Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Bila dah takde idea nak masak apa, tetiba teringat Maggi dalam gobok. So, kita masak Maggi goreng pedas dengan cara menumis ya bahan mentah.
If nak pedas, boleh guna semua bahan perencah dalam paket Maggi tu tapi jika ada budak kecil atau orang tua nak makan sekali, kurang kuantitinya. Kesian depa sakit perut nanti. Kalau jenis perut tahan pedas, silalah...
Bahan:
3 paket Maggi Pedas
2 ulas bawang putih dihiris
2 biji bawang merah dihiris
2 sudu cili giling
1/2 cawan air
1 biji tomato dipotong dadu
6 biji fishball dihiris
2 biji telur
3 sudu besar kicap
1/2 cekak daun kucai / daun bawang atau apa aje sayur
1 biji cili merah dihiris
3 sudu besar minyak utk menumis
Penyediaan:
1. Rebus Maggi dahulu kemudian toskan. Ketepikan seketika.
2. Dalam kuali, guna api sederhana, panaskan minyak. Setelah panas, masukkan bawang merah & bawang putih. Tumis seketika & kemudian masukkan cili giling. Kacau seketika & masukkan air & tomato. Kacau & biarkan cili masak sebentar.
3. Selepas cili mendidih & sedikit garing, masukkan pula perencah Maggi Pedas semuanya (saya cuma guna 2 paket aje sbb ada budak & orang tua) dan kicap. Kacau dan biarkan masak sebentar. Masukkan pula, fishball. Kacau & kemudian masukkan pula telur. Kacau perlahan-lahan hingga telur menjadi sedikit keras & barulah masukkan maggi, sayur & cili merah. Kacau hingga mesra & siap untuk dihidang maggi goreng pedas.

Mantopp sekaliiii
BalasPadam