Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih. Papar semua catatan

Cekodok durian, kuih simple bila musim durian datang


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bulan 6 dan bulan 7, musim durian kat Malaysia. Alhamdulillah, kali ni musim durian meriah. Meriah sebab banyak durian menjadi dan harga pun jadi mampu beli. Dulu, siapa nak makan Musang king, standbylah duit RM50-60 sebiji. Sekarang, murahnya harga musang king, sebiji dah boleh dapat kurang dari RM30. Seminggu lepas, kami singgah beli durian di Nilai 3. Harga sebiji udang merah, boleh dapat dalam RM22-RM26. Jadi, suami belikan untuk kami makan di rumah 2 biji. Durian kampung yang lain, saya beli untuk buat tempoyak (beli yang elok skit, hopefully tahan lama dan sedap).

Dan rezeki kami 3 hari lepas, anak sedara balik dari Taiping. Dia bawak 3 kotak durian. Mertua dia ada kebun di sana dan bagi kami merasa sikit sebab buah banyak menjadi. Alhamdulillah, rezeki sangat. Selain kami makan, saya cadang buat cucur atau cekodok durian esoknya. Rasanya cucur ni lama dulu saya makan. Tak ingat siapa yang buat tapi bila Allah dah bagi ilham tu, kita on lah. 

Ni bahan-bahan untuk buat cekodok durian. Kalau nak lembut skit, isi durian kasih lebih dan tepung letak tak berapa banyak ya.

Bahan-bahan:
1 cawan isi durian
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar gula
1 biji telur 
1 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air atau tengok pada kepekatan doh (kalau boleh jangan pekat sangat atau lebih sangat)
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk cekodok durian

Penyediaan:
1. Mula-mula, isi durian tu kita asingkan dari bijinya. Bila dah asing, lenyekkan sedikit isi durian tu.


2. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan. kacau sebentar agar ia mesra dan kemudian tambahkan air perlahan-lahan. Gaul hingga mendapat kepekatan yang diinginkan atau hingga menjadi adunan cekodok. 

Campurkan semua bahan kering dan kemudian masukkan air. 

Adunan cekodok durian saya

3. Rehatkan adunan dalam 10 minit. Panaskan kuali dan minyak guna api sederhana. Setelah panas, sudukan adunan cekodok tadi satu demi satu dalam kuali. Jangan penuh sangat bila menggoreng. Bagi ada ruang sebab ia akan mengembang sedikit. Goreng sehingga cekodok bertukar warna. Angkat dan toskan. Teruskan proses memasak sehingga adunan cekodok habis. Setelah selesai, apa lagi, proses makan, kongsi rezeki dengan jiran pun bermula. Selamat mencuba cekodok durian kuih tradisi kita.

Coxinha, kudapan Brazil yang sedap dan bahan mudah dapat di Malaysia


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak ajak anda buat coxinha, sejenis kuih atau kudapan yang popular di Brazil. Coxinha ni bentuknya lebih kurang macam air mata atau tear drop atau kekadang orang kata macam peha ayam. Di dalam coxinha ni ada inti. Pertama, mesti ada keju (di Brazil mereka wajib guna keju catupiry tapi sebab di Malaysia takde, kita guna mozarella aje). Kedua, intinya boleh pilih nak letak ayam, daging atau sayur. Terpulang. 

Bahan untuk membuat coxinha ni rasanya semuanya ada di Malaysia kecuali keju catupiry. Jadi, anda bolehlah cuba buat. Tak susah mana. Jika anda buat dalam setengah kilo tepung pun boleh. Banyak boleh dapat jika saiznya tak berapa besar. Coxinha ni boleh dinikmati begitu sahaja atau cicah dengan sos, mayonis, molho rose (sos+mayo) atau sos lada limau. 

Coxinha Brazil dengan inti ayam dan keju

Saya ada bawa balik sikit coxinha yang frozen ke Ampang untuk family saya try makan. Sekali mama boleh tanya, "Kuih ni berapa ringgit?" Saya gelak ajelah sambil jawab, "Ma, kuih ni mana ada jual kat Malaysia. Ni kuih Brazil. Kena buat sendiri." Bila saya goreng coxinha ni, anak-anak adik saya suka rupanya. Mereka kata macam makan kentang dan rasanya sedap bila cicah sos. Seketul stengah jugalah mereka makan. Tapi mama dan abah tak berapa gemar. Tak kena dengan citarasa tekak depa. 

Ini saya kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan coxinha, makanan kesukaan rakyat Brazil (alah, lebih kurang macam karipap, cekodok atau donat yang orang kita suka makan). Bahan ni saya pecahkan kepada inti, doh dan cara menggoreng. Untuk adunan ini, anda boleh dapat dalam 12-15 coxinha. Bergantung pada saiz yang anda nak buat.


Bahan untuk inti ayam:
5-6 ketul ayam bahagian isi yang akan direbus, dicarik halus
1/2 biji bawang besar dipotong kasar untuk merebus ayam
3 ulas bawang putih untuk merebus ayam
1 biji bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang kasar
2 biji kentang saiz besar
1 biji lobak merah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil garam (atau ikut rasa)
2 liter air untuk merebus
1 biji tomato dipotong kasar
1 sudu besar daun bawang atau kucai dicincang halus (jika tiada tak apa)
3 sudu besar keju mozarella atau apa sahaja keju yang berlemak
2 sudu besar minyak untuk menumis inti

Bahan untuk doh:
2 cawan air rebusan ayam (guna air yang kita rebus untuk inti ayam)
2 cawan susu / air biasa
4 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
5 cawan tepung gandum

Bahan untuk menggoreng coxinha:
1 cawan bread crumbs
2 biji telur
3-4 cawan minyak masak (untuk deep fry)

Penyediaan:
1. Dalam periuk, masukkan ayam, kentang, lobak, bawang besar, bawang putih dan air. Rebus semuanya sehingga ayam dan kentang lembut. Lebih kurang dalam 15-20 minit dah siap. Kemudian, asingkan bahan dan air rebusan dalam 2 mangkuk berbeza. Air rebusan tu nak guna untuk masak doh kulit. 


2. Selepas daging ayam dah masak dan lembut, carik-carikkan halus ia. Kemudian, kentang yang lembut itu 3/4 daripadanya kita lenyekkan ia macam mashed potato. 1/4 tu kita biarkan untuk jadikan isi coxinha berketul. 

Bahan inti coxinha sebelum di masak dan dah siap direbus.

3. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bawang putih.

Keledek goreng, makan 3 keping mana cukup. Jom masak sendiri.


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Keledek goreng, masak sendiri puas hati dengan rupa, rasa dan kuantitinya. Beberapa minggu lepas, ada beli kuih. Tapi sedikit mengecewakan. Jadinya, untuk puas hati, saya masak sendiri. Masak tengahari, sampai ke malam boleh makan. Berulang makan.
Ini resipinya saya kongsikan.

Bahan:
5 biji keledek 
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (adunan tak terlalu pekat atau cair)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Buang kulit keledek dan potong ikut saiz yang anda mahu. 
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan air. Kacau sehingga mendapat adunan yang diingini.
3. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Bila panas, celup keledek tadi ke dalam adunan dan  perlahan-lahan masukkan dalam minyak panas. Masukkan keledek dalam 8-10 keping sekali goreng. Bila nampak keledek kekuningan kedua-dua belah bahagian, bolehlah angkat dan toskan keledek goreng kita. Goreng hingga selesai.

Cucur sayur kembung yang mantap


 Assalammualaikum & salam sejahtera. Cucur sayur kembung. Rahsianya, letak yis dalam 1/2 paket. Lepas bancuh, simpan jap dalam sejam, InsyaAllah elok kejadiannya.


Bahan:
1/2 pek kecil yis
1 tangki cili besar dihiris
1/2 labu bawang merah dihiris
1 batang lobak merah diparut
1 genggam taugeh
1/2 genggam daun parsli
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (jika adunan pekat, letak air sedikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng

Talam keladi yang pasti terangkat rasanya


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dapat buat kuih talam keladi yang sedap ini. Saya jarang minat kuih ni dulu tapi itulah, barangkali perubahan umur dan hormon, tetiba kuih ni jadi idaman nak cuba. Dan syukur, ianya menjadi dengan jayanya. Allah sahaja yang tahu seronoknya.

Ini saya kongsikan resipinya untuk anda cuba. Mana tahu, ada mak ayah anda yang teringin nak makan kuih lama ni.

Bahan-bahan lapisan santan putih:
300gm keladi dikupas dan dipotong dadu
300ml santan
65gram tepung beras
1 sudu kecil tepung gandum
50gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam

Bahan-bahan ungu:
100 ml santan
60gm gula kastor
2 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur gred A
1/4 camca teh perisa keladi ( boleh ganti dengan esen vanila)
Secubit garam
5-6 titik pewarna makanan ungu (violet)


Penyediaan:
1. Rebus keladi hingga empuk, kemudian lenyek keladi dengan garfu, tak perlu hancur. Ketepikan dan

Kuih Bom Bijan yang sedap kat tekak orang tak berapa muda


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Kuih Bom Bijan yang sedap kat tekak orang tua n tak berapa muda 😁😋

Sekali lagi saya buat kuih bom. Kali ni letak bijan pula. Bukan apa, kalau ikutkan hati sakit ni, kalau boleh tukar kuih ni jadi bom betul, lama dah saya tukar and hantar bantu Filasteen. Kalau ikut Islam, bu..h balas balik apa orang buat jahat pada kita. But then, it's only in my imagination. 

Ni resipinya jika ada yang nak ngetest.

Bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air suam
1/3 cawan
2 sudu kecil minyak masak
Inti kelapa gula melaka
Bijan
Minyak untuk goreng

Penyediaan:
1. Sukat tepung pulut dan garam kemudian kacau sebati.

Inti kelapa manis yang diperlukan untuk beberapa kuih tradisional


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Inti kelapa manis ni sesuai untuk kuih-kuih tradisional seperti kuih ketayap, kuih bom bijan, kuih pau, kuih pulut inti kelapa, tepung bungkus, tepung gomak dan coq peria. Yang membezakannya sama ada ingin manis ataupun berair sedikit. Langkah memasaknya tetap sama.

Bahan:
1 biji kelapa parut putih
3 biji gula melaka
2 sudu besar gula merah/gula perang
1/2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
1 cawan air


Penyediaan:
1. Panaskan air dalam kuali. Setelah mendidih, masukkan gula melaka (nak cepat, pecah-pecahkan gula melaka tu). Masukkan pula gula perang dan garam. Kacau sebentar.
2. Masukkan daun pandan. Masak hingga gula mencair dan kuah sedikit pekat. Masuk kelapa parut dan gaul hingga mesra dan sedikit mengering. Tutup api dan angkat inti kelapa ke dalam mangkuk. Siap.



Kuih bom yang kalau hadap, boleh terbayang kita bom 'negara yang lakukan genocide' tu


 Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kuih bom ni saya buat masa 2 minggu perang di Gaza berlaku. Everyday, we heard bombing, killing, arresting, genocide of Palestinian people. Jadinya, akibat bengang dengan al-mangkuk al-ayun isnotreal, I imagine that I have bomb and i can throw it to askar-askar dia yang bacul. Face to face lah tentera dengan tentera. Baru tahu siapa kuat (nampak tak akak rasa ter'emo' di sini).

Ramai yang syahid. Saya sangat sedih. Setiap malam saya doa agar diberhentikan ini semua. Disegerakan bantuan dari Allah dan manusia. Dan sehingga sekarang, ia masih menyakitkan peperangan yang berlanjutan ini. 

Ini bahan-bahan buat kuih bom tu. Mungkin anda pun boleh cuba sambil imagine.

Bahan-bahan:
700gm apa sahaja pisang pilihan anda
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Masukkan pisang, gula, garam, soda bikarbonat, baking powder dan tepung gandum dalam satu mangkuk dan lenyek hingga hancur. Perap 30 minit.
2. Panaskan minyak dengan api sederhana. Boleh guna sudu besar atau tangan untuk menceduk adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas. Masukkan dalam 5-7 biji adunan sekali goreng.
3. Goreng hingga warna kelihatan garing kehitaman pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Dah boleh makan atau dibomkan selepas tu. 

Lepat pisang, kuih lama yang segar dalam ingatan


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Lepat pisang, kuih tradisi yang sentiasa enak dimakan bila-bila masa. Sesekali buat, memang puas hati 😊Tq encik @matgebu untuk resipinya.

Bahan:
140gm pisang emas dibuang kulit
140 g gula perang
2 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca kecil baking powder
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Daun pisang secukupnya, cuci & layur hingga lembut, potong ikut saiz

Penyediaan:

1. Pisang dilecek bersama gula, garam & baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut & tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis.
2. Sudukan 2 sudu besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Ratakan & bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap.
3. Kukus atas air mendidih guna api sederhana selama 20 minit. Sejukkan kuih lepat pisang ni sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk makan.

Cekodok Pisang, kuih mudah untuk kudapan berbuka


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Moga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak kebaikan pada kita semua. Moga kita cuba perbaiki apa yang kurang dalam amal ibadat. Kali ni saya nak kongsikan resipi lejen bila tengok pisang atas meja makin gelap sebab takde orang nak makan time puasa-puasa ni 
Ini resipinya. InsyaAllah mudah😋

Ini bahan-bahannya:
8 biji pisang emas atau apa aje pisang yang dah masak
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum (jika adunan lembik, boleh tambah)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarb hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 15 minit.
2. Panaskan minyak guna api sederhana. Boleh guna sudu atau tangan untuk menjemputkan adunan tadi ke dalam minyak.
3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Jika suka ada rasa rangup & garing sedikit, lamakan sedikit menggoreng (tapi api jangan besar sebab takut dalam tak masak). Dan garing seluruh bahagian, angkat dan toskan. Goreng hingga adunan habis.

Apam tepung gandum @ apam kampung yang sekali makan, confirm nak seketul lagi.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Apam tepung gandum atau turut dikenali sebagai apam kampung, sangat dekat dengan hati budak-budak dan orang tua. Kenapa? Salah satunya adalah sebab kuih ni lembut dan budak-budak atau orang tua yang ada masalah gigi mudah  aje untuk menguyah. 

Kuih oldies  ini enak aje dimakan waktu minum petang atau sarapan. Nak buat manisan untuk open house atau tetamu datang pun sesuai sangat. Kuih yang lembut, aroma yang klasik & rasa yang enak, memang membangkit selera dan juga nostalgia (mertua saya kata dia teringat kat kakak-kakak bila tengok kuih ni. Dia kena pergi kedai beli kelapa parut semata nak salut kuih ni dengan kelapa). Ini resipinya untuk anda cuba.

Bahan:
Bahan A:

1 cawan gula Melaka (dipecah kecilkan agar mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 simpul daun pandan

Bahan B:
11gm yis
1/2 cawan air suam

Bahan C:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam

Bahan D:
1 cawan kelapa putih parut
1/4 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan A dalam kuali kecil & masak atas api sehingga gula melarut. Tutup api & sejukkan seketika. Buang daun pandan.
2. Masukkan yis dalam cawan berisi air & kacau. Biarkan yis mengembara dalam cawan selama 10 minit.

Cempedak Goreng yang Rangup & Sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi cempedak goreng kali ni memang menjadi dan sedap. Rahsianya, guna tepung beras lebih banyak berbanding tepung gandum. Resipi ni saya dapat dari blog Azie kitchen & dia pula dapat dari Dato Sri Vida. Hah gituh... Kita kasi kredit pada tuan punya resipi k😊😊

Sebelum ni pernah juga guna tepung yang siap di pasaraya. Tapi rasanya lebih puas hati guna adunan asli. Rasa lebih mengancam.

Ini resipinya:
2 senduk tepung beras
1/2 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Garam
Air secukupnya

Penyediaan:
Satukan semua bahan di atas & gaul hingga mesra. Pastikan tidak berketul. Panaskan minyak dalam kuali dengan menggunakan api sederhana. Goreng dengan minyak yang banyak & panas. Masukan satu persatu & masak hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Ulang sehingga cempedak habis. Cempedah goreng ni enak dimakan time dah tak berapa panas. Kalau tak, mau melecur mulutnya.😁

Resipi Kuih Bakar Bijan yang mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Bila dah beli bijan haritu, makanya harini kita buat kuih bakar ada bijan atasnya. Alhamdulillah sedap lepas kuih dah sejuk & boleh dimakan. Kekadang saya rasa teruja bila lihat hasilnya menjadi. Ialah, dulu saya tak pandai masak langsung. Specially kuih-kuih tradisional ni. Kalau pandai pun, buat onde-onde atau jemput-jemput. 

Apapun, ini resipinya anda boleh cuba. Moga dipermudahkan Allah untuk anda memasak kuih bakar bijan ni.

Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau
1 sudu besar bijan

Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°.
2. Loyang dilenser dengan mantega & kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur & gula. Gunakan mixer & putar hingga adunan kembang & gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum, pewarna hijau & garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven & bakar selama 25 minit & kemudian baru ditabur bijan di atasnya. Jika tabur awal, bijan akan tenggelam.
5. Bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia betul-betul sejuk baru dipotong. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 2 jam. Setelah sejuk, bolehlah potong kuih bakar bijan ini ikut saiz yang anda suka 

Bingka keledek yang lembut


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Berkali-kali cari ubi kayu tapi asyik takde aje. Udahnya rezeki dapat keledek. Makanya, kita buatlah bingka keledek. Sesuai untuk buat sarapan, minum petang atau kudapan lepas makan malam.
Ini saya kongsi resipinya.

Bahan:
4 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
2 cawan keledek oren yg siap direbus & dilecek
Sedikit mentega untuk sapuan dalam loyang
Loyang saiz 7x7

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°C, lenser loyang dengan mentega & ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas kecuali keledek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
3. Masukkan loyang sebentar dalam oven selama 2 minit & kemudian keluarkan balik. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih sejuk barulah di keluarkan dari loyang untuk dipotong.

Resipi Jemput-jemput Maggi yang enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kuih jemput-jemput maggi, khas untuk orang yang suka maggi & kuih jemput-jemput. Nak rasa kelainan sikit dari kuih yang dibuat, kita letak mi segera pula.

Resipi ni mudah aje. Bahan asasnya hanya mi maggi, rencah maggi, telur & tepung. Tapi oleh kerana kita nak sihatkan diri, kita add sayuran & cili. Ikut aje nak letak apa pun dalam tu.
Nak guna maggi ayam, kari, asam laksa, tomyam, ikut apa ada dalam stok. Jika anda nak guna mi segera yang lain, boleh aje. No problem.

Bahan:
2 pek maggi ayam yang direbus
2 perencah maggi
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cili benggala dipotong kiub
1/2 cili merah dipotong kiub
1 batang sosej dihiris nipis
1/4 bawang besar didadu
1 cawan air (bancuh agar adunan tak cair atau pekat sangat)
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk. Gaul sehingga menjadi adunan yang boleh dibuat jemput-jemput. Ketepikan. Biarkan bahan mesra dalam 10-15 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Setelah panas, anda goreng seperti biasa sehingga warna keemasan. Angkat & toskan. Makan dengan sos kegemaran jemput-jemput maggi ini. 

Resipi keria gula melaka & gula putih, pilih mana berkenan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi kuih keria mudah aje. Hanya perlu 6 bahan. Kos barangan kuih ni pun bawah RM13-RM15 & dapat lebih 22 ketul.

Ini bahannya. Anda boleh cuba di rumah & InsyaAllah semua suka. .

Bahan:
700gm keledek/ubi manis yang siap direbus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Bahan gula:
3 sudu besar gula putih / gula melaka
1/4 cawan air


Penyediaan:
1. Lenyek keledek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum & baking powder, gaul & adun hingga menjadi doh.
2. Kemudian, sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh dalam sebesar bola tenis & bulatkan serta leperkan sedikit. Buat bulatan kecil di bahagian tengah. Kemaskan sedikit & letak atas loyang/pinggan besar. dan alih ke dalam loyang.
3. Setelah siap semua adunan keria, panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Guna api sederhana . Setelah miny panas, goreng hingga keemasan. Angkat & toskan.
4. Setelah selesai menggoreng, tuang minyak ke dalam bekas lain & masukkan gula pasir & 1/4 cawan air, masak hingga gula memekat. Selepas itu, masukkan kuih keria & gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih tadi.
5. Kemudian, boleh diangkat & biarkan ia sejuk. Apabila sejuk, kuih keria tadi akan berkerak dengan gula.

Puding Ubi Manis Lapis Susu yang enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Asalnya minta encik Rudy belikan ubi kayu bila beli barang dapur. Sudahnya, dia bawa balik ubi manis. Saya tanya dia, "awak tersalah beli ke?" Jawabnya, "Tak lah. Ubi kayu dah habis, so saya belilah ni." Bila dia dah jawab camtu, pasrah ajelah. Mesti ada sebab dia terbeli ubi ni. Dan... Inilah hasilnya. Resipi baru yang saya cuba dari @aziekitchen , puding ubi manis lapis bersusu. Saya baru tahu yang keledek pun boleh buat puding.

Ini resipinya. Mungkin anda boleh cuba. Kita ada 2 minggu lagi PKP.

Bahan:
Bahan Lapisan Susu:

500 ml air
150 gram susu pekat manis
10 gram agar agar

Bahan Lapisan keledek/ubi manis:
1000 ml air
500 gram ubi keledek rebus
150 gram gula pasir
50 gram susu pekat manis
20 gram agar agar
½ sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Sediakan lapisan susu dengan memasak 500 ml air dengan agar-agar sehingga hancur. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih. Tuang ke dalam acuan.
2. Sediakan pula lapisan keledek dengan mengisar ubi keledek rebus dengan sedikit air dari jumlah keseluruhan air sebanyak 1000 ml air tadi.
3. Masak baki air dari jumlah di atas dengan agar-agar hingga agar-agar hancur. Masukkan gula pasir & garam. Kacau sehingga gula larut.
4. Setelah larut, masukkan ubi keledek kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih.
5. Tuang adunan keledek di atas lapisan agar-agar susu dengan dituangkan secara perlahan-lahan ditepi acuan atau dilapik dengan sudu supaya tidak jatuh & meninggalkan kesan pada lapisan susu yang belum betul betul keras
6. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan ia dalam 1-2 jam & boleh dipotong puding ubi manis lapis susu yang comel ni.

Resipi kuih bingka yang sangat lembut dan sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Kuih bingka ubi yang sekali hadap, tinggal setengah dulang.

Family Rudy mostly suka kuih ni. Kalau kakak dia pergi pasar malam jalan TAR, mesti dia ada bawak balik kuih ni. Dan bila buat kuih bakar haritu cantik kejadiannya & sedap, saya teringin nak cuba buat kuih bingka ni.

Dan cari punya cari resipo, saya ambil resipinya dari web @aziekitchen . Alhamdulillah, mak ayah mertua, suami, anak2 sedara & saya pun suka. Sedap... 😋😋 Ini resipinya saya share tapi dek kerana ubi kayu sikit, saya ubah kuantitinya ya puan @aziekitchen

Bahan:
3 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°c menggunakan api atas & bawah.
2. Parut ubi kayu & sukat. Masukkan semua bahan lain & kacau rata sehingga gula hancur.
3. Tuang dalam loyang adunannya dalam 7x7. Ratakan permukaan adunan. Masukkan loyang ke dalam ketuhar & letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bingka keperangan.
4. Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar api oven pada fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar untuk 5 - 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yang dikehendaki. Tutup api & keluarkan loyang. Biarkan kuih menyejuk dalam 1-2 jam sebelum dimakan. Siap.

Kuih Bakar yang simple & lembut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sedap sangat rasa kuih ni bila dimakan lepas ia betul-betul sejuk. Semalam, cuba makan time dah tak berapa panas (1/2 jam lepas keluar oven), rasa sedap tapi tak berapa ngam (masih terasa panasnya). Dan tadi, lepas balik kelas mengaji, terus buka fridge. Nampak mak ayah Rudy dah potong banyak. 'Wah!! Ni mesti sedap'. Dan bila saya ngap time sejuk2 tu, Subhanallah, sedapnya... Terima kasih kak @aziekitchen untuk resipi kuih bakar istimewa tu. Sedap sangat. Berkali2 le mertua amik makan.

Ini saya kongsikan resipinya. Bahan mudah sangat. Cuma bergantung pada kuantiti & kebesaran loyang untuk membakar.

Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah sedikit air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau .

Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°. 2. Loyang dilenser dengan mantega & kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur & gula. Gunakan mixer & putar hingga adunan kembang & gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum & garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven & bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman.
5. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia betul-betul sejuk baru dipotong. Jika tak, kuih akan mudah pecah bila dipotong & ianya lembik. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 1 jam.

Resipi Blueberry Cobbler @ Beri Biru Pembuat Kasut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi Blueberry Cobbler.
Bila baca novel, selalu keluar menu cobbler ni. Ada yang buat peach cobbler, blueberry cobbler, strawberry cobbler & macam2 lagi. Dan bila nampak satu kedai buah ni jual blueberry pada harga yang murah berbanding biasa, kami beli.

Dan Alhamdulillah, rezeki dapat masak & rasa apakebendanya cobbler ni. Ia manisan yang sedap & enak dimakan sekali sekala. Ini resipinya.

Bahan:
2 cawan buah beri biru dibasuh bersih
1 sudu besar jus lemon
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil buah keras
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu
3 sudu besar mentega suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung (untuk topping)
1 cawan gula perang (untuk topping)
3/4 cawan air panas

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175°. Masukkan buah beri biru ke dalam bekas 22 x 15cm & ratakan. Taburkan jus lemon di atas buah beri (ala kadar aje). Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, gula perang, susu, mentega, garam, buah keras & esen vanila. Pukul bahan sehingga menjadi adunan yang gebu. Lapiskan adunan ini di atas buah beri. Ratakan.


3. Untuk topping, campurkan gula perang & tepung jagung. Gaul mesra. Taburkan campuran ini di atas adunan tepung. Tuang air panas perlahan-lahan atas adunan. Kemudian, buat beberapa lubang (4-5 lubang) di atas adunan cobbler tadi. Biar air sedikit masuk ke bahagian bawah.


4. Masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang 50-60 minit sehingga bahagian atas berkerak keemasan & kelihatan belon buah beri menggelembung ke atas. Setelah masak, keluarkan perlahan-lahan & biarkan ia sejuk dalam 30 minit sebelum makan (kang tak pasal-pasal melecur mulut). Enak dimakan blueberry cobbler ni dengan aiskrim atau begitu sahaja.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...