Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sup Sayur, sedap makan dengan nasi, mi, bihun atau kuehtiaw


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Untuk menu sup sayur ni, anda guna aje apa sahaja jenis sayur yang suka/ada & letakkanlah ayam/fish balls/ fish cake atau apa aje. Nak rasa sedap skit, boleh letakkan kiub pati ayam seketul.

Kalau tak nak makan dengan nasi, celur aje bihun , mee atau mi kering. Letak cili potong dengan kicap. Perghh!!!

Bahan:
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris / ketul
2 sudu besar minyak zaitun
5 - 7 biji fishball dibelah dua
2 batang fish cake dihiris
5-6 baby corn potong dua
1/2 batang kubis panjang 
2 batang saderi dihiris serong
1 batang lobak merah dihiris serong
1 batang cili merah dihiris serong
1 liter air
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Agar-agar Milo, Pandan & inti Oreo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ternampak agar-agar Milo Pandan last week kat IG geng memasak. So, tetiba teringat a pack of Oreo ada dalam stok. So, kita buat agar-agar milo, pandan dan inti Oreo. Alhamdulillah sedap. Seketul demi seketul masuk mulut bila dah mengadap tv.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g gula
1 tin susu cair (evaporated milk)
3/4 cawan milo
1/2 cawan air pandan (blend daun pandan & tapis)
3 titik pewarna hijau (untuk naikkan warna)
1 pek biskut Oreo (boleh aje nak guna Oreo putih / coklat intinya - pecahkan menjadi kecil tapi still keep intinya.

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Masukkan pula susu & kacau sebentar.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil. Kemudian, masukkan serbuk Milo. Kacau hingga Milo mencair.
3. Masukkan air pandan & pewarna hijau ke dalam agar-agar warna putih tadi. Kacau & tutup api.
4. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar. 


5. Pertama, tuang 1-2 senduk adunan Milo (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 2-3 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan warna hijau di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Oreo di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan milo di atas lapisan hijau tadi.
6. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti air. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Siap agar-agar milo, pandan dan inti oreo ni.

Cekodok Jagung Hotdog


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Cekodok jagung @ jemput-jemput jagung.
Our simple breakfast this morning. Tak masak heavy sangat coz sat lagi nk pi kenduri kawan

Untuk resipi cekodok jagung dan hotdog, boleh tengok gambar dibawah.

Bahan: 
1 labu bawang besar didadu
1 tangkai cili merah dihiris
1 tongkol jagung diambil isi
2 batang hotdog belah dua dan potong dadu
1/2 genggam ikan bilis yang direndam dahulu
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air (ikut kepekatan yang dimahukan)
Minyak untuk menggoreng


Kangkung Goreng Belacan, Menu sedap sentiasa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kangkung goreng belacan, sedap bila makan dengan bubur ataupun nasi. Feveret sayur hubby saya juga ni. Kalau pi kedai makan, ini yang diambil dulu.

Bahan:
1 ikat kangkung diambil daun & batang lembutnya
8-10 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sejemput belacan bakar
1/2 cawan air
Sedikit minya untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar cili padi, belacan, bawang merah, bawang putih & air. Kisar jangan halus sangat ya.
2. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing. Masukkan 1/2 sudu besar gula & sedikit garam. Kacau seketika.
3. Selepas itu, masukkan batang kangkung dahulu. Kacau. Biarkan ia layu sedikit & masukkan kangkung. Kacau hingga mesra & kangkung layu. Tambahkan sedikit garam. Kacau & siap untuk dihidang kangkung goreng belacan.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...