Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sambal Ikan Tenggiri & Terung, menu feveret orang tua kita


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu ringkas sambal ikan tenggiri dan terung ni memang feveret ayah mertua dan saya. Saya yang jenis lebih suka menu ikan & seafood berbanding ayam atau daging mampu aje ratah gitu kalau masak lauk ni. Perangai ni kontra dengan hubby. 

Dan bila masak menu ikan, selalunya saya suka ikan kecil & biasa, tapi hubby suka ikan besar. Katanya dia tak suka tercari-cari tulang ikan bila makan. Bila ikan tu besar, senang dia nak asingkan isi dari tulang. Kalau saya masak lauk ni. dia makan pun, tang terung tu aje. Ngeeee...

Bahan:
1 ekor ikan tenggiri dipotong
1 cawan cili padi
2 tangkai cili besar
3 ulas bawang putih
1/2 sudu belacan
1 cawan air
2 batang terung dikerat 3 & dibelah dua
2 asam keping
Gula garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Basuh bersih ikan & sadurkan dengan garam kunyit. Ketepikan. Kisar bawang, cili & belacan dengan sedikit air. Kisar jangan halus sangat. Ketepikan.
2. Dalam kuali, masukkan 1 cawan minyak. Setelah panas, goreng sebentar terung dalam 2-3 minit. Terbalik-balikkan & kemudian toskan dan masuk dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Goreng ikan tenggiri. Setelah sedikit garing, angkat, toskan & masukkan dalam mangkuk berisi terung tadi.
4. Keluarkan 2/3 minyak panaskan tadi. Kemudian masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula asam keping. Kacau sebentar & masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Setelah cili sedikit garing, masukkan ikan & terung. Gaul mesra seketika & kemudian tutup api. Siap sambal ikan tenggiri dan terung untuk peminat ikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...