Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Yong Tau Fu Home-Made, berkali-kali kita boleh mengulang makan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Yong tau fu, menu feveret suami saya kalau pergi ke pasar malam bila balik Ampang. Menu ni kalau ikukan, guna aje bahan-bahan frozen dan telur serta sayur. Cuma nak dapatkan kuah yang sedap, tak semua kedai atau gerai mampu buat atau kena dengan selera.

Menu ni pernah saya buat 8-9 tahun dulu. Lama dah. Bukan apa, menu ni kalau nak buat, kena beli berpaket-paket makanan frozen berbeza jenis. Jadinya, setakat makan sikit dan bakinya banyak kena simpan dalam fridge, sangatlah tak ekonomik untuk peti ais yang kiut bila dah banyak barang letak dalam tu.

Cuma kali ni saya buat balik menu ni sebab terkena caj mahal makan di satu kedai ni. Bila culculate harga dan kos, sangatlah tak berbaloi untuk kami yang makan dua orang. Jadi, mulalah kembali cari resipi kuah yong tau fu yang sedap. Dan Alhamdulillah jumpa. Ini resipinya. Hopefully korang pun suka.

Bahan-bahan:
5 pek makanan frozen yang anda teringin nak makan
1 ikat kangkung
Telur puyuh (jika suka)

Bahan-bahan kuah merah:
4 ulas bawang putih
7-10 tangkai cili kering direndam air panas
5 tangkai cili padi
1 biji cili merah (pilihan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air
2 sudu besar sos cili
2 cawan air
kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Bahan-bahan kuah hitam:
Taucu
Kicap manis
Kicap caramel
Sos tiram
4 cawan air
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 keping besar gula melaka 
Garam secukup rasa

Bahan-bahan kuah rebus:
2 liter air
1 kuib pati ayam
Sedikit garam


Penyediaan kuah merah:
1. Kisar halus bawang putih, cili padi, cili merah (pilihan), cili kering dengan sedikit air.
2. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan air sehingga tepung larut sekata.

Nasi goreng dabai, menu buah Borneo yang popular


 Assalammulaikum dan salam sejahtera. Saya tak pernah tahu kewujudan nasi goreng dabai sebelum ni. Saya hanya mengetahui tentangnya 4 tahun lepas. Itupun ketika bercuti ke Kuching bila saya masuk ke dalam sebuah restoran tempatan, saya lihat di buku menu ada nasi goreng dabai. Saya tanyalah tuan kedai, "Encik, nasi goreng dabai ni apa?"

"Dabai ni nama buah. Buah ni pula selalunya ada di Sarawak. Buah ni ada musimnya. Ni sekarang bukan musim lagi tapi kami adalah sikit stoknya. Puan nak order ke nasi goreng ni?" tanya tuan kedai pangkat pakcik ni.

Saya geleng. Saya cakap saya nak laksa sarawak. Tapi pada masa sama, saya dah set kat kepala yang restoran akan datang kena cari menu ni. Dan Alhamdulillah, hari terakhir kat Kuching, sempatlah merasa nasi goreng dabai ni. Kena dengan selera. Sudahnya, balik Semenanjung, bila nampak kedai makanan Sarawak, saya cari nasi goreng.

Rezeki baru ni, buah dabai tengah musim di Sarawak. Dan saya terjumpa buah dabai ada dijual di food court area Salak Tinggi. Harganya boleh tahan juga jadinya belilah setengah kilo aje. Buat try masak sendiri dan masak untuk family. Dan resipi kali ni, saya skodeng orang-orang yang share resipi nasi goreng dabai. Perlulah ilmu baru untuk resipi baru try ni. Alhamdulillah menjadi selepas sekali cuba. Isteri anak secara dan kak ipar pun suka. 

Bahan:
10 biji buah dabai isi lembut. Rendam 1/2 jam dan kemudian ambil isinya dan buang bijinya
3 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris kasar
7 tangkai cili padi dipotong kasar
1/2 genggam ikan bilis digoreng
1 biji telur
3 tangkai kacang panjang
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil garam

Bahan asas masakan nasi goreng dabai

Penyediaan:
1. Rendam buah dabai dalam setengah. Untuk melembutkannya lagi. Sementara tunggu ia lembut,

Kenali 15 tanda wanita mengalami kesedihan, fasa kesedihan dan bagaimana hendak mengawalnya agar tidak berpanjangan


Setiap orang pasti akan merasai perasaan sedih. Sedih sama ada akibat kematian ahli keluarga, sedih akibat tahap kesihatan tak memuaskan, sedih akibat masalah kewangan, sedih akibat perangai orang keliling yang tidak memahami dan banyak lagi sebab yang menjurus kepada emosi sedih ini. Saya sendiri dalam empat bulan kebelakangan ini terpaksa menghadapi kesedihan akibat kehilangan ayah mertua yang baik. Setiap benda dalam rumah sampai lihat kordial air sirap pun terasa sedih. Terbayang-bayang kenangan lama dia berjalan ambil makanan, dia duduk di sudut kerusi, dia minta bukakan tv untuk tonton filem P. Ramlee dan dia solat berjemaah bersama ibu mertua di ruang tamu. Kelibat dia seolah-olah ada di mana-mana. Hampir dua bulan juga saya betul-betul dapat kuatkan diri.

Bila melihat kepada kesedihan yang terpaksa dihadapi dan dirasai oleh ibu mertua saya pula, saya tahu dia cuba bertahan. Ada waktu dia menangis, ada waktu dia diam, ada ketika dia marah-marah dan ada satu masa, dia bercakap tak henti-henti lebih kurang 15 minit. Kami, anak, menantu dan cucu, cuba sedaya upaya untuk berlagak tenang meskipun diri sendiri sedih. Ia bukan satu fasa yang mudah. Ia fasa yang membuatkan kita terpaksa belajar reda, sabar, tenang, kuatkan semangat dan banyak ingatkan Tuhan. Fikiran kita akan mula muncul perkataan ‘kalau’, ‘sepatutnya’ dan ‘mungkin’ untuk mengelirukan diri bahawa apa yang berlaku boleh dihalang atau dilambatkan jika kita melakukan sesuatu perkara. Ingat! Perkataan ini sangat suka digunakan oleh syaitan dalam membuatkan kita was-was, tak reda, keliru dan tak tenang.

Anda yang mengalami kesedihan pasti perasan, kita masih lagi mampu membuat kerja-kerja rutin atau kerja pejabat seperti biasa. Cuma ia mungkin sedikit lambat atau mengambil masa untuk menyiapkan. Ada sesetengah orang, untuk lawan sedih, mereka akan bekerja lebih kuat lagi kerana tidak mahu terlalu melayan atau mengingati rasa sedih yang ada. Di sini, berdasarkan pembacaan dan pemerhatian, dapat saya klasifikasikan terdapat tiga tanda utama orang bersedih. Dan dari tiga kategori ini, saya pecahkan setiap lima tanda kecil.

TANDA EMOSI
  1. Mudah menangis walaupun perkara kecil.
  2. Rasa hampa atau kosong walaupun hidup kelihatan ‘baik’
  3. Hilang semangat untuk melakukan perkara dahulu yang disukai

Home-made Prosperity Burger dan Curly Fries


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni rezeki dapat buat prosperity burger. Dah lama tak buat. Dan dah lama juga tak beli sebab harganya mahal dan saiznya yang kiut dan juga kami boikot. Makanya, rezekilah saya tetiba Allah beri ilham untuk masak menu ni. Tetiba keluar kat youtube video Khairulaming masak prosperity burger. Dapat pulak lepas tu Chenom pun tunjuk video dia juga masak menu ni. Maka, carilah saya masa hari Malaysia hari tu daging burger oblong dan juga roti hotdog (fries memang ada stok di rumah). 

Bahan:

Bahan sos lada hitam: 
3 sudu besar mentega 
½ biji bawang holland dipoting dadu
2 sudu besar serbuk lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu besar tepung gandum 
2 cawan air 
½ ketul kiub pati ayam 
2 sudu besar sos tiram 
¼ cawan susu full cream 
1-2 sudu kecil serbuk lada putih 
2 sudu besar kicap pekat Garam secukup rasa 

Bahan untuk hidang: 
5 Roti burger oblong 
5 Daging ayam saiz oblong
Hirisan bawang holland 
Curly fries
Mentega untuk salut atas roti masa proses membakar

Penyediaan:
1. Sediakan kuali panaskan dengan api sederhana. Setelah panas, masukkan mentega. Masak hingga mencair. Selepas itu, tumis bawang holland yang didadu. Masak sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan 1 sudu besar lada hitam. Kacau dan masak sebentar sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga mesra dan sebati dengan minyak. Masukkan pula air 2 cawan. Kacau hingga mesra dan mendidih.
3. Masukkan 1 kiub pati ayam. Kacau sebentar dan masukkan pula sos tiram. Kacau lagi sehingga pekat sekata. 
4. Setelah pekat, masukkan susu full cream, 1 sudu besar lada hitam dan 1 sudu kecil serbuk lada putih atau lada sulah. Kacau lagi kuahnya hingga sebati. 
5. Masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Kacau sebentar hingga mendidih dan tutup api serta tutup mulut kuali agar kuah tak menjadi berketul. 
6. Dapur sebelah, panaskan kuali leper dan bakar roti hotdog yang dibelah dua dan disapur mentega. Angkat dan ketepikan. 
7. Kemudiam, masak pula oblong daging ayam. Masukkan sesudu besar minyak masak dan selepas

Daging masak malberi, resipi lajen mama buat anak-anak


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Masak malberi, ia adalah salah satu resipi masakan lajen mama saya. Resipi ni dia belajar masa muda. Masa dia mula masuk kelas masakan dan cuba masak yang sedap-sedap untuk keluarga. Bila abah dan kami semua sejenis suka makan pedas, jadinya, dia tambah lebih sikit kuantiti lada hitam banding dalam kelas. Maka, rasanya lebih meletup bila makan. Dan menu malberi ni bila saya buat ayam masak malberi dan masak di rumah family mertua, semua sukakannya. Mereka akan lebih excited bila dapat pes malberi yang saya masak lebih dan goreng ayam sendiri di rumah. Puas makan berketul-ketul.

Dan ini, saya kongsikan resipi masak malberi versi daging. Anda boleh aje ganti dengan ayam mahupun ikan. Bahannya mudah dapat cuma masa untuk memasaknya sedikit lama. Tapi sangat berbaloi bila makan. 

Bahan:
1kg daging dihiris kasar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kenyit
4 biji bawang besar (goreng & kisar)
5 ulas bawang putih (goreng & kisar)
2 inci halia (goreng & kisar)
1 genggam cili kering dibasuh bersih (goreng dan kisar)
2 sudu besar lada hitam (goreng & kisar)
1 sudu besar biji ketumbar (goreng & kisar)
1 sudu besar jintan putih (goreng & kisar)
2 bawang besar dihiris
2 cawan minyak masak
1/4 cawan kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1/4 cawan air asam jawa
1 liter air
2-3 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam

basuh bersih guna penapis 3 jenis herba ni untuk masak malberi. Rumah bau harum kerana mereka bila masak.

bawang besar, bawang putih dan halia antara bahan utama untuk kuah malberi.

Penyediaan:
1. Perap daging yang dihiris kasar dengan garam dan kunyit. Perap dalam 15 minit. Sambil menunggu daging diperap, boleh goreng bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, lada hitam, biji ketumbar dan jintan manis. Goreng ala kadar. Bila nampak bawang seperti dah warna garing kuning, angkat dan letak dalam pinggan besar. Selalunya saya akan goreng bawang dan halia sekali dan kemudian angkat. Selepas itu, saya akan goreng cili kering sahaja dan bila garing, angkat dan letak dalam pinggan berisi

Bagaimana menghapuskan rasa takut dan bina kembali keyakinan dari buku bestseller The Magic of Thinking Big


Rasanya semua orang memiliki rasa takut. Saya sendiri bertahun hidup dalam ketakutan. Syukur, saya diketemukan dengan buku yang membantu dan mengajar menghapuskan rasa takut dan membina kembali keyakinan step-by-step. Ia tidak mudah sebab bertahun kita memupuknya menjadi tabiat. Tapi, pada saya, selagi ada kemahuan untuk berubah dan memperbaiki diri juga ada jawapan khusus bila Allah tanya nanti, saya akan usaha semampu boleh untuk berubah. Buku yang saya maksudkan ini adalah karya David J. Schwartz bertajuk The Magic of Thinking Big.

Buku motivasi dan pembangunan diri yang klasik ini diterbitkan seawal tahun 1959. Buku ini banyak mengandungi idea-idea yang relevan yang bagus untuk dipraktikkan dari dahulu hingga sekarang, Tak kisah kita di era mana, buku ini sangat perlu dibaca oleh anda yang ingin mengembalikan keyakinan, semangat, beri idea, cara bagaimana hendak ubah kegagalan menjadi kejayaan dan menetapkan marlamat bagi pembangunan diri. Buku The Magic of Thinking Big ini telah diterjemahkan ke lebih 20 bahasa dan telah terjual melebihi 6 juta naskhah. Satu angka yang sangat besar bagi sesebuah buku motivasi.

Ada satu bab dalam buku ini penulis cuba membantu pembaca untuk menghapuskan rasa takut dan membina semula keyakinan yang hilang atau pudar. Bila saya baca bab ini dan bab selepasnya iaitu cara berfikir dan berjiwa besar, saya tahu saya kena berubah, Saya tak boleh hidup statik aje dan berasa selesa. Saya kena buat sesuatu agar hidup ini lebih bermakna, lebih memberi manfaat, lebih berjaya dan dapat membantu orang lain juga. Saya mesti melawan ketakutan atau rasa rendah diri yang bertapak lama dalam diri (sejak sakit, saya mengambil masa yang lama untuk pulih). Dan di sini, saya kongsikan beberapa tip yang bagus dari buku The Magic of Thinking Big ini agar anda juga dapat bangkit dari rasa takut, rendak diri dan kecewa. Jika anda selesa membaca dalam Bahasa Inggeris, ayat yang ditulis mudah difahami dan santai. Jika anda selesa membaca dalam Bahasa Melayu, buku ini ada diterbitkan dalam Edisi Bahasa Melayu oleh penerbit PTS (boleh aje anda dapatkan di shopee, TikTok, Lazada atau web penerbit).



Menurut penulis, rasa takut adalah sejenis penyakit psikologi. Kita boleh menyembuhkannya sama seperti menyembuhkan jangkitan pada tubuh iaitu dengan rawatan spesifik dan terbukti berkesan. Pertama, sebelum proses rawatan dimulakan, satu fakta perlu disematkan dalam diri iaitu ‘Keyakinan perlu dibina’. Tiada siapa yang dilahirkan dengan keyakinan termasuklah Hang Tuah. Jadi, bagaimana Hang Tuah berjaya menempa nama?

Menurut penulis buku, perkara paling penting yang perlu dilakukan adalah Melakukan tindakan. Ingat, prinsip ‘tindakan dapat menghilangkan ketakutan’ perlu ditanam dalam minda (action cures fear). Ini juga yang diterapkan oleh 3 guru bisnes saya masa saya mula-mula masuk kelas dulu. Untuk lawan rasa takut, kita kena kuatkan semangat buat apa yang kita takutkan itu. Sebagai contoh, jika kita takut buat live, buat aje live walaupun hanya 5 minit. Jika kita tak berapa pandai edit video untuk media sosial, belajar dan buat step-by-step. Walaupun sedikit lambat, tetap juga kita berusaha untuk melakukannya.

Ada banyak kisah benar dalam buku ini yang dikongsikan penulis tentang ketakutan yang dihadapi oleh setiap peringkat umur, pekerjaan, tahap pendidikan mahupun pangkat. Semua orang pada satu ketika, pasti berhadapan dengan ketakutan yang membuatkan diri rasa tak tenang, tak selesa dan terancam. Pada penulis, rasa takut itu perlu dipisahkan dari diri. Ada 2 langkah bagu mengubati rasa takut dan memenangi keyakinan:Pisahkan segala rasa takut. Kenal pasti apa yang sebenarnya kita takuti.
Kemudian, ambil tindakan yang perlu. Setiap rasa takut pasti ada penawarnya. Bertindak segera dengan tegas.

Sebenarnya, kurang keyakinan diri lazimnya disebabkan oleh memori yang tidak diurus dengan cekap. Part ni paling penting, otak kita umpama bank. Setiap hari kita menyimpan fikiran dalam akal kita

Lauk bening bayam yang mudah


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya kongsikan menu mudah untuk nak masuk sayur. Kali ni kita masak lauk bening bayam. Seminggu sekali at least adalah menu sayur hijau untuk keluarga makan. 

Bahan:
1 ikat bayam diambil daun dan batang lembutnya. Asing batang dan daunnya.
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih diketuk & hiris
1 batang cili merah dihiris kasar
1 batang fishcake dipotong kasar
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1/4 sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan batang sayur bayam dahulu dan air. Masak sehingga agak lembut.
2. Setelah lembut, masukkan pula fish cake. Kacau sebentar dan biarkan masak dalam seminit.
3. Masukkan pula sayur bayam dan cili merah. Masak sayur bayam sehingga layu. Masukkan garam dan kacau lagi. Dah mendidih, tutup api. Angkat dan boleh hidangkan lauk bening bayam kita.

Malaysia miliki artifak dan khazanah berusia 788 tahun sebelum masihi, Kerajaan Kedah Tua di Sungai Batu


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dalam sebulan ni, tular di media sosial tentang isu Prof. Solehah, UIAM, Melayu boleh terbang, Rom belajar buat kapal dengan orang Melayu dan meteor pernah menghentam bumi Semenanjung. Isu ni sangat hangat diperkatakan dan diperbincangkan oleh penggemar sejarah,ahli akademik dan sesetengah orang awam.

Saya sudah lama mengikuti penemuan khazanah yang dimiliki oleh Sungai Batu di Sungai Petani, Kedah. Asalnya, saya dan suami mengetahui tentang Sungai Batu ini bilamana suami membeli senaskhah buku terbitan The Patriots bertajuk Perjuangan Sungai Batu Sebuah Memoir dicetak pada tahun 2019. Bila tengok suami beli buku dan kemudian menceritakan tentang isinya, menarik. Settle dia baca, saya pulak baca. Bila dah membaca tu, haruslah saya cari info kebenarannya di Youtube atau video yang share di FB. Dan start dari situ, kami berdua sering mendengar kisah dan podcast yang menceritakan tentang kehebatan dan penemuan atifak serta khazanah yang ada di Sungai Batu. Dan selepas COVID, kami terdengar pula tentang pendedahan baru Sungai Batu yang ditemui oleh Prof Mokhtar melalui Prof Solehah. Sangatlah menarik infonya. Sampaikan kami berdua berhasrat, jika ada rezeki, nak ke tempat ni. Nak lihat sendiri dengan mata kepala apakah sama seperti yang didengari di Youtube, di Fb dan dibaca di media. Dan sejak dari penemuan yang dibuat oleh Prof Mokhtar dan Prof Solehah ni, saya makin teruja untuk mendengar kisah-kisah sejarah lampau yang digali kembali oleh profesor zaman kita. Rajin lepas tu saya mendengar podcast dan Youtube dari Ustaz Amin, Prof Mu'ati, Dr. Mat Rofa dan a few lagi sejarawan di negara kita. Info baru ni adakalanya bercanggah dengan silibus yang pernah belajar di sekolah.

Saya tak nak lah cerita banyak. Apa yang saya nak kongsikan kali ni adalah tentang khazanah sejarah yang dimiliki oleh Sungai Batu. Satu penemuan sejarah pada saya telah ditentukan oleh Allah muncul di zaman kita. Bumi Kedah khususnya memanjang hingga ke selatan Thailand memiliki batuan besi yang bukannya sedikit. Dan bukan itu sahaja, dari permukaan bumi, telah keluar artifak lama yang apabila pihak USM kaji ianya adalah alat yang digunakan untuk peleburan besi pada zaman dahulu berserta dengan beribu batu bata lama yang masih elok preserve. USM telah menghantar pakar mereka untuk membuat ekskavasi di kawasan yang  ditemui. Dan hasilnya sangat mengejutkan. 

Bila pentarikhan atau carbon dating dibuat ke atas batu-bata, tuyere, dan artifak lain yang ditemui, rupanya bukan kaleng-kaleng tahun artifak ini dibuat. Pentarikhan yang paling lama adalah bertarikh 788 tahun sebelum masihi. Maksudnya tapak peleburan besi, jeti lama, relau yang dijumpai adalah lebih lama dan sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Bukan itu sahaja, jika anda nak lebih faham, boleh rujuk gambar di bawah yang saya ambil di Muzium Pahang. Anda akan nampak lebih jelas kedudukan Sungai Batu atau Kerajaan Kedah Tua pada zaman yang melibatkan nabi-nabi kita. 


Jika dilihat pada pentarikhan 788 tahun sebelum masihi, kerajaan Kedah Tua berada pada zaman Nabi Yahya, Nabi Zakaria, Nabi Yunus, Nai Ilyasa' dan Nabi Ilyas.

Masa saya dan suami ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, kami dengar penerangan staf tapak arkeologi. Mereka menyatakan beberapa tapak dikenalpasti ada yang bertarikh sebelum masihi dan ada yang bertarikh selepas masihi. Kiranya, jika difikirkan, beratus tahun juga pelabuhan kerajaan Kedah Tua ni beroperasi. Bukan tu sahaja, bila dengar perkongsian ilmu Prof Solehah dan Ustaz Amin dalam beberapa podcast, kami berdua dapat ilmu baru. Tak mustahil apa yang disampaikan dalam ceramah Ustaz Amin tentang ilmu melembutkan besi Nabi Daud tu ada pada orang Melayu kita tak salah. Plus, kami berdua juga dah tengok sendiri dengan mata yang keris picit itu wujud. Ada di Muzium Terengganu. 

Ok, saya nak kongsikan beberapa gambar yang sempat diambil masa ke tapak Arkeologi Sungai Batu

Sekali makan Puding Raja, terus jatuh cinta nak lagi dan lagi. Ini resipinya...


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Baru ni saya ke Kuantan. Bercuti. Asalnya sambil jalan-jalan, saya nak cari kuih tradisional 3 beradik yang femes tu. Ditakdirkan Allah, pergi ke Pasar Tani Kuantan tak jumpa, jalan kat tapak pesta tak jumpa, tengok kat kedai makan pun takde jual. Yang saya nampak, hanya Puding Raja. Bila dah 2 kali nampak manisan Pahang ni, terus saya decide beli. Dan bila pertama kali makan, terus saya suka dan jatuh cinta. Ya Allah... sedapnya... Rasa best aje bila lalu air kastard dengan dengan puding kuning dan buahnya. 

Esoknya, bila saya ke Bazar Serambi Teruntum, saya jumpa lagi Puding Raja ni. Haruslah beli lagi. Dan kali ni, bila makan sejuk-sejuk, rasanya lagi happening. Wehh... Nak kena cari resipinya buat kat rumah nanti ni. Takdelah ngidam sangat dan kena pi jauh-jauh semata nak makan Puding Raja.

Beberapa hari lepas balik dari Kuantan, gigih saya cari resipinya di internet. Bila jumpa, terus saya ikhtiar cari bahannya. Dan Alhamdulillah menjadi (walaupun bukan guna telur itik tapi telur ayam, tetaplah menjadi juga).

Bahan-bahannya:
8 biji pisang lemak manis / pisang emas
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
Ceri merah & ceri hijau
Buah prun (saya ganti dengan kurma)
4  biji gajus

Bahan kuah:
1 tin susu cair
1/2 sudu besar tepung kastard
100ml air
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanila

Bahan Jala Emas:
5 biji telur itik kuning sahaja (jika takde, boleh aje guna telur ayam)
400ml air
500gm gula

Penyediaan:

1. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan minyak masak dan marjerin. Setelah panas, goreng

Resipi Nasi Kebuli Pahang original yang mudah masak untuk amatur


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsi resipi negeri Pahang, Nasi Kebuli. Menu ni saya nampak di Muzium Pahang. Ada pihak muzium sharekan 21 resipi tradisional di satu ruang dalam muzium. Resipi ini dijadikan koleksi Sultanah Pahang dan dikongsikan dengan orang awam. Saya tak pernah tahu Nasi Kebuli ni apa. Cuma seingat saya, saya pernah ternampak menu ini dalam buku resipi mama bertulis tangan yang besar di Ampang. 

Balik rumah saya cari video Nasi Kebuli ni apa. Bila tengok aje beberapa orang masak di Tiktok dan Youtube, saya rasa resipi ni mudah dimasak. Cuma yang susah skit nak dapat ialah daun tutur tu. Mana pulak nak cari kat Nilai ni kan...

Resipi Nasi Kebuli yang saya snap di Muzium Pahang

Asal nama Nasi Kebuli ni ialah Nasi Ke Bawah Duli. Nasi ini dipersembahkan kepada Sultan Pahang pada sekitar tahun 1940-an. Khabarnya, sewaktu Baginda menziarahi kampung-kampung di Kuala Lipis, penduduk kampung menyediakan nasi ini kepada Baginda untuk bersantap. Baginda suka. Maka, nasi ini menjadi satu tradisi setiap kali Baginda ke sana. Dan ini, saya kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya untuk yang ingin mencuba. Menu ini jika masak seekor ayam, ambil masa lebih kurang 1 jam setengah. 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
3 pot beras
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air (untuk perap ayam)
5 batang serai dimayang nipis
1 sudu besar lada hitam dibasuh & direndam sebentar
1/2 kecil ketumbar dibasuh & direndam sebentar
2 liter air untuk merebus ayam
Minyak masak untuk menggoreng ayam
1/4 cawan baki minyak goreng ayam untuk memasak nasi
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk memasak nasi kebuli untuk 3 pot beras

Penyediaan:
1. Tumbuk 2 inci kunyit hidup. Setelah sedikit lumat, masukkan ke dalam mangkuk berisi ayam.

Bagaimana Menulis Jurnal Kesyukuran Mengubah Cara Otak Melihat Hidup


Menulis jurnal mampu mengubah cara otak kita melihat hidup dan menukar perspektif negatif kepada positif. Betul ke pernyataan ni? Dalam hidup yang serba pantas hari ini, ramai antara kita semakin terbeban dengan tekanan kerja, tanggungjawab keluarga, keletihan emosi dan tuntutan sosial. Kadang-kadang kita terasa seolah-olah hidup hanya penuh kekurangan — tidak cukup masa, tidak cukup tenaga, tidak cukup pencapaian, tidak cukup rehat dan macam-macam lagilah yang tidak cukup. Namun, ada satu amalan kecil yang mampu mengubah cara kita melihat dunia dan cara otak memproses pengalaman harian: menulis jurnal kesyukuran.

Kenapa saya menekankan tentang menulis mampu merubah otak kita untuk menukar perspektif? Adakah dapatan daripada mana-mana kajian menyatakan tentang kesahihan perkara ini? Ada pengalaman orang-orang tertentu ke yang boleh dijadikan sandaran?

Mungkin kelihatan terlalu mudah hanya dengan menulis perkara yang kita syukuri, kita sudah mengubah cara berfikir. Tetapi di sebalik amalan kecil menulis inilah terdapat perubahan biologi dan emosi yang sangat besar. Saya sendiri rasai perubahannya setelah lebih 4 tahun mengamalkan terapi menulis ini. Ia bukan datang sehari atau seminggu. Ia mengambil masa sekurangnya 66 hari. Terdapat kajian daripada UCLA, Harvard, Berkeley University, University of Utah, Universitas Brawiya Malang dan beberapa kajian klinikal luar menunjukkan sedikit masa perlu diambil untuk merubah cara otak, fikiran dan tabiat kita. Sedikit masa perlu diambil kerana kita sedang melatih otak, emosi dan tabiat kita untuk berubah kepada sesuatu yang sedikit sukar untuk berubah kerana telah sebati dengan hidup. Kesannya bukan berlaku dalam sehari, tetapi perlahan-lahan membentuk cara otak bekerja, sehingga akhirnya kita lebih cenderung melihat kebaikan daripada keburukan, lebih nampak peluang daripada masalah, lebih bersabar dan lebih menghargai kehidupan daripada mengeluh tentang kekurangan yang kononnya ada.

Otak Dibentuk oleh Apa yang Kita Fokuskan
Kajian neurosains menunjukkan bahawa otak manusia mempunyai keupayaan untuk berubah mengikut tabiat dan fokus kita. Proses ini dipanggil neuroplasticity. Apabila kita sentiasa memberi perhatian kepada sesuatu, sama ada emosi negatif atau positif — otak membina “laluan” atau corak baharu yang menjadi kebiasaan. Sebagai contoh, jika selalunya kita membaca al-Quran hanya 2 mukasurat sehari tetapi kita ingin merubah atau upgrade diri dengan membaca al-Quran 3 mukasurat sehari, secara tidak langsung kita menyuruh otak dan badan kita untuk fokus pada tabiat baru yang ingin diubah. Di sini, otak secara tidak langsung bersedia untuk merubah apa yang kita kehendaki.

Apabila kita sering mengeluh, mengkritik diri, atau membandingkan hidup dengan orang lain, otak akan menjadi lebih cekap memproses rasa tidak puas hati. Kita melatih diri untuk melihat banyak kekurangan berbanding kekuatan yang dimiliki. Jika ini tidak dibenteras, lama-kelamaan, otak mencari apa sahaja yang salah lebih cepat daripada apa yang betul.

Sebaliknya, apabila kita menulis jurnal kesyukuran, kita melatih otak untuk mencari perkara-perkara baik yang berlaku setiap hari. Pada mulanya mungkin sukar kerana otak atau fikiran kita belum biasa.

Asam Pedas Ikan Pelaling yang ngam


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Sesekali bila masak asam pedas, memang sedap. Ni semua sebab asyik nampak kat IG @zee_zainal . Takde rezeki orang jual ikan pari, ikan pelaling pun on aje... 😋😋
Yang nak try masak asam pedas, boleh le cuba resipi ni.

Bahan:
4 ekor ikan pelalinh
4 sudu besar cili kisar
1 cawan minyak (agak bahan tumis tenggelam)
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/4 sudu kecil gula
1 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
700- 800ml air

Bahan kisar:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Sedikit belacan bakar

Penyediaan:
1. Panaskan minyak yang agak banyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau & tumisan betul-betul garing serta terbit minyak (saya tumis hingga 2-3 kali terbit minyak)
2. Masukkan ai, air asam jawa, garam & gula. Biarkan mendidih dengan api sederhan agar kuahnya sebati.
3. Setelah mendidih dalam 3-4 minit, masukkan ikan. Kemudian, masukkan bunga kantan & daun kesum. Rasa sedikit & jika ok, tutup api. Sedia untuk dihidang.

Kalio Pakis Udang, menu dari seberang yang mudah dimasak


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya nak kongsikan satu resipi mudah dan sedap dari negera jiran Indonesia, kalio pakis udang. Entah macam mana, keluar FYP VTT masakan lauk ni. Saya tengok dan dapati bahan-bahannya mudah dapat. So, saya request suami cari barang masakannya di Pasar Minggu Bandar Lama Salak Tinggi. 

Untuk anda yang suka udang dan suka pucuk paku, boleh cuba resipi menu kalio pakis udang ni. InsyaAllah sedap dan bau wangi rumah kerana rempah biji ketumbar yang ada. 

Bahan:
1/2 kg udang dipotong bahagian depannya.
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1 batang serai
1/2 cawan cili padi
1 sudu besar biji ketumbar
2 sudu besar cili boh
2 ikat pucuk paku diambil bahagian hujung yang kembut
1 helai daun kunyit 
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
1 kotak santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Penyediaan:

1. Masukkan bawang besar, bawang putih, buah keras, halia, kunyit, biji ketumbar dan cili padi ke dalam blander. Masukkan sedikit air dan kisar bahan-bahan ini hingga lumat.

2. Panaskan kuali. Masukkan 2 sudu besar minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan rempah 3

PERHATIAN: 20 Ilmu asas kesihatan di dapur

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak share PERKARA PENTING bila kita nak pastikan makanan yang keluar dari dapur adalah bersih, sihat dan penyimpanannya teratur bila letak dalam peti ais atau almari. Ilmu penting asas kesihatan dapur ni saya dapat dalam buku Lauk-Pauk Kampung juga. Buku ni memang bagus dan bantu saya ketahui asas memasak dan add-on ilmu baru. 

Jom kita add-on ilmu baru asas kesihatan dapur di rumah.

  1. Pastikan anda sentiasa membasuh kedua belah tangan sebelum memulakan kerja dan sesudahnya. Kaedah ini bagi menyekat pembiakan kuman terutama setelah memegang dan menyiang daging, ayam atau ikan.
  2. Kerja pembersihan dapur seperti menyapu, mengelap meja dan table top, membersihkan sinki dan tong sampah perlu dilakukan setiap hari.
  3. Peti ais mesti sentiasa bersih dan berfungsi pada suhu negatif 18 atau ke bawah.
  4. Peti sejuk mesti dibersihkan seminggu sekali atau mengikut keperluan. 
  5. Apabila memanaskan makanan pastikan ianya menggelegak dan bukan di tahap merenah.
  6. Asingkan penyimpanan bahan mentah dan bahan yang telah dimasak.
  7. Kawasan kerja/kaunter/papan pemotong mestilah sentiasa bersih terutama selepas kerja-kerja memotong bahan mentah.
  8. Span pembersihan juga merupakan sumber bakteria, lebih baik jika menggunakan tuala kertas. Gantikan span paling kurang 2 bulan sekali.
  9. Pastikan balang penyimpanan bertutup rapat. 
  10. Ketuhar, dapur pemanggang dan periuk menggoreng sentiasa dalam keadaan bersih.
  11. Pastikan lantai, sinki, dinding dan longkang dalam keadaan bersih dan terkawal. Jika ada membela haiwan kesayanga, bersihkan dulu kawasan hendak memasak sebelum memulakan aktiviti memasak.
  12. Pinggan dan peralatan yang retak merupakan tempat pembiakan bakteria yang sesuai.
  13. Makan makanan yang ganya disejuk bekukan sekali sahaja. Pastikan makanan yang telah dinyahfros terus dimasak. 
  14. Bakteria akan merebak dari peralatan dapur yang kurang bersih.
  15. Bakteria hidup selesa dalam makanan yang tidak dimasak dengan betul.
  16. Pastikan makanan yang telah dimasak dan lebihan makanan disejukkan secepat mungkin sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  17. Pastikan anda menyimpann daging, ayam dan telur berasingan. Daging mentah mestilah sentiasa dibalut dan disimpan asing dalam bekas sejuk beku.
  18. Bakteria masih hidup jika makanan tidak dipanaskan secukupnya.
  19. Simpan barang beracun berasingan daripada makanan.
  20. Kajian mendapati sinki dapur lebih berbahaya berbanding dengan tong sampah dari sehi pembiakan bakteria. Sungguhpun menggunakan air panas agak efektif, lebih baik lagi menggunakan air bilasan bahan peluntur (1 sudu besar bahan peluntur dicampir dengan 4 cawan air).
Rujukan: Norani Sidek. 2016. Lauk-Pauk Kampung. Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd. Selangor.

9 pilihan kecil yang menjemput rasa bahagia dalam hidup


Bahagia dalam hidup bukanlah sesuatu yang perlu dicari jauh. Kadangkala, ia tersembunyi dalam pilihan kecil yang kita buat setiap hari — perkara yang mudah tetapi memberi ketenangan yang dalam dan hidup rasa lebih bahagia. Rasa bahagia ini tidak perlu datang daripada kemewahan, tetapi daripada kesedaran untuk hadir sepenuhnya dalam momen yang sedang berlaku.

Di sini, saya senaraikan 9 pilihan kecil yang mampu menjemput rasa bahagia dalam hidup dan menerbitkan senyuman pada wajah yang ketat dan tertekan. Ia berdasarkan pembacaan, pengalaman sendiri dan juga pengamatan pada orang sekeliling. 

  1.  Belajar sayangi diri sendiri – Sayangi dan urus diri kita dengan sebaiknya. Berusaha untuk tidak terjebak kepada perkara-perkara negatif yang menggugat ketenangan diri dan orang lain.
  2. Percaya bahawa bahagia itu adalah pilihan – Kita yang mencorakkan hidup kita itu sama ada mahu gembira, serius, sedih, tersenyum atau apa pun emosi. Kita yang memilih untuk mencipta bahagia atau teruskan dengan kesedihan dan kekesalan dalam diri.
  3. Melakukan sesuatu yang bermanfaat pada orang lain – Membantu, berkongsi rezeki, meringankan beban, bersedekah, menolong dan meluangkan masa adalah antara cara kita boleh melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain. Selalunya, bila kita berjaya meringankan sedikit beban atau membantu orang dalam kesusahan, Allah seperti kurniakan kita hati yang berasa lapang dan bahu yang terasa ringan.
  4. Berfikiran positif – Memiliki pemikiran yang positif dapat membantu memberikan kita kepercayaan terhadap diri sendiri dan berusaha mencari jalan untuk merealisasikan apa yang ingin dilakukan. Sebagai contoh, ingin belajar membuat kudapan negara luar walaupun tidak pernah rasa sebelum ini. Jadi, kena yakinkan diri yang kita boleh lakukan jika ikut langkah yang betul di dalam Youtube.
  5. Bersyukur atas apa sahaja perkara kecil yang berlaku dalam hidup – Dapat menikmati nasi lemak yang sedap, dapat menonton filem Zootopia, rumah berbau wangi lepas di mop atau meluangkan masa bersama kawan, itu semua adalah antara perkara kecil yang kita terlepas pandang. Perkara sebegini memberi kita rasa tenang semasa atau selepas melakukannya. Belajar bersyukur walaupun kadang-kala kita tidak sedar perkara sebeginilah yang menyumbang kepada rasa bahagia.
  6. Nikmati setiap detik dalam hidup – Satu-satunya hal paling bahagia adalah waktu sekarang! Jadi, nikmatilah kehidupan anda yang sekarang ini dengan sepuasnya kerana hidup ini sangat indah apabila dikenang kembali. Perkara lepas yang menyakitkan biarkan ia berlalu dan jadikan ia pelajaran dari Allah untuk mematangkan kita. Perkara hadapan yang belum berlaku, kita berdoa agar Allah permudahkannya.
  7. Belajar memaafkan kesilapan kecil – Lepaskan beban yang tidak perlu dan teruskan hari dengan senyuman, kegembiraan dan perkara yang menyeronokkan diri kita. Memaafkan ini tidak mudah tapi jika kita tidak ‘melepaskan’, hati kita yang akan sentiasa berasa ‘sesak’.
  8. Mulakan hari dengan niat yang baik – ia membuka pintu rezeki hati dan menenangkan jiwa. Bila kita merancang untuk berbuat baik atau memanfaatkan apa yang ada dalam diri untuk kebaikan orang lain, insyaAllah akan ada jalan Allah akan tunjukkan (kita sendiri akan dapat rasainya).
  9. Bermimpi besar demi motivasikan diri – Bermimpi besar ini merupakan teknik yang digunakan untuk menggembirakan hati sendiri di mana, secara tidak sedar ia adalah cara memotivasikan diri untuk merealisasikan apa yang diingini. Sebagai contoh, belajar teknik mewarna batu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan. Batu-batu yang cantik dan ditulis dengan kata-kata motivasi ini mampu menyerikan hati pembacanya.


Bila kita mula sedar bahawa kebahagiaan boleh lahir daripada hal-hal sederhana dan kecil ini, kita akan dapati — hidup ini sebenarnya sudah pun indah. Untuk anda mulakan rasa bahagia yang berpanjangan dan menghargai apa yang telah dikurniakan Allah, anda boleh cuba untuk menulis perkara-perkara yang disyukuri dan dihargai setiap hari. Jika anda tidak pasti bagaimana mahu bermula, anda boleh dapatkan Jurnal Kesyukuran di Ekspresi Syukur. Jurnal ini perlahan-lahan memandu kita bukan sahaja menyenaraikan secara ringkas tentang perkara baik yang berlaku dalam hidup tetapi juga disertakan dengan doa, kata-kata motivasi dan tips-tips lain yang membantu anda untuk berusaha mengekalkan momenta bersyukur dan bersangka baik pada Allah.

Resipi kari udang buah merunggai menggamit rasa dan memori


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsikan menu kari udang buah merunggai yang pertama kali saya kenal masa makan tengahari di rumah arwah maklong saya dalam 7-8 tahun lepas. Masa ni saya tak aspect dia ada masak untuk saya dan suami. Hajat saya hanya untuk singgah hantar buku agama yang dia order dengan saya. Udahnya, masuk aje rumah, dia jemput kami makan tengahari terus. 

Bila tengok menu dia hidang hari tu, saya terpandang gulai udang yang dia masak. Nampak tempting. Tapi saya tak pernah nampak sbeelum ni sayur dia letak dalam gulai tu. Saya ingatkan kacang buncis ke atau apa tapi bila dia terang nama sayur tu munggai, saya pun angguk aje (masa ni saya masih tak pandai masak sangat jadi angguklah). Maklong ajar saya dan suami makan sayur ni. Kami cubalah. Rasanya memang tak mengecewakan. Tapi dek kerana segan nak makan banyak rumah orang, saya amik sikit ajelah buat rasa. 

Dan rezeki saya lepas bertahun tu, saya jumpa balik sayur ni masa kat Pasar Besar Seremban masa pergi semalam. Tengah dok cari telur dan kentang, tetiba nampak sayur merunggai ni ada kedai jual masakan rempah dok tayang. Terus saya tanya wife penjual, "ni sayur apa?" Dia cakaplah merunggai. Dan nak pastikan itu ke sayur saya makan dulu, saya tanya dia menu apa yang sesuai masak, macam mana nak masak. Ringan mulut dia menjawab. Sah. Ni sayur yang arwah maklong ajar makan dulu. Terus saya beli seikat (teringat udang saya beli sebelumnya, boleh masak sekali). 

Sayur buah merunggai atau kelor ni panjang. Lebih panjang dari daun bawang korea tu. Yang ni, penjual dah kerat dua agar mudah masuk dalam plastik.

Sebelum saya share resipi, saya share dulu kelebihan sayur ni ya (kita gunakan khidmat AI skarang kan untuk google). At least kita tahu khasiatnya dan kelebihannya. 

Profil nutrisi utama sayur batang merunggai / kelor:

Buah kelor diiktiraf sebagai superfood kerana padat dengan kandungan zat yang tinggi. Tumbuhan merunggai atau kelor membekalkan nutrien berganda: 
  • Vitamin C: Menawarkan kandungan antioksidan yang lebih tinggi daripada buah oren.
  • Vitamin A: Membantu kesihatan mata pada kadar yang lebih tinggi daripada lobak merah.
  • Kalsium & Protein: Menyediakan sumber kalsium yang lebih banyak daripada susu serta protein mudah hadam setanding telur.
  • Zat Besi: Membantu mencegah anemia dengan kandungan zat besi yang melebihi sayur bayam.
Khasiat untuk Kesihatan
Pengambilan buah serta biji merunggai secara konsisten memberikan pelbagai manfaat kesihatan yang

20 Petua dapur dari buku Lauk-Pauk Kampung yang sangat membantu


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pesta buku baru ni, saya ada beli satu buku resipi masakan di booth Karangkraf. Buku ni buku lama tapi sebab mereka nak habiskan stok, makanya penerbit jual murah, RM3 aje. Bila buka aje plastik buku Lauk-Pauk Kampung ni, tengok isinya, menarik juga. Walaupun ada beberapa resipi memang dah biasa buat, saya boleh cuba resipi lain yang mudah dan sebelum ni saya tak tahu nak masak (ada satu resipi tu saya suka makan masa arwah makngah ada dulu tapi saya tak pernah tahu cara nak masaknya). 

Dalam buku ni, ada lebih kurang 60 resipi. Semuanya lauk simple dan kampung. Dan kali ni, saya nak share a few tips yang ada di hujung bab tentang petua di dapur. Bab Petua Dapur ni ada tu saya lihat saya baru tahu dan kalau boleh nak orang lain pun tahu juga (kita kongsi ilmu yang baik). 

Ini buku resipi yang saya beli di PBAKL tu.

Untuk artikel ni, saya kongsikan 20 petua dapur yang kita boleh gunakan ketika memasak. Moga bermanfaat untuk kita bersama. 

  1. Baca dan fahami resipi sebelum mula kerja memasak.
  2. Lebih mudah menggunakan sudu untuk mengupas kulit halia kerana bahagian yang berliku itu dapat dikikis tanpa menggunakan pisau.
  3. Untuk dapatkan air perahan limau yang banyak, guling-gulingkan limau di atas kaunter dapur. Tapis bijinya menggunakan penapis kecil. Lebihan jus boleh dibekukan dan digunakan apabila membuat tomyam atau lauk lain.
  4. Apabila mengupas sayuran dan buahan, sediakan sebuah besen kecil untuk menampung kulitnya. Kaedah ini memudahkan anda dan dapur kelihatan kemas.
  5. Apabila membekukan makanan, gunakan bekas yang agak leper. Ini membolehkan bekas diatur kemas dan menyelamatkan ruang. Jika anda ingin membekukan sayuran, celur dahulu dan atur atas dulang. Bekukan sebentar dan barulah masukkan ke dalam plastik dan tutup.
  6. Parut halia, kunyit, lengkuas dan bawang. Ini lebih pantas dari menggunakan pemutar atau lesung batu.
  7. Gunakan pisau yang tajam. Bukan sahaja memudahkan pemotongan bahan-bahan bahkan anda tidak mudah luka bila menggunakan pisau tumpul.
  8. Untuk memastikan hirisan daging cantik dan nipis, bekukan daging separuh beku. Dengan menggunakan pisau tajam ia akan memudahkan masakan anda kerana daging cepat lembur dan masak sekata.
  9. Sebelum memasukkan kuah atau sos ke dalam bekas, sembur dahulu dengan minyak supaya dapat mengelakkannya dari bertanda.
  10. Besen dan bekas yang berminyak lebih muudah dibersihkan apabila disapu dengan sedikit cuka.
  11. Rebus telur dengan

Syukur dan Sabar dari Sudut Pandang HAMKA

 

Ada satu mutiara kata HAMKA yang mengingatkan pentingnya rasa syukur dan sabar. Beliau berpesan “Syukur dan sabar itu seperti sayap. Sayap sebelah kanan adalah syukur, sayap sebelah kiri adalah sabar. Jika patah salah satunya, maka jatuhlah kita.” Pesanan beliau ini menunjukkan bahawa dalam apa jua situasi, kita sebagai manusia terutama sekali hamba-Nya, kena sentiasa ingatkan diri untuk bersyukur dan juga sabar denga ujian.

Dalam karya-karya agung HAMKA seperti Tasauf Moden dan Lembaga Budi, beliau sering mengingatkan bahawa dua sifat yang paling tinggi dalam perjalanan rohani manusia ialah syukur dan sabar. Kedua-duanya ibarat dua sayap bagi hati yang ingin terbang menuju ketenangan dan redha Allah. Seseorang yang hanya memiliki salah satu daripadanya belum sempurna jiwanya; kerana hidup ini sentiasa bergilir antara nikmat dan ujian.

1. Syukur: Melihat Nikmat Sebagai Jalan Menuju Allah

Bagi HAMKA, syukur bukan sekadar ucapan “Alhamdulillah” di bibir, tetapi satu kesedaran mendalam bahawa setiap kebaikan yang datang adalah tanda kasih Allah. Beliau menulis bahawa orang yang bersyukur itu bukan hanya pada saat menerima rezeki yang banyak, tetapi juga ketika diberi peluang berbuat baik, ketika masih punya kesihatan, dan ketika hatinya tidak terputus dari zikir.

HAMKA menegaskan bahawa “orang yang bersyukur akan menjadikan nikmat sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah, bukan alat untuk bermegah.” Maka, bersyukur itu bukan pasif — ia menggerakkan hati untuk berbuat lebih baik, memberi lebih banyak, dan menghindar dari keluh kesah, cemburu dan rasa sedih. Dalam pandangan beliau, syukur adalah bentuk kesedaran spiritual yang membuat manusia hidup dengan tenang meskipun sederhana, kerana hatinya penuh rasa cukup (qana‘ah).

2. Sabar: Keteguhan Jiwa di Tengah Gelombang Hidup

Sementara itu, sabar menurut HAMKA adalah kekuatan batin yang lahir dari keyakinan terhadap janji Allah. Dalam Tasauf Moden, beliau menulis bahawa sabar bukan bererti diam dan menyerah, tetapi tabah berusaha tanpa mengeluh, sambil menyerahkan hasilnya kepada Allah. Orang sabar bukan tidak

Jadilah orang yang berlapang dada

 

Menjadi orang yang berlapang dada adalah impian majoriti manusia. Hidup dalam keadaan tenang, tiada rasa sakit hati, cemburu dapat dikawal, berusaha tidak mahu berdendam dengan sesiapa dan sentiasa berprasangka baik pada Allah adalah sifat orang yang berlapang dada. Orang yang berlapang dada ini tidurnya lena, mudah tersenyum, bercakap perkara yang baik-baik, berusaha buat perkara yang baik-baik dan belajar memaafkan masa lampau yang menyakitkan.

Ada satu kisah daripada hadis saya jumpa dalam buku Jangan Bersedih! Kebahagiaan pasti bersamamu. Kisah ini rasanya ada antara kita pernah mendengar/membacanya. Ia tentang kisah seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid dan Rasulullah s.a.w menyatakan dia adalah ahli syurga. Kenyataan ini membuatkan ada para sahabat ingin tahu apa yang dilakukannya. Ini kisahnya, seorang yang berlapang dada.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a, dia berkata, “Ketika kami duduk bersama Rasulullah s.a.w, baginda bersanda, “Ada seseorang lelaki penghuni syurga yang akan muncul di tengah-tengah kamu tidak lama lagi. Kemudian, datanglah seorang lelaki Ansar yang air wuduknya menitis dari janggutnya. Kedua seliparnya dibawa dengan tangan yang sebelah kiri. Pada keesokan harinya, Nabi s.a.w bersabda seperti itu. Lelaki itupun muncul semual seperti yang berlaku pada hari pertama. Pada hari ketiga, Nabi s.a.w bersabda lagi seperti sabdanya pada hari pertama lalu lelaki itu muncul seperti yang berlaku pada hari pertama. Ketika Nabi s.a.w berdiri, Abdullah bin Amr’ bin al-‘Ash mengekori lelaki itu dan berkata, “Sesungguhnya aku berselisih faham dengan ayahku hingga aku bersumpah untuk tidak akan masuk ke rumahnya selama tiga hari. Jadi, bolehkah aku menginap di rumahmu selama beberapa hari?” Lelaki itu menjawab, “Silakan.”

Anas berkata, “Abdullah menceritakan bahawa dia menginap selamat tiga malam di rumah lelaki itu namun, dia sama sekali tidak melihatnya mengerjakan solat malam selain apabila dia menanggalkan pakaiannya dan pergi ke tempat tiidur, dia menyebut nama Allah dan membaca takbir sehinggalah tiba

Resipi sambal tempoyak pucuk kayu dengan petai, bila makan dengan nasi panas, tak pandang kiri kanan dah


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak share menu yang berjaya dibuat, sambal tempoyak pucuk kayu dengan petai. Saya memang suka menu ni. Masa tak berapa pandai masak dulu, kalau pergi rumah orang Negeri Sembilan atau kedai makan Orang Noghori, saya akan cari menu ni. Kalau ada, memang happy aje menyenduknya dalam pinggan letak kat tepi nasi putih.

Saya pernah tanya mak mertua adik saya daun apa dia letak dalam lauk tempoyak yang ada daun ni. Bila dia sebut aje nama daun-daun tu, saya dah tercengang-cengang. 'Ah sudah! Apa daun pun tak kenal ni. Tahu pucuk ubi aje'. Masa tu memang saya tak reti sangat masak. Dan betullah bak mama cakap, "Camne nak kahwin, potong bawang pun tak reti". Tapi, Alhamdulillah sekarang dah jauh beza tau. Saya dah kenal sayur, potong bawang dan masak lauk yang dulu memang tak tahu langsung. Pengalaman dan keinginan itu mengajar kita untuk cuba kan.

Saya order dengan Ali Ikan sayur yang saya mahu untuk buat lauk sambal tempoyak pucuk kayu dengan petai ni. Alhamdulillah semua ada kecuali daun kaduk. Bukan rezeki dan dapat daun tu kali ni (mungkin Allah takdirkan letak daun ni lain kali). 

Ini bahan-bahan untuk masak lauk tradisional ni.
1 cawan tempoyak
1 ikat pucuk ubi. Ambil bahagian daun bahagian tengah hingga ke pucuk
5 helai daun kunyit
6 batang serai
1/2 pek petai 
1 genggan ikan bilis. 2/3 untuk goreng & 1/3 basuh gitu aje
1 batang kunyit hidup
1 genggam cili padi
1 kotak santan
2 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan asas untuk sambal tempoyak pucuk kayu. Boleh tambah daun kaduk, pucuk paku dan pucuk labu.

Penyediaan:
1. Sediakan satu mangkuk air garam. Hiris halus serai dan masukkan dalam bekas air garam tu. Fungsi utama serai dimasukkan dalam air garam adalah untuk mengekalkan warna serai, melembutkan serai, mengurangkan rasa pahit serai, mengeluarkan aroma serai bila masak dan membersihkan serai. 


2. Hiris daun ubi kayu, daun kunyit dan apa sahaja daun yang puan ada stoknya nipis-nipis. Petai pula potong setengah. Daun-daun ini dihiris nipis adalah kerana memudahkan daun cepat empuk bila dimasak, mengurangkan rasa pahit sesetengah daun (rasa pahit tak terlalu menonjol), supaya kuah

34 sebab hobi membaca itu salah satu cabang rezeki


Mengapa dikatakan hobi membaca itu salah satu cabang rezeki? Hanya orang yang suka membaca sahaja yang tahu nikmatnya hidup bila mendapat ilmu baru, dapat rehatkan diri, dapat buat apa yang disukai dan paling penting, buku yang dibaca memberi kepuasan maksimum bila dibaca. Ingatkan diri bahawa rezeki itu bukan sekadar wang atau harta sahaja. Rezeki itu datangnya pelbagai bentuk sama ada dari sudut kesihatan, masa, keluarga yang ada, negara aman, ada rezeki boleh dimakan dan lain-lain lagi. Bagi peminat buku dan ilmu, hobi membaca itu juga salah satu rezeki yang tidak dinafikan. Berilah apa sahaja buku, majalah atau suratkhabar tak kira bercetak atau online, dia akan membaca. Cuma, jika dia rasa apa yang dibaca menarik untuk dihabiskan, dia akan habiskan. Jika dirasakan macam tak kena dengan jiwa atau apa yang disampaikan ‘pelik’, sudah tentu sekerat jalan sahaja bahan tersebut dihadap.

Saya yang memiliki hobi ini sejak kecil lagi memang pantang jumpa buku atau bahan bacaan. Rasanya tabiat ini datangnya daripada mama yang suka membaca. Bukan itu sahaja, mama dan abah bila berkesempatan, akan membawa kami adik-beradik atau sepupu ke pesta buku DBP untuk dapatkan bahan bacaan keluarga (tahun 80-an, pesta buku itu ajelah yang ada di Malaysia). Dan sekarang, setiap tahun, setiap kali pesta buku, bukan saya sahaja, saya angkut sekali suami atau anak saudara untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa KL atau pesta buku negeri.

Pada saya hobi membaca ini tidak semua orang memilikinya. Tidak semua orang ada kesabaran untuk menghabiskan buku yang beratus-ratus helai mukasuratnya. Itu belum lagi buku yang jenis bacaan berat atau serius. Lagilah kena bersabar dan kuatkan semangat untuk membaca. Tengok tajuk pun dah tahu, ‘ini kena fokus baru faham’. Ada juga jenis orang yang sukakan buku bergambar atau komik. Ia juga satu hobi yang sesetengah orang tak boleh masuk tapi jika pelukis ilustrasi pandai memasukkan elemen nasihat, agama, pengajaran dalam komik, ia mampu menjadi bahan bacaan yang menyumbang pada pertambahan ilmu pembaca.


Di sini, saya ingin kongsikan 34 sebab mengapa hobi membaca itu boleh dikatakan salah satu dari cabang rezeki buat kita. Anda pasti terkejut dan mengakuinya bahawa dengan ilmu dan bacaan, kita akan mmenambah rezeki-rezeki lain daripadanya.

1. Membuka pintu ilmu – Ilmu adalah rezeki paling bernilai yang tidak akan habis dibahagi. Ilmu mengajar kita tentang banyak perkara yang kita tidak ketahui. Ada hadis berkaitan ilmu ini buat Muslim. Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim.” (HR Ibnu Majah & Abu Ya’la)

2. Menambah kefahaman hidup
– Melalui pembacaan buku-buku tertentu, secara tidak langsung ia memberi panduan bagaimana menjalani kehidupan dengan lebih tenang dan bijaksana. Jika kita

Cekodok durian, kuih simple bila musim durian datang


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bulan 6 dan bulan 7, musim durian kat Malaysia. Alhamdulillah, kali ni musim durian meriah. Meriah sebab banyak durian menjadi dan harga pun jadi mampu beli. Dulu, siapa nak makan Musang king, standbylah duit RM50-60 sebiji. Sekarang, murahnya harga musang king, sebiji dah boleh dapat kurang dari RM30. Seminggu lepas, kami singgah beli durian di Nilai 3. Harga sebiji udang merah, boleh dapat dalam RM22-RM26. Jadi, suami belikan untuk kami makan di rumah 2 biji. Durian kampung yang lain, saya beli untuk buat tempoyak (beli yang elok skit, hopefully tahan lama dan sedap).

Dan rezeki kami 3 hari lepas, anak sedara balik dari Taiping. Dia bawak 3 kotak durian. Mertua dia ada kebun di sana dan bagi kami merasa sikit sebab buah banyak menjadi. Alhamdulillah, rezeki sangat. Selain kami makan, saya cadang buat cucur atau cekodok durian esoknya. Rasanya cucur ni lama dulu saya makan. Tak ingat siapa yang buat tapi bila Allah dah bagi ilham tu, kita on lah. 

Ni bahan-bahan untuk buat cekodok durian. Kalau nak lembut skit, isi durian kasih lebih dan tepung letak tak berapa banyak ya.

Bahan-bahan:
1 cawan isi durian
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 biji telur 
1 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air atau tengok pada kepekatan doh (kalau boleh jangan pekat sangat atau lebih sangat)
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk cekodok durian

Penyediaan:
1. Mula-mula, isi durian tu kita asingkan dari bijinya. Bila dah asing, lenyekkan sedikit isi durian tu.


2. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan. kacau sebentar agar ia mesra dan kemudian tambahkan air perlahan-lahan. Gaul hingga mendapat kepekatan yang diinginkan atau hingga menjadi adunan cekodok. 

Campurkan semua bahan kering dan kemudian masukkan air. 

Adunan cekodok durian saya

3. Rehatkan adunan dalam 10 minit. Panaskan kuali dan minyak guna api sederhana. Setelah panas, sudukan adunan cekodok tadi satu demi satu dalam kuali. Jangan penuh sangat bila menggoreng. Bagi ada ruang sebab ia akan mengembang sedikit. Goreng sehingga cekodok bertukar warna. Angkat dan toskan. Teruskan proses memasak sehingga adunan cekodok habis. Setelah selesai, apa lagi, proses makan, kongsi rezeki dengan jiran pun bermula. Selamat mencuba cekodok durian kuih tradisi kita.

Hotdog special buat buka selera & hilang stres


 Assalammualaikum dan salam sejahtera.

2 bulan gak tak update blog. Busy skit. Cuti dengan family, pesta buku, settle order & LHDN. Itu belum kira busy dengan tugas hakiki di rumah. Makanya nak tulis blog dan resipi baru tu macam slow sangat. Dan rezeki minggu lepas, ada masa sikit nak masak (itupun sebab dah stres ngadap akaun, kita hadap kuali pulak bagi bertenang).

Kali ni, saya buat menu hotdog special untuk kami makan 3 beranak (selalunya masak untuk 4 orang tapi kali ni rasa lain aje bila abah dah takde). Masak terus 6 biji roti dengan 6 ketul hotdog. Makanan untuk makan malam dan sarapan pagi esoknya. Sekali harung kita hadap.

Bahan-bahan caramelize onion:
2 biji bawang besar dihiris nipis
1/2 sudu kecil garam
1/4 cawan air

Bahan-bahan:
6 biji roti hotdog
6 ketul hotdog
3 biji telur
6 helai daun salad
pickle (saya guna cili harbanero)
Mentega, mayonis, sos cili & mustard
Sedikit minyak untuk menggorengn telur & hotdog

Penyediaan caramelize onion:
1. Sediakan kuali besi. Panaskan atas dapur dengan api sederhana. Setelah panas, masukkan hirisan

30 tips untuk bangkit dari jatuh demi meneruskan kehidupan yang lebih membahagiakan di masa hadapan


Semua orang pernah hadapi ujian jatuh dan bangun dan jatuh dan bangun lagi. Cuma bagaimana untuk bangkit dari jatuh yang banyak kali itu memerlukan kekuatan, semangat, doa dan perasaan tidak mudah putus asa. Saya sendiri akui, berpuluh kali hadapi kejatuhan dalam sesuatu perkara sampai ada ketika saya jadi fobia. Tapi jatuhnya saya itu mengingatkan saya bahawa ‘aku tak boleh selamanya jadi macam ni. Aku kena kuat. Aku ada Allah. Apa nak jawab depan Allah nanti. Apa saham akhirat aku nak bawa?’, itu antara monolog saya dalam hati untuk kuatkan semangat. Antara monolog lain yang bantu saya adalah ‘Ya Allah, tolong aku. Bantu aku. Tenangkan hatiku. Bimbing aku’.

Monolog-monolog ini adalah antara kata-kata afirmasi buat diri sendiri agar dapat kuatkan semangat semula dan jangan sekali-kali larut dalam kesedihan atau kemarahan berpanjangan. Saya pernah hadapi situasi ini dan ia membuatkan saya mengambil masa untuk bangkit. Apapun saya bersyukur, walaupun bertahun, Allah tetap beri saya kekuatan untuk pulih kembali. Dia bimbing dan Dia pandu dalam meneruskan hidup yang masih dipinjamkan nyawa ini. Dan oh ya, ada satu mutiara kata dari HAMKA yang buat saya belajar untuk menerima kejatuhan atau kesedihan yang berlaku pada diri dengan lebih tenang. kata-katanya beliau ada benarnya. Saya harap anda juga dapa jadikan ia satu pegangan bila berhadapanan dengan ujian hidup yang unpredictable.

“Hidup terbina antara pahit dan manis. Jikalau selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau senantiasa saja manis, hati akan menjadi bosan." (HAMKA)

Jika anda seperti saya, sering berhadapan dengan jatuh bangun yang berkali-kali dalam hidup dan ada

Kota baca 2026 di Dataran Merdeka, banyak benda baru saya belajar

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah 25 April lepas saya dan suami ada rezeki untuk datang ke Kota Baca di Dataran Merdeka. Syukur sangat. Kami keluar awal pagi. Jam 7.30 gerak dari Ampang rumah mama dan sampai ke Central Market (CM) dalam jam 7.50 gitu (nampak tak timing tu bila jalan clear dan tak jem). Dah sampai awal tu, udahnya kami ronda-ronda kawasan CM kejap, area Dayabumi dan sarapan. We call all the memories masa belajar dan dating dulu.

Central Market atau kita panggil CM. Dulu bangunan ni memang tempat jual ikan sayur zaman mertua saya masih kecil. Bila zaman suami saya belajar KL, ni kawasan orang busking, lepak, melukis dan berkarya. Pernah lah dulu layan dengan orang nyanyi kat situ. Pernah gak kena kejar dengan orang lelaki yang nak buat jahat. 

Dalam pada nak cepat ke Dataran, entah macam mana, termerayap kejap area CM. Layan tengok bangunan McD lama jadi hotel, kawasan sekitar yang dilukis mural dan taman depan jam KL dah

33 sebab menulis itu penting selagi masih hidup

 

Menulis itu penting kerana ia bukan sahaja sebagai alat komunikasi kepada pembaca tetapi juga sebagai cara untuk menyampaikan ilmu, berkongsi maklumat dan penyimpan data yang terbaik. Menulis mampu menerbitkan idea-idea baru, menyatakan pendapat, merakam detik-detik penting dan pelbagai lagi kelebihan yang sudah semestinya penting dalam kehidupan manusia. Beberapa cendikiawan ada menyatakan pentingnya menulis dalam kehidupan. 

Pada saya, menulislah apa sahaja di mana sahaja anda suka. Anda boleh tulis di blog, di dalam buku, di media sosial, di website, di dalam komputer hatta menulis kebaikan di atas secarik kerta. Menulis, secara tidak langsung menggalakkan kita mengingati apa yang cuba diingati, mengajar kita untuk menyusun ayat dengan baik dan teratur juga berusaha untuk mengekalkan ilmu serta memori yang ada. Di sini, saya kongsikan dengan anda beberapa mutiara kata dari orang-orang hebat berkaitan dengan kepentingan menulis. Bila anda membaca catatan mereka ini, anda akan bersetuju secara langsung dengan apa yang disampaikan dan diperturunkan. 

1. “Ilmu tanpa tulisan bagaikan unta tanpa tali kekang. Ia akan hilang dibawa angin.” (Imam Syafi‘i)
2. “Catatlah ilmu, kerana dengan mencatat, engkau mengikatnya agar tidak hilang.” (Imam al-Khatib al-Baghdadi)
3. “Menulis adalah melawan lupa.”
(Pramoedya Ananta Toer (sasterawan Indonesia))
4. “Apabila engkau menulis, engkau sedang membina sebuah dunia yang akan terus hidup selepas ketiadaanmu.” (Jalaluddin Rumi)
5. “Tulis sesuatu yang berharga untuk dibaca, atau lakukan sesuatu yang berharga untuk ditulis.” (Benjamin Franklin)



Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan kita dan orang lain boleh dapati dengan menulis. Di sini, dikongsikan 33 sebab kenapa menulis itu penting selagimana masih bernyawa.

1. Meninggalkan jejak diri – tulisan menjadi warisan yang kekal walaupun penulis sudah tiada. Menulis menjadikan seseorang itu ‘abadi’ berpuluh malahan beratus tahun. Lihatlah karya-karya dari Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Shakespears, Dale Carnagie, Imam al-Syafi’i, HAMKA dan lain-lain.

2. Mengabadikan pengalaman hidup – setiap catatan adalah sejarah peribadi yang tidak akan berulang. Penulisan travelog hidup memperlihatkan betapa kuatnya kita (penulis) merekodkan apa yang berlaku sehari-hari dalam hidup. Ia bukan setakat untuk dikenang tetapi apa yang ditulis itu diharap dapat membantu orang lain membacanya (contohnya seperti buku travelog pengembaraan atau haji)

3. Membantu mengingat – menulis mengekalkan memori yang mudah hilang jika hanya bergantung pada ingatan. Kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan lemah ingatan perlulah mencatat segala yang dipelajari agar tidak hilang dari ingatan. Imam Syafii pernah mengungkapkan mutiara kata ini: “Ilmu itu

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...