Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pumpkin Tart @ Tart Labu


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Pumpkin tart atau tart labu ni, manisan ringkas yang saya cuba dan menjadi. Baki labu bawa balik dari Bandung ada lagi, makanya kita try buat tart labu.

Untuk buat tart atau pie labu, labu yang perlu anda gunakan adalah LABU MANIS bukan labu untuk masak sayur. Boleh juga guna puri labu dalam tin.
Untuk tart shells tu, saya beli yang dah siap (senang skit kerja). Tart ini sedap dimakan sejuk2 dan enak juga diletakkan whipping cream.

Bahan:
2 cawan puri labu
50 tart shell
3 biji telur
1/2 cawan gula perang
3/4 cawan susu cair (evaporated milk)
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil parutan halia
1/4 sudu kecil garam 

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada 185°c. Alaskan tray dengan baking sheet. Ketepikan.
2. Dalam satu mangkuk besar, masukkan puri labu & telur. Kacau hingga mesra. Kemudian, masukkan gula perang. Kacau lagi hingga mesra.

Puri Labu. Labu dibakar & dihancurkan. 

3. Selepas itu, masukkan susu cair, serbuk kayu manis, parutan halia & garam. Gaul mesra hingga sebati.


4. Guna skop aiskrim dan senduk adunan ke dalam satu persatu tart shell. Susun rapat2 dalam tray dan bakar lebih kurang 20-23 minit.


5. Setelah masak, biarkan ia sejuk seketika. Kemudian simpan di dalam fridge dalam 3-4 jam. Enak dimakan sejuk-sejuk pumpkin tart atau tart labu kita ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...