Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Home-made Burgers & Sliders... Daging lebih lembut, berjus & yummy


Alhamdulillah... akhirnya dapat saya merasa air tangan suami tercinta, home-made burgers dan sliders.

Dan dekat setahun dia dok kata nak buat burger guna daging cincang. Bukan yang dah siap di pasaraya tu. Dan akhirnya, Allah perkenankan keinginannya itu.

Kami buat di rumah my sister in law. Dekat aje. Satu kawasan perumahan dan jalan. Saje je my sister in law buat makan-makan sempena anak-anaknya balik dari asrama dan juga birthday anak perempuannya. Hubby saya, sebelum membuatnya, sakan bershopping bahan-bahan agar ianya nampak perfect. Bukan senang nak mintak dia masakkan dan shopping untuk benda-benda ni. Tersengih-sengih saya terkenangkan dia bertungkus-lumus menyiapkannya. Ada sedikit rasa bangga kerana dia berjaya memasak dan anak-anak sedaranya serta his brother in law suka.

Jom saya kongsikan resipi untuk membuat daging burger sendiri atau orang putih panggil 'patty' ini. Alah, yang kartun Sponge Bob dok suka buat tu. Oh ya, dalam tak sampai 5 minit gambar di'upload', dah ada rakan dan sedara di FB minta resipinya. Alhamdulillah... Jom buat sendiri. Lebih jimat dan lebih menarik untuk kita bubuh apa yang kita suka di dalamnya.

Ini sliders. Saiz dagingnya & roti lebih kecil berbanding burger.

Bahan-bahan untuk 12 ketul burger + sliders (daging dan rotinya lebih kecil berbanding burger):
1. Daging cincang (guna jenama Ramly. Jenama lain pun boleh aje). Saya ambil yang dalam 1 pek ada 4 keping tu. Saya beli 3 pek.
2. Bawang merah 3 biji dipotong dadu.
3. 2 sudu lada hitam ditumbuk sedikit halus.
4. Garam 1 1/2 sudu besar.
5. 1 sudu besar serbuk cili (saya guna jenama McCormick)
6. 1 sudu besar serbuk bawang putih (jenama McCormick)
7. 2 biji telur
8. 3 sudu besar feta cheese yang diparut (yang ini kalau tak ada pun tak apa. Kalau ada lagi daging tu moist)
9. 10 kepingan cheese (guna cheesedale aje)
10. Marjerin atau mayo untuk disapu pada roti.
11. Roti burger 12 keping (dek kerana saiz roti burger ni susah nak dapat size slider, kami pakai yang saiz biasa cuma dagingnya dikecilkan sedikit).
12. Minyak zaitun untuk menggoreng (minyak masak lain pun ok aje)
13. Tomato atau salad atau apa sahaja sayur yang anda mahukan.
14. Sos cili
15. Mayonis

Penyediaan:
1. Daging cincang yang sudah tidak beku diletakkan dalam 1 bekas besar. Ceraikan ia dan ramas dengan tangan agar daging itu lembut dan tiada ketulan keras di dalamnya.

2. Masukkan bawang yang dipotong, lada hitam, garam, serbuk cili, serbuk bawang putih, telur dan feta cheese. Ramas semua bahan dengan daging agar ia sebati. Telur itu sebagai orang kata gam untuk daging tersebut melekat. Ada juga chef yang menambahkan sedikit bread crumb untuk memastikan ia tidak berderai (yang ini mungkin ada antara anda boleh cuba).

3. Setelah mesra, untuk daging saiz burger, kepalkan daging dalam sebesar saiz tapak tangan kita atau saiz roti. Leperkan ia sedikit agar ianya tidak terlalu tebal. Anda boleh picit-picit daging burger itu sedikit-sedikit hingga menepati saiz yang anda rasa mudah dimasak dalam dan luarnya. Letak dalam satu bekas selepas siap. Buat saiz untuk burger itu dalam 7 patty.

4. Untuk saiz slider pula, kepalkan daging 3/4 dari saiz burger tadi dan buat perkara yang sama. Letak dalam bekas berasingan atau jika pinggan anda besar, asingkan ia sedikit. Bukan apa, senang anda masak yang besar dulu dan kemudian yang kecil atau vice versa. Buat dalam 7 patty.

5. Selepas patty siap, letak dalam peti sejuk (jangan letak dalam tempat sejuk beku tu unless anda nak masak esok atau hari lain) dalam 5-10 minit.

6. Potong separuh roti burger dan sapukan planta ke atas kedua-dua bahagian. Kemudian bakar roti di atas kuali leper atau kuali ajaib. Tak perlu minyak kerana planta itu juga adalah minyak. Bakar sekadar untuk ia kelihatan keras dan sedikit rangup. Siapkan kesemua 12 keping roti dan letakkan ia ke dalam satu bekas atau pinggan besar. Ketepikan seketika.

7. Potong tomato sedikit nipis. Salad juga boleh dicarikkan agar ianya tidak terlalu besar bila letak di dalam burger (budak-budakkan alergik sikit bab makanan warna hijau ni, mungkin boleh letak sedikit sahaja untuk mereka).

8. Letak roti burger yang telah dibakar tadi di atas papan pemotong. Saya letak 3 sekaligus roti burger. Letakkan sos dan mayonis ke atas bahagian bawah dan atas burger. Tang ni, ikut suka anda nak taruk banyak atau sikit ya. Letakkan salad dan tomato.

8. Panaskan kuali ajaib (hubby saya teringin nak try kuali ni) dan setelah panas, masukkan patty bersaiz burger dahulu. Tak perlu minyak kerana daging itu sendiri akan mengeluarkan jusnya. Setelah kelihatan garing di bawahnya, balikkan patty untuk masak sebelah lagi. Dalam seminit, anda tekan-tekan sedikit daging burger tu agar kawasan dalam burger juga mendapat haba panas dan mudah masak. Jangan kuat sangat sebab takut daging pecah. Boleh aje ikut cara macam hubby saya masak di bawah ni :)


9. Setelah masak, daging masak di kedua-dua bahagian, ambil sekeping cheesedale dan letakkan di atas daging burger yang berada di dalam kuali. Bila cheese sudah mula mencair, angkat perlahan-lahan dan letakkan di atas roti burger. Letak sehelai sayur hijau di atas cheese tadi dan kemudian tangkup dengan bahagian atas roti yang telah diletakkan sos dan mayonis juga tadi. Dah siap.


10. Untuk burger saiz slider pula dan letakkan dalam sesudu setengah minyak zaitun ke dalamnya kuali (saya sarankan basuh kuali yang sudah digunakan untuk memasak patty burger tadi. Bukan apa, takut akan melimpah jus daging sebelum ini bila bercampur dengan minyak).

11. Setelah minyak panas, masukkan patty yang bersaiz slider. Masak seperti memasak patty burger tadi. Cuma, kali ini anda akan perasan yang daging akan mula mengecut sedikit berbanding memasak tanpa menggunakan minyak. Barangkali, bila menggoreng dengan menggunakan minyak, minyak akan meresap ke dalam daging dan daging yang tadinya juicy di dalam akan masak dan mengeluarkan banyak jus/air dalam daging keluar (itu pandangan saya kerana anda akan perasan perbezaannya nanti bila memasak menggunakan minyak dan tanpa minyak jika menggunakan kuali ajaib).

12. Selesai cheese mencair di atas patty slider, letakkan ia ke atas roti yang telah disediakan seperti burger sebelum ini. Tangkup dan selesai home-made burger anda.

Ops! Jika anda atau anak sedara anda yang jenis kuat makan, boleh cuba buat double cheese burger. Suami saya minta buat 2 keping double cheese burger dan anak-anak sedara bujangnya yang bedal.

Terbeliak mata saya dan my sister in law bila tengok seorang anak saudara saya makan burger saiz ni. Rasanya kalau kita orang, mahu suku aje habis. Pengsannn...

Happy cooking semua....

14 ulasan:

  1. Beznye kak..nk try laa.msti sdap😉

    BalasPadam
  2. Terliur pulak tgok mlm2 mcam nie.. Insha Allah esok nk buat..

    BalasPadam
  3. Wah terima kasih utk resepi nya.. anak emy tiba2 je suka makan burger. Kalau bole buat lagi elokkan. Arini juga emy gi beli bahan2 n bua. Time kasih

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah X rugi sy pilih resipi Akak ni sedap sgt

    BalasPadam
  5. Diana: Alhamdulillah... Moga anda & family happy :)

    BalasPadam
  6. Tapi klu pki mozzarella cheese lg meleleh beb.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mieza: betul tu. cuma masa tu stok mozarella takde. :)

      Padam
  7. Assalamualaikum
    Bancuhan ini utk 3 pek daging kisar ramly ker?

    BalasPadam
  8. Mmm.. Sedapnye.. Mohon amik resepi ya Sis😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan cik... semuanya untuk dicuba buat keluarga tersayang... :)

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...