sebiji pisang. Rasanya juga sedap (semalam saya buat 2 gelas berbeza untuk experiment). 

Ini resipinya.
Bahan:
1 cawan nanas yang dipotong kecil
1 cawan susu minum
1/2 cawan santan kotak
2 skop aiskrim vanila
1 sudu besar madu
2 biji limau kasturi diambil jusnya
3 ketul ais kiub
(Jika suka, boleh letak daun mint atau pisang ya)

Penyediaan:

Kisar semua bahan serentak sehingga halus. Tuang ke dalam gelas. Siap.

Happy cooking

Blueberry Milkshake @ Susu Kocak Buah Beri Biru


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Blueberry milkshake @ susu kocak buah beri biru.

Untuk anda yang nak lari dari chocolate or vanilla milkshake, boleh cuba buah-buahan pula. Buah beri ni encik suami terbeli masa merayap ke Jaya Grocer. Harganya sedikit murah dengan jumlah isi dalam peknya. Bila dia dah beli, saya sengih ajelah...

Ni resipi dari suami.

Bahan:
12-15 biji buah blueberry
1 cawan susu fullcream/anchor sejuk
2 skop aiskrim vanila
1 sudu besar madu
Whip cream

Penyediaan:
1. Kisar semua bahan dalam mesin pengisar (blender) kecuali whip cream.
2. Setelah bahan kisar halus, masukkan dalam gelas & picit whip cream (yg botol tu) & tabur beberapa lebihan blueberry. Siap blueberry milkshake.

p/s: Ada orang kata, buah warna biru/ungu baik untuk mereka yang ada sakit tairoid.

Happy cooking

Mango Thai juice


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Tertengok mango thai juice yang sedap dalam Instagram. Sedap & enak nampaknya. Tunjuk le gambarnya kat encik hubby malam Sabtu haritu, dan rezeki dari Allah, tetiba encik hubby ajak cari buah mangga lepas beli barang dapur. Rezeki juga dapat mangga di Taman Semarak. 

Dan Alhamdulillah, encik suami buatkan malam tadi. Time cuaca sejuk-sejuk ni, nasib tekak boleh terima lagi. So, sebelum dia blend & buat topping bagai, wife dia tolong potong mangga aje.

Untuk yang suka mangga atau air mangga, boleh cuba minuman ini. Ada kelainan skit sebab letak santan. Jika anda jenis diet, boleh gantikan dengan susu minum.

Bahan:
1-2 biji mangga (jika besar, 1 pun dah ok)
2 sudu besar madu
200ml santan
1 cawan ais
Secubit garam
Whipping cream

Penyediaan:
1. Kisar semua bahan kecuali whipping cream. Kisar hingga halus.
2. Masukkan dalam gelas jus mangga kisar tadi, spray whipping cream & taburkan belahan mangga.
Siap mango Thai juice yang sekali hadap buat kita rasa happy.

Happy cooking

Karkade boleh dibuat air dan juga agar-agar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Hari ni dah masuk minggu terakhir Ramadhan 2017. Sekejap aje masa berlalu. Rasanya, pejam celik pejam celik sekali lagi, ada rezeki, kita bertemu Ramadhan 2018 pula.

Kali ni saya nak kongsikan resipi sedikit rare tapi menarik kepada semua.
Karkade @ karkadeh @ tokmiyah adalah nama berlainan bagi bunga merah kering dalam gambar di atas. Saya diperkenalkan oleh karkade ini oleh Puan Roza Roslan dalam FBnya dan Alhamdulillah dapat merasanya bila diberikan sedikit masa pesta buku.

Dan bila anak saudara yang belajar di Mesir balik bercuti ke Malaysia baru ni, saya pesan padanya supaya mencari bunga ini agar boleh dibuat minuman atau agar-agar. Alhamdulillah, 1/2 kilo anak saudara bawa balik bunga ni.
Jika ada yang berminat nak cuba, boleh whatsapp saya di 013-6786571 (Rina) untuk cuba bunga original dari Mesir ini. Saya cuma dapat jual RM10 untuk 30gm + caj pos laju. Ini pun dah tinggal 3/4 sebab berikan pada keluarga dan jiran mama.

Jika ada anda beli bunga ini di mana-mana, boleh aje cuba resipi air & agar-agar ini.

Air Karkade
Bahan-bahan:
1. 1 liter air
2. 1 sudu besar karkade kering, basuh bersih
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. 1 bunga cengkih (jika tak letak pun tak apa)

Penyediaan:
1. Rebus karkade yang kering tadi dalam 10-15 minit sehingga karkade lembut. Masak pada api sederhana.
2. Setelah agak lembut, masukkan gula dan bunga cengkih. Kacau perlahan-lahan. Setelah menggelegak, tutup api. Siap.
Boleh dinikmati suam atau sejuk (masukkan aje kiub ais dalam cawan)


Agar-agar Karkade
Bahan-bahan:
1. 1 liter air
2. 1 sudu besar karkade kering, basuh bersih
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. 1 biji telur saiz A atau B, pecahkan dan kacau dalam mangkuk kecil (seperti buat telur dadar)
5. 200ml santan kotak
6. 2 pek agar-agar panjang / 2 pek agar-agar serbuk

Penyediaan:
1. Rebus karkade yang kering tadi dalam 10-15 minit sehingga karkade lembut. Masak pada api sederhana.
2. Setelah agak lembut, masukkan agar-agar dan kacau. Biarkan agar-agar mencair.
3. Masukkan gula pasir, telur dan santan. kacau semua bahan perlahan-lahan dalam periuk. Saat mendidih berhenti kacau dan kecilkan api dapur. Biarkan ia membentuk sedikit lumut dan perlahan-lahan masukkan dalam bekas untuk letak agar-agar. Biarkan seketika sehingga sejuk dan kemudiannya boleh letakkan dalam peti sejuk. Dalam sejam dah boleh potong agar-agar karkade. InsyaAllah...

Happy cooking

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...