Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

"Budak Salji" saya dah keluar...


Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya "Budak Salji" keluar. Itu pun saya dapat tahu bila rakan penulis saya e-mel ucapkan tahniah. Ialah, pagi tadi saya pergi ke website publisher, tengok gak kot-kot ada buku saya terjenguk di sana tapi takde. So, saya jangka mungkin next week or another week. Alih-alih jam sebelas suku malam tadi, barulah saya dapat berita gembira tu. Cepat-cepat saya pi tengok. Alahai, comelnya budak salji saya pakai songkok dan berbaju melayu. Hehehe... Dia pun nak sambut raya gak yer...

So, sini saya selitkan sinopsisnya. Selamat membaca buku awal remaja ni ya adik-adik...

Sinopsis:

Penerimaan Izzat, Adib dan Ekhwan pada pelajar baru yang bertukar dari Terengganu ke Selangor itu telah diterima baik pada awalnya. Mereka mulai rapat sedikit demi sedikit. Namun, akibat rasa cemburu dan iri hati hanya pada satu perkara kecil, mereka mula memulaukan rakan baru mereka itu. Pelbagai aktiviti kurang baik mula dilakukan oleh Izzat dan Adib kepada Daniel walaupun ditegur oleh Ekhwan. Bukan itu sahaja, satu gelaran baru turut diberikan kepada Daniel semata-mata warna kulitnya yang berbeza sedikit berbanding pelajar lain.

Meskipun menerima gangguan yang tidak diundang, Daniel tetap sabar menjalani rutinnya sebagai pelajar. Ini kerana di belakangnya telah berdiri seorang penyokong yang kuat. Penyokong yang sentiasa memberi bimbingan dan dorongan untuk melawan kenakalan rakan-rakan sekelasnya. Siapakah penyokong yang berdiri di belakang Daniel ini? Mampukah Daniel bertahan dengan kenakalan Izzat dan Adib yang kadang-kadang mencabar tahap kesabarannya? Benarkah Daniel disangka lemah kerana tidak membalas kembali perbuatan nakal yang diterimanya? Segala-galanya akan terungkai bila mana anak jantan menunjukkan ketangkasannya.

p/s: Thanks Mersik for the e-mail.

4 ulasan:

  1. ini buku karangan cik alfi ker?

    BalasPadam
  2. Ha'ah KF. Buku ni saya tulis + suami saya tolong jd editor part time. Kalo ade tak sedap, dia ler tukang komen. Hehehe...

    BalasPadam
  3. akak nak beli buku ni direct dari ko tau , mesti sign siap dgn alamat rumah hehehhe ada gambor lagi cun.., emelkan no akaun hang (maybank) kat akak ashila_74@yahoo.com

    BalasPadam
  4. nanti den pos bile dah siap cetak. gambar? gambar ape pulaknya kak?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...