Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label jurnal kesyukuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jurnal kesyukuran. Papar semua catatan

Ketahui 13 konsep tawakal yang membawa bahagia dunia dan akhirat


Bahagia itu bergantung pada individu. Lain orang lain cara dia berasa bahagia. Namun, kebahagiaan dalam diri itu sepatutnya diiringi dengan perasaan tawakal kepada Allah. Sebagai contoh, seorang peniaga jagung, dia berharap bisnesnya pada minggu itu berjaya membawa keuntungan yang diharapkan. Sudah semestinya sebagai seorang Muslim, dia akan berdoa pada Allah, meminta agar dibantu dan dilorongkan cara untuk mendapatkan jualan yang memberangsangkan. Selepas berdoa, dia berusaha melakukan pelbagai perkara yang diharap dapat menarik pelanggan. Pada waktu inilah, semasa dan selepas dia melakukannya, dia bertawakal pada Allah. Dia telah berusaha bersungguh-sungguh dan semampunya maka waktu ini hanya pada Allah dia berharap.

Dan konsep berharap atau tawakal ini ia menenkankan pentingnya kita berusaha sebelum menyerah dan berharap kepada Allah. Ada satu hadis yang mahsyur tentang tawakal seekor burung.

Daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi SAW bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً

Maksudnya: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.” [HR Ahmad, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan al-Hakim]

Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Imam al-Munawi berkata: Hal ini menunjukkan bahawa tawakal tidak boleh dengan meninggalkan usaha. Tawakkal hendaklah dengan melakukan pelbagai usaha yang akan membawa kepada hasil yang diingini. Hal ini kerana burung pun memperoleh rezeki dengan berusaha. Justeru, hal ini memberi petunjuk kepada kita untuk berusaha mencari rezeki.


Di sini, saya kongsikan 13 konsep tawakal dari buku Jangan Bersedih, khas buat anda yang bersedih dan berusaha untuk bangkit kembali.Tawakal adalah percaya sepenuh hati kepada Allah.
  1. Tawakal adalah berserah diri kepada ketentuan Allah.
  2. Tawakal adalah sentiasa bergantung kepada Allah.
  3. Tawakal adalah reda kepada Allah.
  4. Tawakal adalah ketenteraman hati dengan ketentuan Allah.
  5. Tawakal adalah berputus asa daripada makhluk dan bersandar kepada Allah semata-mata.
  6. Tawakal itu adalah kemurniaan iman. 
  7. Tawakal merupakan jalan menuju hidup yang tenang, tenteram dan bahagia.
  8. Tawakal merupakan pintu yang menyebabkan rasa takut menjadi hilang dan kesedihan menjadi terhenti.
  9. Hati orang yang benar-benar bertawakal tidak tunduk pada makhluk kerana hatinya dipenuhi dengan kepercayaan kepada Allah.
  10. Orang yang bertawakal tidak tamak terhadap dunia dan sentiasa merasa qana’ah dengan apa yang telah dianugerahkan kepadanya kerana dia tahu sifat tamak itu tidak disukai Allah.
  11. Orang yang bertawakal pasti merasa cukup dengan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Memberi.
  12. Orang yang benar-benar bertakwa memiliki jiwa yang tenteram, hati yang damai dan nurani yang kukuh.
  13. Orang yang bertawakal pasti lebih mengutamakan kejujuran walaupun merugikan dirinya daripada berbohong meskipun menguntungkan. 
Usaha tetap perlu dilakukan. Rasulullah s.a.w sendiri berperang dengan pedangnya dan memakai baju besi dalam pelbagai peperangannya Baginda tidak hanya berdoa dan berharap musuhnya jatuh begitu sahaja. Baginda Nabi s.a.w juga memakai topi besi dan membawa perisai sebelum berperang. Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada seorang lelaki pemilik unta:

اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ

Maksudnya: Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakkal. [HR al-Tirmizi dan Ibn Hibban]

Rasulullah s.a.w memerintahkan kepadanya untuk melakukan usaha terlebih dahulu dan kemudian menyerahkan urusan keselamatan untunya kepada Allah. Justeru, hendaklah wujud usaha dalam sesuatu perkara atau pekerjaan di samping penyerahan urusan kepada Allah.

15 Firman Allah dan hadis Nabi Muhammad s.a.w menyatakan peri pentingnya menulis dan membaca.

 

Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w adalah dua perkara penting yang perlu dipegang oleh seorang Muslim untuk dijadikan pedoman hidup. Ia dua asas kukuh yang telah diberikan Allah sejak 1400 tahun lalu. Kali ini, saya ingin kongsikan 15 ayat al-Quran atau firman Allah serta hadis Nabi tentang pentingnya menulis dan membaca bagi umat Islam. Membaca itu satu tuntutan dalam Islam kerana kita semua tahu bahawa ayat pertama yang diturunkan kepada Baginda Nabi s.a.w adalah ‘Iqra’ bermaksud bacalah. Dapat dilihat di sini bahawa Islam menitikberatkan membaca dan memahami apa yang ditulis berbanding hal-hal lain. Boleh sahaja Allah menyuruh umat Muhammad fokus kepada berpuasa atau solat tapi Allah tidak mengarahkan ayat seperti itu diturunkan. Allah terus menekankan tentang keperluan baca dan menulis.

Berikut, dikongsikan terus 15 ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w tentang pentingnya umat Islam menulis dan membaca. Moga ia menjadi galakan terkuat untuk anda meneruskan aktiviti membaca atau mungkin berjinak-jinak untuk membaca dan menulis.


7 Firman Allah tentang pentingnya membaca dan menulis.

1. ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ١ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ٢ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ٣ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ٤ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Maksudnya: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-Alaq 96: 1-5)

Perkataan pertama yang turun ialah “Iqra”, Bacalah. Ini menunjukkan bahawa pentingnya membaca. Ia turut menunjukkan Islam menitikberatkan ilmu. Membaca bukan sekadar aktiviti akademik, tetapi ia satu cara hidup dan juga jalan untuk mengenal Tuhan, memahami kehidupan dan membina tamadun.

Lebih menarik lagi, dalam ayat yang sama Allah menyebut tentang pena (qalam), alat untuk menulis. Ini membuktikan bahawa budaya ilmu dalam Islam bukan sekadar menerima maklumat, tetapi juga merekod, menulis dan menyebarkan pengetahuan.

2. نٓ ۚ وَٱلْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

Maksudnya: Nun, demi pena dan apa yang mereka tuliskan. (Al-Qalam 68: 1)

Dalam al-Quran, apabila Allah bersumpah dengan sesuatu, itu menandakan perkara tersebut mempunyai nilai yang besar dan penting. Pena dan tulisan disebut secara khusus. Ia menunjukkan betapa tingginya kedudukan aktiviti menulis dan merekod ini. Maka, tulislah perkara yang menyebarkan ilmu, tulislah perkara baik terutama tentang al-Quran dan hadis, dan tulislah perkara memberi manfaat agar ia menjadi saham akhirat yang berkekalan.

3. فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلْمَلِكُ ٱلْحَقُّ ۗ وَلَا تَعْجَلْ بِٱلْقُرْءَانِ مِن قَبْلِ أَن يُقْضَىٰٓ إِلَيْكَ وَحْيُهُۥ ۖ وَقُل رَّبِّ زِدْنِى عِلْمًۭا

Maksudnya: Maka Maha Tinggilah Allah, yang menguasai seluruh alam, lagi yang benar, dan janganlah engkau (Muhammad) tergesa-gesa membaca al-Quran (sebelum selesai dibacakan oleh Jibrail kepadamu) dan berdoalah dengan berkata, “Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku.” (Taha 20: 114)

Menariknya, ada doa khusus dari Allah untuk kita berdoa agar ditambahkan ilmu. Ini menunjukkan bahawa ilmu, membaca dan menulis adalah aset penting dalam kehidupan seorang Muslim dalam meneruskan kehidupan di dunia juga saham di akhirat.

Ilmu membantu membimbing akal.
Ilmu membantu menenangkan jiwa.
Ilmu membantu menguatkan iman.
Ilmu membantu mencari jalan menyelesaikan masalah.

4. يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَـٰتٍۢ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌۭ

Maksudnya: Allah meninggikan darjat orang yang beriman dalam kalangan kamu, dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-nya terhadap apa yang kamu lakukan. (Al-Mujadalah 58: 11)

Jelas bahawa orang berilmu mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah. Allah mengangkat

Kenali 15 tanda wanita mengalami kesedihan, fasa kesedihan dan bagaimana hendak mengawalnya agar tidak berpanjangan


Setiap orang pasti akan merasai perasaan sedih. Sedih sama ada akibat kematian ahli keluarga, sedih akibat tahap kesihatan tak memuaskan, sedih akibat masalah kewangan, sedih akibat perangai orang keliling yang tidak memahami dan banyak lagi sebab yang menjurus kepada emosi sedih ini. Saya sendiri dalam empat bulan kebelakangan ini terpaksa menghadapi kesedihan akibat kehilangan ayah mertua yang baik. Setiap benda dalam rumah sampai lihat kordial air sirap pun terasa sedih. Terbayang-bayang kenangan lama dia berjalan ambil makanan, dia duduk di sudut kerusi, dia minta bukakan tv untuk tonton filem P. Ramlee dan dia solat berjemaah bersama ibu mertua di ruang tamu. Kelibat dia seolah-olah ada di mana-mana. Hampir dua bulan juga saya betul-betul dapat kuatkan diri.

Bila melihat kepada kesedihan yang terpaksa dihadapi dan dirasai oleh ibu mertua saya pula, saya tahu dia cuba bertahan. Ada waktu dia menangis, ada waktu dia diam, ada ketika dia marah-marah dan ada satu masa, dia bercakap tak henti-henti lebih kurang 15 minit. Kami, anak, menantu dan cucu, cuba sedaya upaya untuk berlagak tenang meskipun diri sendiri sedih. Ia bukan satu fasa yang mudah. Ia fasa yang membuatkan kita terpaksa belajar reda, sabar, tenang, kuatkan semangat dan banyak ingatkan Tuhan. Fikiran kita akan mula muncul perkataan ‘kalau’, ‘sepatutnya’ dan ‘mungkin’ untuk mengelirukan diri bahawa apa yang berlaku boleh dihalang atau dilambatkan jika kita melakukan sesuatu perkara. Ingat! Perkataan ini sangat suka digunakan oleh syaitan dalam membuatkan kita was-was, tak reda, keliru dan tak tenang.

Anda yang mengalami kesedihan pasti perasan, kita masih lagi mampu membuat kerja-kerja rutin atau kerja pejabat seperti biasa. Cuma ia mungkin sedikit lambat atau mengambil masa untuk menyiapkan. Ada sesetengah orang, untuk lawan sedih, mereka akan bekerja lebih kuat lagi kerana tidak mahu terlalu melayan atau mengingati rasa sedih yang ada. Di sini, berdasarkan pembacaan dan pemerhatian, dapat saya klasifikasikan terdapat tiga tanda utama orang bersedih. Dan dari tiga kategori ini, saya pecahkan setiap lima tanda kecil.

TANDA EMOSI
  1. Mudah menangis walaupun perkara kecil.
  2. Rasa hampa atau kosong walaupun hidup kelihatan ‘baik’
  3. Hilang semangat untuk melakukan perkara dahulu yang disukai

Bagaimana menghapuskan rasa takut dan bina kembali keyakinan dari buku bestseller The Magic of Thinking Big


Rasanya semua orang memiliki rasa takut. Saya sendiri bertahun hidup dalam ketakutan. Syukur, saya diketemukan dengan buku yang membantu dan mengajar menghapuskan rasa takut dan membina kembali keyakinan step-by-step. Ia tidak mudah sebab bertahun kita memupuknya menjadi tabiat. Tapi, pada saya, selagi ada kemahuan untuk berubah dan memperbaiki diri juga ada jawapan khusus bila Allah tanya nanti, saya akan usaha semampu boleh untuk berubah. Buku yang saya maksudkan ini adalah karya David J. Schwartz bertajuk The Magic of Thinking Big.

Buku motivasi dan pembangunan diri yang klasik ini diterbitkan seawal tahun 1959. Buku ini banyak mengandungi idea-idea yang relevan yang bagus untuk dipraktikkan dari dahulu hingga sekarang, Tak kisah kita di era mana, buku ini sangat perlu dibaca oleh anda yang ingin mengembalikan keyakinan, semangat, beri idea, cara bagaimana hendak ubah kegagalan menjadi kejayaan dan menetapkan marlamat bagi pembangunan diri. Buku The Magic of Thinking Big ini telah diterjemahkan ke lebih 20 bahasa dan telah terjual melebihi 6 juta naskhah. Satu angka yang sangat besar bagi sesebuah buku motivasi.

Ada satu bab dalam buku ini penulis cuba membantu pembaca untuk menghapuskan rasa takut dan membina semula keyakinan yang hilang atau pudar. Bila saya baca bab ini dan bab selepasnya iaitu cara berfikir dan berjiwa besar, saya tahu saya kena berubah, Saya tak boleh hidup statik aje dan berasa selesa. Saya kena buat sesuatu agar hidup ini lebih bermakna, lebih memberi manfaat, lebih berjaya dan dapat membantu orang lain juga. Saya mesti melawan ketakutan atau rasa rendah diri yang bertapak lama dalam diri (sejak sakit, saya mengambil masa yang lama untuk pulih). Dan di sini, saya kongsikan beberapa tip yang bagus dari buku The Magic of Thinking Big ini agar anda juga dapat bangkit dari rasa takut, rendak diri dan kecewa. Jika anda selesa membaca dalam Bahasa Inggeris, ayat yang ditulis mudah difahami dan santai. Jika anda selesa membaca dalam Bahasa Melayu, buku ini ada diterbitkan dalam Edisi Bahasa Melayu oleh penerbit PTS (boleh aje anda dapatkan di shopee, TikTok, Lazada atau web penerbit).



Menurut penulis, rasa takut adalah sejenis penyakit psikologi. Kita boleh menyembuhkannya sama seperti menyembuhkan jangkitan pada tubuh iaitu dengan rawatan spesifik dan terbukti berkesan. Pertama, sebelum proses rawatan dimulakan, satu fakta perlu disematkan dalam diri iaitu ‘Keyakinan perlu dibina’. Tiada siapa yang dilahirkan dengan keyakinan termasuklah Hang Tuah. Jadi, bagaimana Hang Tuah berjaya menempa nama?

Menurut penulis buku, perkara paling penting yang perlu dilakukan adalah Melakukan tindakan. Ingat, prinsip ‘tindakan dapat menghilangkan ketakutan’ perlu ditanam dalam minda (action cures fear). Ini juga yang diterapkan oleh 3 guru bisnes saya masa saya mula-mula masuk kelas dulu. Untuk lawan rasa takut, kita kena kuatkan semangat buat apa yang kita takutkan itu. Sebagai contoh, jika kita takut buat live, buat aje live walaupun hanya 5 minit. Jika kita tak berapa pandai edit video untuk media sosial, belajar dan buat step-by-step. Walaupun sedikit lambat, tetap juga kita berusaha untuk melakukannya.

Ada banyak kisah benar dalam buku ini yang dikongsikan penulis tentang ketakutan yang dihadapi oleh setiap peringkat umur, pekerjaan, tahap pendidikan mahupun pangkat. Semua orang pada satu ketika, pasti berhadapan dengan ketakutan yang membuatkan diri rasa tak tenang, tak selesa dan terancam. Pada penulis, rasa takut itu perlu dipisahkan dari diri. Ada 2 langkah bagu mengubati rasa takut dan memenangi keyakinan:Pisahkan segala rasa takut. Kenal pasti apa yang sebenarnya kita takuti.
Kemudian, ambil tindakan yang perlu. Setiap rasa takut pasti ada penawarnya. Bertindak segera dengan tegas.

Sebenarnya, kurang keyakinan diri lazimnya disebabkan oleh memori yang tidak diurus dengan cekap. Part ni paling penting, otak kita umpama bank. Setiap hari kita menyimpan fikiran dalam akal kita

Malaysia miliki artifak dan khazanah berusia 788 tahun sebelum masihi, Kerajaan Kedah Tua di Sungai Batu


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Dalam sebulan ni, tular di media sosial tentang isu Prof. Solehah, UIAM, Melayu boleh terbang, Rom belajar buat kapal dengan orang Melayu dan meteor pernah menghentam bumi Semenanjung. Isu ni sangat hangat diperkatakan dan diperbincangkan oleh penggemar sejarah,ahli akademik dan sesetengah orang awam.

Saya sudah lama mengikuti penemuan khazanah yang dimiliki oleh Sungai Batu di Sungai Petani, Kedah. Asalnya, saya dan suami mengetahui tentang Sungai Batu ini bilamana suami membeli senaskhah buku terbitan The Patriots bertajuk Perjuangan Sungai Batu Sebuah Memoir dicetak pada tahun 2019. Bila tengok suami beli buku dan kemudian menceritakan tentang isinya, menarik. Settle dia baca, saya pulak baca. Bila dah membaca tu, haruslah saya cari info kebenarannya di Youtube atau video yang share di FB. Dan start dari situ, kami berdua sering mendengar kisah dan podcast yang menceritakan tentang kehebatan dan penemuan atifak serta khazanah yang ada di Sungai Batu. Dan selepas COVID, kami terdengar pula tentang pendedahan baru Sungai Batu yang ditemui oleh Prof Mokhtar melalui Prof Solehah. Sangatlah menarik infonya. Sampaikan kami berdua berhasrat, jika ada rezeki, nak ke tempat ni. Nak lihat sendiri dengan mata kepala apakah sama seperti yang didengari di Youtube, di Fb dan dibaca di media. Dan sejak dari penemuan yang dibuat oleh Prof Mokhtar dan Prof Solehah ni, saya makin teruja untuk mendengar kisah-kisah sejarah lampau yang digali kembali oleh profesor zaman kita. Rajin lepas tu saya mendengar podcast dan Youtube dari Ustaz Amin, Prof Mu'ati, Dr. Mat Rofa dan a few lagi sejarawan di negara kita. Info baru ni adakalanya bercanggah dengan silibus yang pernah belajar di sekolah.

Saya tak nak lah cerita banyak. Apa yang saya nak kongsikan kali ni adalah tentang khazanah sejarah yang dimiliki oleh Sungai Batu. Satu penemuan sejarah pada saya telah ditentukan oleh Allah muncul di zaman kita. Bumi Kedah khususnya memanjang hingga ke selatan Thailand memiliki batuan besi yang bukannya sedikit. Dan bukan itu sahaja, dari permukaan bumi, telah keluar artifak lama yang apabila pihak USM kaji ianya adalah alat yang digunakan untuk peleburan besi pada zaman dahulu berserta dengan beribu batu bata lama yang masih elok preserve. USM telah menghantar pakar mereka untuk membuat ekskavasi di kawasan yang  ditemui. Dan hasilnya sangat mengejutkan. 

Bila pentarikhan atau carbon dating dibuat ke atas batu-bata, tuyere, dan artifak lain yang ditemui, rupanya bukan kaleng-kaleng tahun artifak ini dibuat. Pentarikhan yang paling lama adalah bertarikh 788 tahun sebelum masihi. Maksudnya tapak peleburan besi, jeti lama, relau yang dijumpai adalah lebih lama dan sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Bukan itu sahaja, jika anda nak lebih faham, boleh rujuk gambar di bawah yang saya ambil di Muzium Pahang. Anda akan nampak lebih jelas kedudukan Sungai Batu atau Kerajaan Kedah Tua pada zaman yang melibatkan nabi-nabi kita. 


Jika dilihat pada pentarikhan 788 tahun sebelum masihi, kerajaan Kedah Tua berada pada zaman Nabi Yahya, Nabi Zakaria, Nabi Yunus, Nai Ilyasa' dan Nabi Ilyas.

Masa saya dan suami ke Tapak Arkeologi Sungai Batu, kami dengar penerangan staf tapak arkeologi. Mereka menyatakan beberapa tapak dikenalpasti ada yang bertarikh sebelum masihi dan ada yang bertarikh selepas masihi. Kiranya, jika difikirkan, beratus tahun juga pelabuhan kerajaan Kedah Tua ni beroperasi. Bukan tu sahaja, bila dengar perkongsian ilmu Prof Solehah dan Ustaz Amin dalam beberapa podcast, kami berdua dapat ilmu baru. Tak mustahil apa yang disampaikan dalam ceramah Ustaz Amin tentang ilmu melembutkan besi Nabi Daud tu ada pada orang Melayu kita tak salah. Plus, kami berdua juga dah tengok sendiri dengan mata yang keris picit itu wujud. Ada di Muzium Terengganu. 

Ok, saya nak kongsikan beberapa gambar yang sempat diambil masa ke tapak Arkeologi Sungai Batu

Resipi Nasi Kebuli Pahang original yang mudah masak untuk amatur


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak kongsi resipi negeri Pahang, Nasi Kebuli. Menu ni saya nampak di Muzium Pahang. Ada pihak muzium sharekan 21 resipi tradisional di satu ruang dalam muzium. Resipi ini dijadikan koleksi Sultanah Pahang dan dikongsikan dengan orang awam. Saya tak pernah tahu Nasi Kebuli ni apa. Cuma seingat saya, saya pernah ternampak menu ini dalam buku resipi mama bertulis tangan yang besar di Ampang. 

Balik rumah saya cari video Nasi Kebuli ni apa. Bila tengok aje beberapa orang masak di Tiktok dan Youtube, saya rasa resipi ni mudah dimasak. Cuma yang susah skit nak dapat ialah daun tutur tu. Mana pulak nak cari kat Nilai ni kan...

Resipi Nasi Kebuli yang saya snap di Muzium Pahang

Asal nama Nasi Kebuli ni ialah Nasi Ke Bawah Duli. Nasi ini dipersembahkan kepada Sultan Pahang pada sekitar tahun 1940-an. Khabarnya, sewaktu Baginda menziarahi kampung-kampung di Kuala Lipis, penduduk kampung menyediakan nasi ini kepada Baginda untuk bersantap. Baginda suka. Maka, nasi ini menjadi satu tradisi setiap kali Baginda ke sana. Dan ini, saya kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaannya untuk yang ingin mencuba. Menu ini jika masak seekor ayam, ambil masa lebih kurang 1 jam setengah. 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
3 pot beras
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci lengkuas
4 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan air (untuk perap ayam)
5 batang serai dimayang nipis
1 sudu besar lada hitam dibasuh & direndam sebentar
1/2 kecil ketumbar dibasuh & direndam sebentar
2 liter air untuk merebus ayam
Minyak masak untuk menggoreng ayam
1/4 cawan baki minyak goreng ayam untuk memasak nasi
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk memasak nasi kebuli untuk 3 pot beras

Penyediaan:
1. Tumbuk 2 inci kunyit hidup. Setelah sedikit lumat, masukkan ke dalam mangkuk berisi ayam.

Bagaimana Menulis Jurnal Kesyukuran Mengubah Cara Otak Melihat Hidup


Menulis jurnal mampu mengubah cara otak kita melihat hidup dan menukar perspektif negatif kepada positif. Betul ke pernyataan ni? Dalam hidup yang serba pantas hari ini, ramai antara kita semakin terbeban dengan tekanan kerja, tanggungjawab keluarga, keletihan emosi dan tuntutan sosial. Kadang-kadang kita terasa seolah-olah hidup hanya penuh kekurangan — tidak cukup masa, tidak cukup tenaga, tidak cukup pencapaian, tidak cukup rehat dan macam-macam lagilah yang tidak cukup. Namun, ada satu amalan kecil yang mampu mengubah cara kita melihat dunia dan cara otak memproses pengalaman harian: menulis jurnal kesyukuran.

Kenapa saya menekankan tentang menulis mampu merubah otak kita untuk menukar perspektif? Adakah dapatan daripada mana-mana kajian menyatakan tentang kesahihan perkara ini? Ada pengalaman orang-orang tertentu ke yang boleh dijadikan sandaran?

Mungkin kelihatan terlalu mudah hanya dengan menulis perkara yang kita syukuri, kita sudah mengubah cara berfikir. Tetapi di sebalik amalan kecil menulis inilah terdapat perubahan biologi dan emosi yang sangat besar. Saya sendiri rasai perubahannya setelah lebih 4 tahun mengamalkan terapi menulis ini. Ia bukan datang sehari atau seminggu. Ia mengambil masa sekurangnya 66 hari. Terdapat kajian daripada UCLA, Harvard, Berkeley University, University of Utah, Universitas Brawiya Malang dan beberapa kajian klinikal luar menunjukkan sedikit masa perlu diambil untuk merubah cara otak, fikiran dan tabiat kita. Sedikit masa perlu diambil kerana kita sedang melatih otak, emosi dan tabiat kita untuk berubah kepada sesuatu yang sedikit sukar untuk berubah kerana telah sebati dengan hidup. Kesannya bukan berlaku dalam sehari, tetapi perlahan-lahan membentuk cara otak bekerja, sehingga akhirnya kita lebih cenderung melihat kebaikan daripada keburukan, lebih nampak peluang daripada masalah, lebih bersabar dan lebih menghargai kehidupan daripada mengeluh tentang kekurangan yang kononnya ada.

Otak Dibentuk oleh Apa yang Kita Fokuskan
Kajian neurosains menunjukkan bahawa otak manusia mempunyai keupayaan untuk berubah mengikut tabiat dan fokus kita. Proses ini dipanggil neuroplasticity. Apabila kita sentiasa memberi perhatian kepada sesuatu, sama ada emosi negatif atau positif — otak membina “laluan” atau corak baharu yang menjadi kebiasaan. Sebagai contoh, jika selalunya kita membaca al-Quran hanya 2 mukasurat sehari tetapi kita ingin merubah atau upgrade diri dengan membaca al-Quran 3 mukasurat sehari, secara tidak langsung kita menyuruh otak dan badan kita untuk fokus pada tabiat baru yang ingin diubah. Di sini, otak secara tidak langsung bersedia untuk merubah apa yang kita kehendaki.

Apabila kita sering mengeluh, mengkritik diri, atau membandingkan hidup dengan orang lain, otak akan menjadi lebih cekap memproses rasa tidak puas hati. Kita melatih diri untuk melihat banyak kekurangan berbanding kekuatan yang dimiliki. Jika ini tidak dibenteras, lama-kelamaan, otak mencari apa sahaja yang salah lebih cepat daripada apa yang betul.

Sebaliknya, apabila kita menulis jurnal kesyukuran, kita melatih otak untuk mencari perkara-perkara baik yang berlaku setiap hari. Pada mulanya mungkin sukar kerana otak atau fikiran kita belum biasa.

9 pilihan kecil yang menjemput rasa bahagia dalam hidup


Bahagia dalam hidup bukanlah sesuatu yang perlu dicari jauh. Kadangkala, ia tersembunyi dalam pilihan kecil yang kita buat setiap hari — perkara yang mudah tetapi memberi ketenangan yang dalam dan hidup rasa lebih bahagia. Rasa bahagia ini tidak perlu datang daripada kemewahan, tetapi daripada kesedaran untuk hadir sepenuhnya dalam momen yang sedang berlaku.

Di sini, saya senaraikan 9 pilihan kecil yang mampu menjemput rasa bahagia dalam hidup dan menerbitkan senyuman pada wajah yang ketat dan tertekan. Ia berdasarkan pembacaan, pengalaman sendiri dan juga pengamatan pada orang sekeliling. 

  1.  Belajar sayangi diri sendiri – Sayangi dan urus diri kita dengan sebaiknya. Berusaha untuk tidak terjebak kepada perkara-perkara negatif yang menggugat ketenangan diri dan orang lain.
  2. Percaya bahawa bahagia itu adalah pilihan – Kita yang mencorakkan hidup kita itu sama ada mahu gembira, serius, sedih, tersenyum atau apa pun emosi. Kita yang memilih untuk mencipta bahagia atau teruskan dengan kesedihan dan kekesalan dalam diri.
  3. Melakukan sesuatu yang bermanfaat pada orang lain – Membantu, berkongsi rezeki, meringankan beban, bersedekah, menolong dan meluangkan masa adalah antara cara kita boleh melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain. Selalunya, bila kita berjaya meringankan sedikit beban atau membantu orang dalam kesusahan, Allah seperti kurniakan kita hati yang berasa lapang dan bahu yang terasa ringan.
  4. Berfikiran positif – Memiliki pemikiran yang positif dapat membantu memberikan kita kepercayaan terhadap diri sendiri dan berusaha mencari jalan untuk merealisasikan apa yang ingin dilakukan. Sebagai contoh, ingin belajar membuat kudapan negara luar walaupun tidak pernah rasa sebelum ini. Jadi, kena yakinkan diri yang kita boleh lakukan jika ikut langkah yang betul di dalam Youtube.
  5. Bersyukur atas apa sahaja perkara kecil yang berlaku dalam hidup – Dapat menikmati nasi lemak yang sedap, dapat menonton filem Zootopia, rumah berbau wangi lepas di mop atau meluangkan masa bersama kawan, itu semua adalah antara perkara kecil yang kita terlepas pandang. Perkara sebegini memberi kita rasa tenang semasa atau selepas melakukannya. Belajar bersyukur walaupun kadang-kala kita tidak sedar perkara sebeginilah yang menyumbang kepada rasa bahagia.
  6. Nikmati setiap detik dalam hidup – Satu-satunya hal paling bahagia adalah waktu sekarang! Jadi, nikmatilah kehidupan anda yang sekarang ini dengan sepuasnya kerana hidup ini sangat indah apabila dikenang kembali. Perkara lepas yang menyakitkan biarkan ia berlalu dan jadikan ia pelajaran dari Allah untuk mematangkan kita. Perkara hadapan yang belum berlaku, kita berdoa agar Allah permudahkannya.
  7. Belajar memaafkan kesilapan kecil – Lepaskan beban yang tidak perlu dan teruskan hari dengan senyuman, kegembiraan dan perkara yang menyeronokkan diri kita. Memaafkan ini tidak mudah tapi jika kita tidak ‘melepaskan’, hati kita yang akan sentiasa berasa ‘sesak’.
  8. Mulakan hari dengan niat yang baik – ia membuka pintu rezeki hati dan menenangkan jiwa. Bila kita merancang untuk berbuat baik atau memanfaatkan apa yang ada dalam diri untuk kebaikan orang lain, insyaAllah akan ada jalan Allah akan tunjukkan (kita sendiri akan dapat rasainya).
  9. Bermimpi besar demi motivasikan diri – Bermimpi besar ini merupakan teknik yang digunakan untuk menggembirakan hati sendiri di mana, secara tidak sedar ia adalah cara memotivasikan diri untuk merealisasikan apa yang diingini. Sebagai contoh, belajar teknik mewarna batu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan. Batu-batu yang cantik dan ditulis dengan kata-kata motivasi ini mampu menyerikan hati pembacanya.


Bila kita mula sedar bahawa kebahagiaan boleh lahir daripada hal-hal sederhana dan kecil ini, kita akan dapati — hidup ini sebenarnya sudah pun indah. Untuk anda mulakan rasa bahagia yang berpanjangan dan menghargai apa yang telah dikurniakan Allah, anda boleh cuba untuk menulis perkara-perkara yang disyukuri dan dihargai setiap hari. Jika anda tidak pasti bagaimana mahu bermula, anda boleh dapatkan Jurnal Kesyukuran di Ekspresi Syukur. Jurnal ini perlahan-lahan memandu kita bukan sahaja menyenaraikan secara ringkas tentang perkara baik yang berlaku dalam hidup tetapi juga disertakan dengan doa, kata-kata motivasi dan tips-tips lain yang membantu anda untuk berusaha mengekalkan momenta bersyukur dan bersangka baik pada Allah.

Syukur dan Sabar dari Sudut Pandang HAMKA

 

Ada satu mutiara kata HAMKA yang mengingatkan pentingnya rasa syukur dan sabar. Beliau berpesan “Syukur dan sabar itu seperti sayap. Sayap sebelah kanan adalah syukur, sayap sebelah kiri adalah sabar. Jika patah salah satunya, maka jatuhlah kita.” Pesanan beliau ini menunjukkan bahawa dalam apa jua situasi, kita sebagai manusia terutama sekali hamba-Nya, kena sentiasa ingatkan diri untuk bersyukur dan juga sabar denga ujian.

Dalam karya-karya agung HAMKA seperti Tasauf Moden dan Lembaga Budi, beliau sering mengingatkan bahawa dua sifat yang paling tinggi dalam perjalanan rohani manusia ialah syukur dan sabar. Kedua-duanya ibarat dua sayap bagi hati yang ingin terbang menuju ketenangan dan redha Allah. Seseorang yang hanya memiliki salah satu daripadanya belum sempurna jiwanya; kerana hidup ini sentiasa bergilir antara nikmat dan ujian.

1. Syukur: Melihat Nikmat Sebagai Jalan Menuju Allah

Bagi HAMKA, syukur bukan sekadar ucapan “Alhamdulillah” di bibir, tetapi satu kesedaran mendalam bahawa setiap kebaikan yang datang adalah tanda kasih Allah. Beliau menulis bahawa orang yang bersyukur itu bukan hanya pada saat menerima rezeki yang banyak, tetapi juga ketika diberi peluang berbuat baik, ketika masih punya kesihatan, dan ketika hatinya tidak terputus dari zikir.

HAMKA menegaskan bahawa “orang yang bersyukur akan menjadikan nikmat sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah, bukan alat untuk bermegah.” Maka, bersyukur itu bukan pasif — ia menggerakkan hati untuk berbuat lebih baik, memberi lebih banyak, dan menghindar dari keluh kesah, cemburu dan rasa sedih. Dalam pandangan beliau, syukur adalah bentuk kesedaran spiritual yang membuat manusia hidup dengan tenang meskipun sederhana, kerana hatinya penuh rasa cukup (qana‘ah).

2. Sabar: Keteguhan Jiwa di Tengah Gelombang Hidup

Sementara itu, sabar menurut HAMKA adalah kekuatan batin yang lahir dari keyakinan terhadap janji Allah. Dalam Tasauf Moden, beliau menulis bahawa sabar bukan bererti diam dan menyerah, tetapi tabah berusaha tanpa mengeluh, sambil menyerahkan hasilnya kepada Allah. Orang sabar bukan tidak

30 tips untuk bangkit dari jatuh demi meneruskan kehidupan yang lebih membahagiakan di masa hadapan


Semua orang pernah hadapi ujian jatuh dan bangun dan jatuh dan bangun lagi. Cuma bagaimana untuk bangkit dari jatuh yang banyak kali itu memerlukan kekuatan, semangat, doa dan perasaan tidak mudah putus asa. Saya sendiri akui, berpuluh kali hadapi kejatuhan dalam sesuatu perkara sampai ada ketika saya jadi fobia. Tapi jatuhnya saya itu mengingatkan saya bahawa ‘aku tak boleh selamanya jadi macam ni. Aku kena kuat. Aku ada Allah. Apa nak jawab depan Allah nanti. Apa saham akhirat aku nak bawa?’, itu antara monolog saya dalam hati untuk kuatkan semangat. Antara monolog lain yang bantu saya adalah ‘Ya Allah, tolong aku. Bantu aku. Tenangkan hatiku. Bimbing aku’.

Monolog-monolog ini adalah antara kata-kata afirmasi buat diri sendiri agar dapat kuatkan semangat semula dan jangan sekali-kali larut dalam kesedihan atau kemarahan berpanjangan. Saya pernah hadapi situasi ini dan ia membuatkan saya mengambil masa untuk bangkit. Apapun saya bersyukur, walaupun bertahun, Allah tetap beri saya kekuatan untuk pulih kembali. Dia bimbing dan Dia pandu dalam meneruskan hidup yang masih dipinjamkan nyawa ini. Dan oh ya, ada satu mutiara kata dari HAMKA yang buat saya belajar untuk menerima kejatuhan atau kesedihan yang berlaku pada diri dengan lebih tenang. kata-katanya beliau ada benarnya. Saya harap anda juga dapa jadikan ia satu pegangan bila berhadapanan dengan ujian hidup yang unpredictable.

“Hidup terbina antara pahit dan manis. Jikalau selalu saja pahit, hati akan menjadi rawan dan kalau senantiasa saja manis, hati akan menjadi bosan." (HAMKA)

Jika anda seperti saya, sering berhadapan dengan jatuh bangun yang berkali-kali dalam hidup dan ada

Kota baca 2026 di Dataran Merdeka, banyak benda baru saya belajar

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah 25 April lepas saya dan suami ada rezeki untuk datang ke Kota Baca di Dataran Merdeka. Syukur sangat. Kami keluar awal pagi. Jam 7.30 gerak dari Ampang rumah mama dan sampai ke Central Market (CM) dalam jam 7.50 gitu (nampak tak timing tu bila jalan clear dan tak jem). Dah sampai awal tu, udahnya kami ronda-ronda kawasan CM kejap, area Dayabumi dan sarapan. We call all the memories masa belajar dan dating dulu.

Central Market atau kita panggil CM. Dulu bangunan ni memang tempat jual ikan sayur zaman mertua saya masih kecil. Bila zaman suami saya belajar KL, ni kawasan orang busking, lepak, melukis dan berkarya. Pernah lah dulu layan dengan orang nyanyi kat situ. Pernah gak kena kejar dengan orang lelaki yang nak buat jahat. 

Dalam pada nak cepat ke Dataran, entah macam mana, termerayap kejap area CM. Layan tengok bangunan McD lama jadi hotel, kawasan sekitar yang dilukis mural dan taman depan jam KL dah

33 sebab menulis itu penting selagi masih hidup

 

Menulis itu penting kerana ia bukan sahaja sebagai alat komunikasi kepada pembaca tetapi juga sebagai cara untuk menyampaikan ilmu, berkongsi maklumat dan penyimpan data yang terbaik. Menulis mampu menerbitkan idea-idea baru, menyatakan pendapat, merakam detik-detik penting dan pelbagai lagi kelebihan yang sudah semestinya penting dalam kehidupan manusia. Beberapa cendikiawan ada menyatakan pentingnya menulis dalam kehidupan. 

Pada saya, menulislah apa sahaja di mana sahaja anda suka. Anda boleh tulis di blog, di dalam buku, di media sosial, di website, di dalam komputer hatta menulis kebaikan di atas secarik kerta. Menulis, secara tidak langsung menggalakkan kita mengingati apa yang cuba diingati, mengajar kita untuk menyusun ayat dengan baik dan teratur juga berusaha untuk mengekalkan ilmu serta memori yang ada. Di sini, saya kongsikan dengan anda beberapa mutiara kata dari orang-orang hebat berkaitan dengan kepentingan menulis. Bila anda membaca catatan mereka ini, anda akan bersetuju secara langsung dengan apa yang disampaikan dan diperturunkan. 

1. “Ilmu tanpa tulisan bagaikan unta tanpa tali kekang. Ia akan hilang dibawa angin.” (Imam Syafi‘i)
2. “Catatlah ilmu, kerana dengan mencatat, engkau mengikatnya agar tidak hilang.” (Imam al-Khatib al-Baghdadi)
3. “Menulis adalah melawan lupa.”
(Pramoedya Ananta Toer (sasterawan Indonesia))
4. “Apabila engkau menulis, engkau sedang membina sebuah dunia yang akan terus hidup selepas ketiadaanmu.” (Jalaluddin Rumi)
5. “Tulis sesuatu yang berharga untuk dibaca, atau lakukan sesuatu yang berharga untuk ditulis.” (Benjamin Franklin)



Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan kita dan orang lain boleh dapati dengan menulis. Di sini, dikongsikan 33 sebab kenapa menulis itu penting selagimana masih bernyawa.

1. Meninggalkan jejak diri – tulisan menjadi warisan yang kekal walaupun penulis sudah tiada. Menulis menjadikan seseorang itu ‘abadi’ berpuluh malahan beratus tahun. Lihatlah karya-karya dari Imam al-Ghazali, Ibnu Sina, Shakespears, Dale Carnagie, Imam al-Syafi’i, HAMKA dan lain-lain.

2. Mengabadikan pengalaman hidup – setiap catatan adalah sejarah peribadi yang tidak akan berulang. Penulisan travelog hidup memperlihatkan betapa kuatnya kita (penulis) merekodkan apa yang berlaku sehari-hari dalam hidup. Ia bukan setakat untuk dikenang tetapi apa yang ditulis itu diharap dapat membantu orang lain membacanya (contohnya seperti buku travelog pengembaraan atau haji)

3. Membantu mengingat – menulis mengekalkan memori yang mudah hilang jika hanya bergantung pada ingatan. Kita sebagai manusia yang sentiasa lupa dan lemah ingatan perlulah mencatat segala yang dipelajari agar tidak hilang dari ingatan. Imam Syafii pernah mengungkapkan mutiara kata ini: “Ilmu itu

Hari Raya dan hubungan silaturrahim keluarga

 


Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua. Rasanya tak terlewat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog EkspresiSyukur. Seminggu sebelum raya, saya busy skit uruskan penghantaran jurnal syukur yang diberi percuma kepada pengunjung Threads yang bertuah. Seminggu pertama raya, saya busy pulak beraya, memasak, mengemas, mengupdate jurnal sendiri dan rehat. Hari ni, baru sempat ngadap blog balik.

Gais, ada beberapa perkara yang saya perasaan sewaktu menyambut hari raya tahun 2026 ni. Ia berkaitan dengan hubungan silaturrahim keluarga. Saya ada 4 kisah untuk dikongsikan dan mungkin dengan kisah ini, anda lebih menghargai orang yang ada pertalian dengan kita tak kira jauh atau dekat.

Kisah Pertama: Ini kisah tentang hubungan makcik dan anak saudara yang tak pernah kenal seumur hidup.

Saya tak pernah jumpa dan kenal anak abang saudara saya seorang ini. Ditakdirkan Allah, 2 tahun lepas, saya dan arwah ayahnya berjumpa di tanah perkuburan area Gombak kerana pengkebumian maklong saya (bulan Ramadan). Kami bertukar nombor telefon dan berbual sebentar dengan mama dan ahli keluarga lain. Dan bila nak raya, saya teringatkan arwah ayahnya. Saya jemput dia dan family untuk datang open house Raya kami sekeluarga di Ampang. Dan disitulah saya dan ahli keluarga berkenalan dengan anak saudara seorang ini.

Waktu ni, kami berbual kejap aje sebab saya dan adik-beradik perempuan + menantu sedang sibuk memasak untuk jemputan yang hampir sampai. Saya pun jumpa dengan ayahnya kejap aje. Waktu mereka nak balik, saya suakan balang cabutan bertuah. Masa tu anak saudara ni mula ingat saya sebab bila dia pergi rumah open house lain, takde bab cabutan bertuah ni (itu yang dia maklumkan bila berwasap).

Oktober 2024, saya dapat wasap maklumkan yang ayahnya telah meninggal dunia akibat masalah kegagalan pada fungsi hati. Entah kenapa, saya teringat terus ke dia. Masa kecil, ibunya telah dijemput Allah, dan kini ayahnya pula. Kiranya seawal umur 20-an, dia dah tiada ibu ayah. Kalau saya di tempat dia, entah bagaimana keadaannya. Dan sejak dari situ, saya sering wasap dia bertanya khabar. Dan masuk tahun 2026 ini, telah menjadi rutin saya untuk menjemput dia datang beraya dengan pakcik belah ibunya serta sepupunya ke Ampang setiap kali mama buat open house. Secara luaran hubungan kami tak sekuat mana tapi oleh kerana saya mengenangkan arwah nenek dan datuknya serta ayahnya yang baik dengan saya waktu kecil dahulu, saya layan baik juga pada dia. Saya nak arwah maklong tahu (mungkin jumpa masa soal jawab depan Allah nanti), hubungan silaturrahim itu masih ada meskipun berpuluh tahun dia telah pergi.


Kisah Kedua: Walaupun 10 tahun sekali berjumpa, air dicincang takkan putus.

Korang pernah ada tak sepupu atau makcik pakcik yang dapat berjumpa 10 tahun sekali atau lebih? Saya ada beberapa orang sepupu yang susah nak jumpa. Selalunya situasi gini berlaku bila mereka duduk/bermastautin jauh, bila kita nak jumpa selalunya timing kita atau dia tak kena, tak berapa rapat dan the worst one bila merajuk atau marah tapi kita tak tahu sebabnya dan bila jemput datang ke rumah atau kita nak ke rumahnya, dia mengelak. Pada saya, semua ni ada hikmahnya dan Allah dah takdirkan.

Bila mak mertua jatuh, anak cucu menantu semua risau


Assalammualaikum & salam sejahtera. Pagi tadi, mak mertua saya jatuh di dapur. Suami baru aje keluar hantar kakak ipar balik Cheras tak sampai setengah jam. Saya pula baru aje selesai bersihkan dapur lepas masak sarapan dan bagi kucing makan. Tengah saya dok rehat kejap hadap handset dalam bilik sebelum mandi tiba-tiba terdengar suara menjerit, "Fisyah." Saya diam. Kot salah dengar ke. Bukan apa, MIL memang ada pasang radio kat ruang tamu, jadi saya ingat kot lah suara orang kat radio. Saya diam lagi. Layan lagi kerja kat phone. Pastu terdengar lagi suara jerit, "Fisyah, fisyah, fisyah" Sah. Memang suara MIL. Makin kuat

Saya terus bangun dan bukak pintu. Saya pandang kerusi kat ruang tamu dia selalu duduk. Takde. Saya toleh ke dapur. Tak nampak pulak dia. "Mak, nape mak?" Kot le dia dalam bilik, saya tunggu dia bagi permission masuk. "Sini kat dapur. Mak jatuh ni." Ah sudah! Laju saya jalan. Tengok-tengok dia dan terduduk di lantai dekat kerusi meja makan. "Eh mak. Macam mana boleh jatuh ni?" Laju saya pandang dia saya pandang sinki yang terbuka paip air. Saya pandang selipar merah yang selalu dia pakai merata. Pantas saya check kaki dia. Saya cuba bangunkan dia pelan-pelan dari arah belakang badan dia. Saya dapat angkat badan dia separuh aje dari duduk. Kaki MIL macam tak kuat nak berdiri. Semacam tenaga dia tinggal 10% aje. "Kejap mak. Fisyah letak mak balik. Kita try dari depan pulak." Saya tukar posisi. Cuba angkat dia dari arah depan.Dengan guna kederat yang ada, saya cuba sekali lagi. Tak lepas juga. Saya letak dia balik. "Jap mak. Lupa nak check. Kaki mak ok ke? Ada terpeleot ke? Tadi mak kata sakit, kot le ada patah ke?" 

Saya minta dia luruskan kaki. Dia lurus macam biasa. Saya pegang-pegang area kaki dan buku lali. Dia tak menjerit. Saya tanya dia lagi, "Mak jatuh macam mana tadi? Punggung dulu ke peha?" "Aku jatuh belah kiri. Selipar tu licin. Tu yang jatuh," dia cakap sambil saya tengok selipar yang dekat area sinki. Saya pandang lantai. Lantai kering tak basah. Saya pandang sinki yang air dok mengalir lagi. Saya bangun dan tutup paip di sinki. Saya nampak ada anak tudung dan tudung hitam dalam sinki. Sah! Dia basuh tangan aje anak tudung dan tudung tu dan nak sidai dalam bilik. Tak nak basuh sekali dalam mesin basuh. Saya jalan balik ke dia. "Mak, kalau fisyah letakkan mak duduk atas kerusi meja makan ni dulu boleh? Kita cuba ya."

Sekali lagi saya cuba angkat dia bahagian kanan badan dan tangan kiri dia cuba pegang tempat duduk kerusi. Tak lepas juga. Dia geleng-geleng kepala. Tak boleh. "Ok mak, macam ni. Fisyah sandarkan mak kat dinding dulu. Kita luruskan badan. Luruskan kaki. Fisyah try call Amy jap. Mintak tolong dia datang dan angkat sekali. Fisyah tak lepas angkat sorang ni mak." "Tak payahlah panggil dia. Dia

Kelah Buku 2026, Jurnal Diri buat peminat journaling di Malaysia


Kelah Buku 2026 baru aje berlangsung 10 Januari lalu di Taman Botani, Putrajaya. Event ni tahun lepas mereka ada buat tapi tak dapat nak join sebab mama tak sihat dan masuk hospital. Dan lebih kurang seminggu sebelum event start, saya ternampak poster promosi di medsos. Weh!! Boleh join ni. Terus tanya suami dan family kot ada yang boleh jaga MIL masa kami berdua beraktiviti di Taman Botani. Alhamdulillah, kakak ipar sorang ni kata dia boleh. Yeah... Moga Allah mudahkan urusan dia sepanjang masa sebab bantu saya dan suami.

Sambil menunggu hari Kelah Buku, ternampak poster aktiviti mereka kongsi. Ada pertandingan menjurnal sempena Kelah Buku. Saya baca syaratnya dan tetiba cakap dalam hati, 'Apa kata try join. Aku dah 5 tahun menulis jurnal kesyukuran dan decorate jurnal. Adalah skit skill kat situ'. Terus saya decide jam tu juga nak join. Dan entah macam mana, Khamis pagi tu, tengah sarapan sambil tonton Culinary Class War S2, terpandang chef-chef profesional dan ada kedai makan sendiri ni berusaha buat yang terbaik dalam masa yang diberikan oleh juri dan rancangan. Bila terdengar seorang chef ni kata dia berlatih setiap hari untuk dapatkan teknik, masakan dan penyediaan yang diharapkan masa pertandingan, terus tersentap jap. 'Kalau mereka yang profesional pun sanggup berlatih untuk mempersembahkan yang terbaik, takkan aku nak walk-in gitu aje dalam pertandingan jurnal tu. Kena design dan sketch skit ni'. Apalagi, settle aje urusan rumah dan order buku, terus aje design dan tulis barang nak bawa. 

Dan Jumaat malam sebelum event esok, tetiba rasa nak bagi goodies kecil dan jurnal kesyukuran Pelengkap Kegembiraan kepada orang tertentu. Apalagi, laju aje balut jurnal dan sediakan pouch kecil untuk pengunjung bertuah (gula-gula tu sempatlah beli masa nak beli barang dapur petangnya).

Dapatlah sediakan pouch kecil berisi kalender tahun baru, gula-gula dan batu motivasi.

Hari Kelah Buku 2026, ingatkan nak pi dalam 7.30. Udahnya kol 8.15 juga gerak sebab settlekan hal si bulus dulu. Sampai aje kat Taman Botani kol 8.40 gitu, rupanya dah berderet kereta beratur nak masuk ke dalam kawasan parking. Udahnya, kami terpaksa parking jauh sebab suami tak nak kereta dia kena saman. Gigih diknon kami berjalan dekat 2km nak sampai ke tapak acara. Kiranya kami settle letak

Bila ibu atau ayah tiba-tiba sakit: apa yang perlu dibuat dahulu?


Bila ibu atau ayah tiba-tiba sakit, kita sebagai anak pantas berfikir apa yang perlu dilakukan dahulu. Ini yang terjadi pada saya dan suami seminggu lalu. Hampir jam 3.30 pagi hari Jumaat, tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar. “Di, Di bangun. Abah jatuh,” suara mak mertua kedengaran memanggil. Pantas kami tersedar dan bangun. Suami meluru ke pintu. Buka dan nampak maknya depan pintu. Mereka bergegas ke bilik sebelah.

Saya juga pantas cari cermin mata dan pakai. Keluar dan lihat suami sedang usaha naikkan ayahnya ke atas katil. “Abah kau nak pergi toilet tadi. Tiba-tiba entah macam mana dia jatuh. Lepas tu terkencing dalam kain,” mak mertua bercerita tanpa dipaksa. Saya yang terpandang mereka dalam bilik bertembung pandang dengan ayah mertua. Wajahnya kelihatan macam blur dan tak pasti. Pantas suami menyuruh saya hubungi abangnya manakala dia uruskan abah. Saya hubungi kakak ipar dan memaklumkan mereka apa yang berlaku. Selesai hubungi, saya kembali pada suami. Tapi tak berani nak masuk sebab ada batas aurat abah nak kena jaga sewaktu suami sedang uruskan kain dan kawasan yang terkena kencing.

Saya ke dapur. Tetiba saya nampak ada beberapa tompokan najis. Saya pelik. ‘Apasal lain macam rupa taik anak-anak kucing ni?’ bisik saya dalam hati. Saya jerit pada suami, ”Yang, saya nak bersihkan dapur dulu. Ada masara’ah kucing kat sini. Takut ada orang terpijak.” Sementara tunggu abang ipar datang dengan anak lelakinya, suami uruskan abah dan saya uruskan kebersihan lantai dapur. Usai selesai, saya ke depan. Buka pintu rumah dan standby apa yang perlu. Suami buka pintu bilik mak abah dan kelihatan dia memapah abah dan berusaha membawa ke bilik air yang bersebelahan dengan bilik mereka. Rupanya abah berkeras nak ke bilik air. Nak bersihkan dirinya sendiri. Ya. Dia mahu rasa bersih dan selesa.

“Abah, jangan kunci pintu bilik air. Rudy bersihkan bilik abah kejap.” Suami bergegas masuk ke bilik mak abah. Kemudian dia keluar dengan cadar dan alas kain yang bernajis. Segera saya buka pintu depan dan dia bawa kain tersebut untuk cuci di paip luar. Saya kawal sebentar pintu sebab takut anak kucing keluar. Kemudian, suami masuk semula dan ke bilik tadi dan kali ni keluar dengan membaw bawa tilam

25 pesanan Ali bin Abu Talib r.a untuk mereka yang mencari berbahagia


Setiap insan dalam dunia ini sering mencari bahagia, namun jalan untuk menemuinya tidak selalu mudah. Ada yang mencarinya pada harta, ada yang memburunya dalam kejayaan, dan ada juga yang menunggu ia hadir tanpa usaha. Hakikatnya, kebahagiaan bukanlah sesuatu yang jauh, ia tidak semestinya datang dari perkara besar, tetapi sering tersembunyi dalam detik kecil kehidupan — senyuman yang ikhlas, secawan teh panas selepas penat bekerja, atau doa yang terbisik di sepertiga malam. Bahagia itu hadir bila hati belajar mensyukuri, menerima, dan merasai nikmat yang sudah ada di depan mata.

Dalam Islam, kebahagiaan sejati bukanlah semata-mata pada banyaknya harta atau tingginya kedudukan, atau popular diri di mata orang tetapi ianya berada pada ketenangan jiwa yang dekat dengan Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah, “Ketahuilah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang” (Surah Ar-Ra’d: 28). Saat seorang hamba belajar mensyukuri nikmat yang kecil, sabar menghadapi ujian, dan menyerahkan urusan hidup kepada Allah, di situlah benih-benih mencari bahagia perlahan-lahan tumbuh mekar dalam diri.

Di sini, kami kongsikan pesanan Ali bin Abi Talib kepada anaknya, al-Husain dalam mencari bahagia dari buku Jangan Bersedih. Pesanan ini sudah semestinya sangat diperlukan oleh kita yang mencari panduan dalam meneruskan hidup yang lebih bahagia dan menghindar rasa negatif yang ada dalam diri.

  1. Wahai anakku! Aku berwasiat kepadamu supaya kamu bertakwa kepada Allah, sama ada dalam keadaan bersendirian mahupun di khalayak ramai. 
  2. Berkata benar, sama ada dalam keadaan redha mahupun dalam keadaan marah. 
  3. Merasa cukup, sama ada ketika miskin mahupun ketika kaya. 
  4. Berlaku adil, sama ada kepada teman mahupun musuh. 
  5. Redha kepada Allah ketika susah mahupun senang.
  6. Wahai anakku! Segala bentuk kesenangan tanpa merasakan syurga adalah hina.
  7. Segala bentuk cubaan tanpa merasakan sengsara itu lebih baik.
  8. Barangsiapa yang melihat aibnya sendiri tentu tidak akan sibuk memerhatikan aib orang lain.
  9. Barangsiapa yang merasa puas dengan anugerah yang diberikan Allah kepadanya, maka dia tidak bersedih di atas kesenangan yang tidak diperolehinya.
  10. Barangsiapa yang menghunus pedang pada orang jahat, maka dia akan terbunuh dengan pedang tersebut.
  11. Barangsiapa yang menggali lubang perigi untuk menyengsarakan saudaranya, maka dia akan terjerumus ke dalamnya.
  12. Barangsiapa yang mendedah aib orang lain, maka aib rumahtangganya akan terbongkar.
  13. Barangsiapa yang berbangga dengan pendapatnya sendiri, maka dia akan tersesat.
  14. Barangsiapa yang suka membangkang, maka dia akan binasa.
  15. Barangsiapa yang lupa dengan kesalahan sendiri, maka dia akan membesar-besarkan kesalahan orang lain.
  16. Barangsiapa yang terjun ke laut, maka dia akan tenggelam.
  17. Barangsiapa yang merasa cukup dengan akalnya sendiri, maka dia akan tergelincir.
  18. Barangsiapa yang sombong di hadapan orang lain, maka dirinya adalah hina.
  19. Barangsiapa yang mencemuh orang lain, maka dia akan dicemuh.
  20. Barangsiapa yang memasuki pintu gerbang kejahatan, maka dia akan didakwa.
  21. Barangsiapa yang bersahabat dengan orang-orang yang hina, maka dia akan dihina.
  22. Barangsiapa yang bersahabat dengan para ulama, maka dia akan menjadi terhormat.
  23. Barangsiapa yang gemar bergurau, makan dia akan dipandang remeh.
  24. Barangsiapa yang mengasingkan diri, maka dia akan merasa damai dan barangsiapa yang meninggalkan nafsunya, maka dia menjadi bebas.
  25. Barangsiapa yang meninggalkan sifat dengki, maka dia akan mendapatkan kasih sayang orang lain.
Pesanan dari Ali Bin Abi Talib ini menunjukkan bahawa perbanyakkanlah berbuat kebaikan kepada sesiapa pun, belajar bersangka baik, belajar redha dan jauhi diri dari menyombongkan diri. Bahagia tidak menunggu esok atau selepas segala cita-cita tercapai, tetapi ia bermula pada saat kita memilih untuk dekat dengan Allah hari ini. Jangan biarkan penat hidup menutup pandangan kita terhadap nikmat yang ada. Ingatlah, setiap sujud adalah ruang untuk melepaskan beban, setiap syukur adalah kunci membuka pintu rezeki, dan setiap doa adalah janji bahawa Allah tidak pernah meninggalkan hamba-Nya. Mencari bahagia dengan cara diredhai Allah, itu yang perlu diutamakan.

Syukuri akan nikmat sihat: Hadiah daripada Allah


Nikmat sihat adalah salah satu nikmat yang paling besar dalam hidup manusia. Namun, ia juga antara nikmat yang sering kita abaikan dan lupa untuk disyukuri. Ramai orang hanya mula sedar betapa berharganya memiliki tubuh badan yang sihat bilamana tubuh mula diserang sakit, tenaga makin menghilang dan bila satu persatu kebolehan yang dimiliki lenyap.

Bayangkan bagaimana kita menjalani hidup dalam keadaan sihat. Kita mampu bangun pagi, mandi, solat, mengaji, berjalan ke dapur, menyiapkan sarapan untuk keluarga dan melakukan aktiviti pagi dengan mudah. Kita boleh bekerja mencari rezeki, boleh menolong ibu bapa, boleh berkebun, mengemas rumah pada masa yang sama, badan kita masih boleh menerimanya kerja yang dilakukan tanpa rasa penat melampau. Sihat membolehkan kita melakukan semua itu dengan mudah, cepat dan teratur.

Namun, di sebalik kerja harian yang dilakukan itu, kita jarang benar berhenti dan merenung sebentar dan menyatakan dalam hati, ‘Alhamdulillah, aku sihat hari ini dan dapat buat macam-macam kerja’. Ayat ini terasa sangat penting pada saya bila menghadapi zaman covid dahulu dan menderita penyakit plantar faciitis dalam 3 bulan. Waktu itu, dapat bangun pagi dengan mudah, dapat angkat kaki ke bilik air, dapat berjalan kaki tanpa meletak tangan atau memegang sesuatu, adalah suatu nikmat yang tak terucap. Bila kaki beransur-ansur baik, happynya saya waktu itu, hanya Allah tahu. Berkali-kali saya berterima kasih pada Allah. Bukan sekadar ucapan, tetapi juga melalui tindakan.

Mengapa nikmat sihat itu besar?
Islam sendiri meletakkan kesihatan pada tempat yang mulia dan tinggi. Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi s.a.w pernah bersabda; “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (HR al-Bukhari)

Hadis ini nampak ringkas tetapi sebenarnya sangat mendalam. Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa ramai manusia terpedaya – mereka fikir sihat dan masa lapang akan kekal dalam jangkamasa lama. Padahal ia boleh hilang bila-bila masa dan sekelip mata. Pada hari saya perasan kaki saya semakin sakit dan sukar untuk bangkit dari tidur, saya teringat beberapa hari sebelum itu, saya lincah berjalan di KL mencari stok. Berjalan area Jalan TAR, turun naik tangga dan bawa beban berat di bahu adalah perkara biasa pada saya. Tetapi pada masa yang sama, saya terlupa yang sandle saya pakai semakin haus. Sudah tidak sesuai menampung berat saya yang berjalan dan membawa barang. Padahnya saya terima, kaki tidak dapat diangkat dan bergerak seperti biasa hanya kerana saya ambaikan keselesaan kaki.


Ujian kesihatan plantar faciitis ini juga bukan setakat mengganggu pergerakan dan fizikal saya tetapi juga mengganggu sedikit ibadah dengan Allah. Untuk membasuh kaki ketika wuduk menjadi cabaran, bila hendak rukuk. rasa ketat di bahagian peha ke bawah dan paling sengsara sekali bila hendak bangun dari sujud dan berdiri semula. Aduh!! Masa ni, memang terpaksa bergerak perlahan dan menggunakan sebelah tangan dan kaki yang kurang sakitnya.

Diakui, tanpa sihat, segala perancangan hidup seolah terbatas. Sakit menarik tenaga, mengikis

Thousand madleens dan conscience pula membelah lautan demi kemanusiaan

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 1 Oktober lalu, kapal besar Conscience yang membawa 8 orang rakyat Malaysia dan lebih 90 orang aktivis pakar perubatan, media antarabangsa, ahli parlimen dan lain-lain mula belayar dari Itali menuju ke Ghazzah yang semakin hari semakin tenang keadaannya. Kapal ini sepatutnya belayar awal tapi oleh kerana telah disabotaj di beberapa bahagian kapal, kapal ini terpaksa menangguhkan pelayaran dan perlu diperbaiki. Namun, takdir Allah mengubah segalanya bulan September 2025. 

Dalam pada semua mata menumpu perhatian pada para pelayar dan aktivis kemanusiaan yang belayar melalui GSF, Conscience dan Thousand Madleens telah berjaya merancang sesuatu. Doktor Fauziah yang kita semua sedia maklum merupakan wanita pertama Malaysia yang menyertai misi ke Ghazzah pada tahun 2016 dan beliau serta peserta lain seramai 12 orang telah diculik di perairan antarabangsa dan ditahan selama 42 jam di negara haram tersebut. Jika kita dengar podcast beliau di Youtube, kita akan rasa takut tapi bersemangat bila beliau berjaya mengharungi cabaran semasa atas kapal, ketika diculik dan ketika dalam tahanan. Pengalaman beliau yang satu ini bukan sahaja memberi motivasi kepada rakyat Malaysia yang lain tapi juga kepada orang awam di luar sana untuk sentiasa bersedia membantu bila pertolongan diperlukan dan perlu berani menghadapi kesukaran bila berhadapan dengan zionis yang jahat ini. 

Jika sebelum ini, mata dunia tertumpu kepada para peserta Sumud yang berusaha memecahkan kepungan menuju ke Ghazzah dengan 42 buah kapal, kali ini mata kita tertumpu pula kepada kapal besar Conscience dan 8 kapal kecil Thousand Medleens (sebelum ini ada 10 buah kapal tapi mungkin ada masalah teknikal yang membuatkan 2 lagi tidak kelihatan di tracker). Jika diikutkan, pada berita Jumaat lepas, mereka yang menaiki Conscience boleh sahaja sampai ke pantai G pada hari Ahad tapi oleh kerana kapal-kapal kecil Thousand Madleens sedikit mengambil masa untuk ikut serta maka, kapten kapal menurunkan sedikit kelajuan agar mereka semua dapat seiring menuju ke pantai G. 

Jika dilihat pada 6 Oktober ini, kesembilan-sembilan buah kapal sudah semakin menghampiri G.

Hari mendebarkan dunia. Flotilla dipintas dan aktivis Sumud ditahan


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semalam, 2 Oktober 2025 adalah antara hari yang mendebarkan dunia. Seolah seluruh tumpuan penduduk dunia tertumpu pada misi Global Sumud Flotilla memecahkan kepungan rejim yang zalim. Mereka ingin melihat dan pada masa yang sama berharap agar ada kapal yang dapat terlepas dari kepungan dan berjaya menghantar barang bantuan kepada penduduk Gaza. 

Sebaik sahaja 6 flotilla diserang oleh tentera laut rejim, mereka yang berada di darat terutamanya di Itali dan UK mula memulakan demostrasi meluahkan rasa marah. Mereka sakit hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan mereka dalam masa 2 tahun ini. Para pekerja pelabuhan di Itali seperti yang pernah ZRA maklumkan dalam awal pelayaran dulu, mula menunjukkan protes tanda ketidakpuasan hati mereka pada kerajaan dan mula menghalang sebarang penghantaran dan penurunan barang yang melibatkan negara haram penjajah terutama sekali berkaitan senjata. Perdana Menteri mereka secara terang-terangan menyatakan tiada faedahnya membantu dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Namun, atas desakan yang terlalu tinggi dari rakyatnya, hendak tak hendak, dia terpaksa membenarkan penghantaran 1 kapal perang Itali untuk menjaga keselamatan rakyatnya di perairan antarabangsa sehingga border zon kuning. 

Dan semalam, selepas malam pertama para aktivis dan pelayar memasuki zon merah pertama, mereka diganggu dengan hanya 1 kapal tentera laut penjajah. Masa ni, walaupun flotilla berada dalam perairan antarabangsa, mereka sudah mula menunjukkan belangnya. Dan malam kedua, memasuki jam 3 pagi, beberapa flotilla dipintas dan aktivis ditahan. Waktu ini, semua mata tak kita di mana berada mula melihat kepada apa yang dirakamkan oleh kamera flotilla yang ada. Semua orang dapat melihat serangan 'tembakan air' yang dibuat oleh kapal penjajah. Rakyat dunia juga melihat betapa tentera penjajah menghalakan senapang kepada orang awam dan mengeluarkan komen menyatakan 'see you in jail' (ucapan dicakap ketika radio flotilla dipintas). 

Grup kawan-kawan sekolah saya yang mulanya diam tapi lepas saya sharekan Red Alert tentang GSF, masing-masing sahut-menyahut bercerita. Dan seorang kawan menyatakan, "tak pernah aku seistiqomah

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...