Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni rezeki dapat buat prosperity burger. Dah lama tak buat. Dan dah lama juga tak beli sebab harganya mahal dan saiznya yang kiut dan juga kami boikot. Makanya, rezekilah saya tetiba Allah beri ilham untuk masak menu ni. Tetiba keluar kat youtube video Khairulaming masak prosperity burger. Dapat pulak lepas tu Chenom pun tunjuk video dia juga masak menu ni. Maka, carilah saya masa hari Malaysia hari tu daging burger oblong dan juga roti hotdog (fries memang ada stok di rumah).
Bahan:
Bahan sos lada hitam:3 sudu besar mentega
½ biji bawang holland dipoting dadu
2 sudu besar serbuk lada hitam ditumbuk kasar
1 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
½ ketul kiub pati ayam
2 sudu besar sos tiram
¼ cawan susu full cream
1-2 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar kicap pekat Garam secukup rasa
Bahan untuk hidang:
5 Roti burger oblong
5 Daging ayam saiz oblong
Hirisan bawang holland
Curly fries
Mentega untuk salut atas roti masa proses membakar
Penyediaan:
1. Sediakan kuali panaskan dengan api sederhana. Setelah panas, masukkan mentega. Masak hingga mencair. Selepas itu, tumis bawang holland yang didadu. Masak sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan 1 sudu besar lada hitam. Kacau dan masak sebentar sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Kacau hingga mesra dan sebati dengan minyak. Masukkan pula air 2 cawan. Kacau hingga mesra dan mendidih.
3. Masukkan 1 kiub pati ayam. Kacau sebentar dan masukkan pula sos tiram. Kacau lagi sehingga pekat sekata.
4. Setelah pekat, masukkan susu full cream, 1 sudu besar lada hitam dan 1 sudu kecil serbuk lada putih atau lada sulah. Kacau lagi kuahnya hingga sebati.
5. Masukkan kicap pekat dan garam secukup rasa. Kacau sebentar hingga mendidih dan tutup api serta tutup mulut kuali agar kuah tak menjadi berketul.
6. Dapur sebelah, panaskan kuali leper dan bakar roti hotdog yang dibelah dua dan disapur mentega. Angkat dan ketepikan.
7. Kemudiam, masak pula oblong daging ayam. Masukkan sesudu besar minyak masak dan selepas panas, masukkan daging oblong. Masaknya seperti masak daging untuk buat menu burger. Setelah masak, angkat dan ketepikan dalam piring bersih.
8. Setelah semua daging masak, sediakan pinggan untuk siapkan prosperity burger kita. Ambil sepasang roti yang dibakar tadi dan letakkan atas piring. Ambil sekeping daging burger dan kemudian celupkan dalam kuah lada hitam yang masih suam-suam panas (jika anda suka panas, panaskan kuah tadi dengan api kecil dan apabila mendidih, boleh celupkan daging). Setelah daging dicelup, letakkan atas roti dan susun bawang holland yang dihiris. Katup roti satu lagi di atas bawang dan daging, Siap prosperity burger kita.
Oh ya, dek kerana roti saya beli kecil, maka saya terpaksa kerat dua daging burger untuk muatkan dengan saiz roti. Hidangkan prosperity burger anda dengan curly fries yang siap digoreng.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan