Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek. Papar semua catatan

Kek sarang semut atau kek gula hangus, resipi kukus


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak kek sarang semut guna cara kukus. Kek sarang semut atau juga dikenali sebagai kek gula hangus ni ada dua cara untuk memasaknya. Satu bakar dalam oven dan satu lagi kukus. Anda boleh pilih mana yang selesa. Kek sarang semut ni memang kek oldies. Jika anda ada orang tua lama-lama, mereka suka masak kuih ni sebab bukan setakat lembut tetapi juga tak berapa manis seperti kuih manisan sekarang (bila dah masuk umur 40, dah tentu kena kawal tahap gula bagai). Adunan yang saya kongsikan ni loyangnya kecil aje. Jika anda cuma ada loyang besar, boleh doublekan bahannya. 

Bahan untuk masak kek sarang semut versi kukus:
125 gram mentega yang dicairkan
1 1/4 cawan gula kastor
1 cawan air panas
4 biji telur gred A pada suhu bilik 
6 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar sodium bikarbonat
1 cawan tepung gandum
Tapis untuk mengayak (penting untuk menampis ketulan ketika menuang bahan nanti)
Loyang yang disapu dengan mentega kelilingnya

Penyediaan:
1. Masukkan gula ke dalam kuali yang apinya sederhana besar (pastikan kuali yang anda guna adalah saiz besar kerana gula akan menggelegak pada satu tahap tertentu). Biarkan gula larut dengan sendirinya dan mencair bertukar menjadi warna perang. Kacau sedikit cairan gula yang semakin mencair perlahan-lahan. 


2. Setelah semuanya mencair, masukkan air panas perlahan-lahan (masa ni akan mula memercik air gula tersebut) dan kemudian kacau sehingga sebati. Tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar.

Kek buah kukus sedap sangat sampai mertua pun makan berulang


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua. Kek buah kukus, ini kali pertama saya cuba buat kek yang oldies. Tak pernah seumur hidup saya buat kek ni. Entah macam mana, tiba-tiba teringin nak buat. Mungkin sebab encik suami selalu beli kek ni kat petronas atau kiosk kecik, tu  yang nak cuba buat. Alhamdulillah menjadi. Happy rasa hati. 

Rupanya bukan kami je suka tapi ayah mertua pun sama. Setiap petang, berulang dia makan kek ni sambil minum kopi. 

Untuk yang nak cuba buat kek ni, ini saya kongsikan resipinya. Saya ambil idea juga dari resipi Che Nom (terima kasih Cik Nom kongsi ilmu).

Bahan-bahan:
340g gula
60ml air panas
500g campuran buah kering
200gm gajus
250g mentega (saya guna Golden Churn untuk rasa zaman dolu-dolu)
350g tepung gandum
1 sk cream of tartar
2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Penyediaan:
1. Untuk resepi ni saya guna buah-buahan kering dibeli kat kedai barang timur tengah. Ada macam-macam buah boleh dapat kat situ dengan kacangnya. Potong dadu halus buah-buahan tadi dan boleh terus masukkan kismis seketul-seketul jika suka. Jumlah sukatan berat buah-buah kering adalah 500g.
2. Masukkan tepung gandum, cream of tartar, campur dengan baking soda dan serbuk kayu manis kemudian ayak. Loyang boleh guna 8x8 inci, atau 9x9 inci. Gris dengan butter atau majerin (guna aje baki mentega kat kertas balut mentega tadi). Alas loyang dengan baking paper.
3. Pecahkan telur kemudian tambah esen vanilla. Pukul sebati dan ketepikan dulu.

Kek lobak merah yang senang dan sedap


Kek lobak merah buat peminat kek tradisional. 10 tahun dulu, masa saya rasa kek ni makan dengan frostingnya, subhanallah, sedapnya. Gigihlah belajar buat kek ni dulu. Plus, saya aniaya anak sedara yang tak makan sayur. Bila ditanya, saya cakap kek lah. Makan aje. Bila dia makan kemudian bila kunyah-kunyah, dia rasa pelik dan keluarkan skit dari mulut, dia tanya, "Ni carrot ke maksu?" Saya sengih dan angguk. Saya soh dia habiskan. Sengsara aje tengok dia makan. Hahaha...

Dan kali ni, anak sedara balik kampung seminggu sampai hari mengundi jadinya segala masak dia bagi ke saya. Tengok banyak sangat lobak merah + semalam pun saya ada beli, jadinya kita buat kek lah. Blh kongsi dengan jiran.

Ini resipi kek lobak merah yang sedap. InsyaAllah, Allah beri jadi & sedap 😊

Bahan:
1/2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan gula perang
1 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan minyak sayuran/zaitun
2 biji telur saiz A
1 sudu besar ekstrak vanila
11/2 cawan parutan lobak merah
1/2 cawan kismis

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175 Celcius
2. Sediakan loyang 9 inci atau apa aje bekas yang anda ada yang boleh masuk ke dalam oven. Sadurnya dengan sedikit minyak sayuran & letakkan helaian kertas minyak dibawanhnya & sadurkan sedikit minyak sayuran juga.

Kek Batik yang Sedap & Lembut


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Saya dapat resipi ni dari YouTube @che_nom . Alhamdulillah sedap. Jika dulu masa belajar, saya buat mesti ada liat atau keras, tapi yang hatni, sedang sedap & tak manis sangat.

Oh ya, dan baru saya juga tahu, rupanya nak potong ke batik yang cantik, kena guna pisau panjang yang dicelup sebentar dalam air panas & kena lap selalu untuk dapat potongan yang cantik. Terima kasih sekali lagi Che Nom untuk tipnya 😘

Bahan:
2 pek biskut marie (540 - 600gm) dipatah empat
200gm mentega
153gm susu pekat
50gm serbuk koko
120gm milo
118ml air panas
1 biji telur
1 sudu kecil ekstrak vanila
Secubit garam (jika guna unsalted butter)

Bahan topping chocolate ganache:
200ml whipping cream
200gm coklat masakan
1 sudu kecil ekstrak vanila
1 sudu besar mentega

Penyediaan:
1. Panaskan kuali besar yang non stick dengan api sederhana (kuali biasa pun ok). Masukkan mentega. Masak hingga cair & kacau sekali-sekala.
2. Bila sudah mencair, masukkan susu pekat, serbuk koko & milo. Kacau dengan pantas agar tidak berketul & sehingga semuanya mesra. Masukkan air panas & kacau hingga mendapat adunan yang pekat & licin.
3. Masukkan sedikit garam (sebab saya guna unsalted butter). Masukkan juga telur. Kacau hingga mesra & kemudian masukkan ekstrak vanila & gaul lagi.

Kek Marble yang moist & wangi


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Alhamdulillah, kek marble kali ni menjadi. Gembira hati saya. Rudy dah cakap, "Ini kalau bantat gak, kita makan dengan aiskrim aje." 🙄

Dan syukur sangat, menjadi juga. Masuk dalam oven pun dah berselawat. Minta Allah jadikan kek marble ni elok & sedap. Alhamdulillah, elok kejadiannya. Ini resipinya. Saya ambil dari web @matgebu . Saya guna terus tepung self rising.

Bahan:
250 gram majerin
130 gram gula kastor
4 biji telur gred A
240 gram tepung self rising
1/4 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar serbuk koko

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175C°. Lenser tin dengan majerin & alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Guna mixer, pukul majerin & gula kastor hingga kembang. Setelah gula hancur & kembang, masukkan telur satu persatu & terus putar mixer hingga adunan kembang memucat.


3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar, hingga habis. Tambah esen vanilla & putar rata. 
4. Ambil 7 sudu besar adunan tadi & masukkan ke dalam mangkuk lain. Tambah serbuk koko &, kacau rata hingga sebati.
5. Tuang 1/2 adunan tanpa warna & kemudian sudukan beberapa bahagian atasnya dengan adunan koko, tuang baki adunan tanpa warna & sudukan lagi baki adunan koko. Guna lidi atau hujung pisau, pusingkan adunan tadi beberapa kali agar membentuk corak marble.
6. Bakar dalam oven 40 minit atau hingga kek masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih pada bahagian tengahnya, kalau keluar bersih tanda kek masak. Keluarkan kek dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan kek dari tin. Biarkan ia sejuk sendiri & barulah dipotong kek marble nya.

Kek Lemon Bermentega @ Lemon Butter Cake yang akhirnya jadi juga


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni saya cuba buat kek lemon bermentega. 

Boleh bilang dengan jari, berapa kali aje dalam setahun saya buat kek. Kek dengan saya memang tak berapa ngam. Kalau tak bantat, hangit. Hmmm...

Tapi Alhamdulillah kali ni jadilah juga walaupun ada gelembung-gelembung hitam sikit. Bak kata adik ipar, kena kenal oven. Hmmm... Nak kenal camne ni, link pun tak berapa ngam dengan menu kek ni. Anyway, tq @melissadarabian for the recipe. The recipe is easy & delicious.

Ni resipinya kalau ada yang nak cuba. Saya guna loyang besar tapi resipi asalnya guna loyang kecil. Saya doublekan the portion.
Ni resipi asalnya.

Bahan:
1/2 cawan mentega suhu bilik
1/2 cawan gula caster
2 biji telur saiz A suhu bilik
1 sudu kecil vanila
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar jus lemon
1/4 sudu kecil parutan kulit lemon (lemon zest)

Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, satukan tepung, garam & baking powder. Ketepikan.

Moist Butter Cake yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Moist butter cake yang sedap.

Akhirnya kek saya buat tak bantat kejadiannya lagi. Alhamdulillah... 

Saya & kek bantat tak dapat dipisahkan. Kalau tak bantat, hangit. Memang tragis betul nak dapatkan kek yang diidam. 

Tapi kali ni, entah kenapa teringin sangat nak makan & buat, godek punya godek, jumpa resipi butter cake ni. Teringat mama & am yang suka kek ni. Makanya, saya cuba juga. Jadi... Yeah... 
Rudy kata, "Ni namanya kek PKP. Tak bantat, tak kecut. Sedang-sedang tingginya." 

Jom cuba. Kot anda jenis seperti saya, hopefully menjadi juga.

Bahan:
250 gram mentega (saya guna brand Anchor)
250 gram tepung naik sendiri (tepung gandum 1 1/4 cawan + 1/2 sudu kecil baking powder+ 1/4 sudu kecil garam)
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar


Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 170°c.
2. Dalam satu mangkuk, pukul mentega & gula hingga kembang, gebu & bertukar warna cerah. Masukkan telur sebiji demi sebiji berselang-seli dengan tepung. Pukul hingga mesra. Kemudian, masukkan susu segar & pukul hingga sebati. Just guna low speed.
3. Masukkan dalam loyang segi empat tepat yang saiz sederhana (bahan tak banyak sangat) & telah disapu mentega & disadur tepung / baking sheet. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari oven & biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan & dipotong.

Kek Batik, Akhirnya Menjadi Lembut Juga


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kek batik. Masa belajar dulu, inilah kek yang menjadi feveret sebab tak payah bakar bagai. Godek aje dalam kuali & masuk fridge.

Kek batik ni juga, nostalgia time bercinta dulu. Ex-tunang dulu kalau cakap, "Fisyah, buat kek batik. Walaupun liat & kenyal, tapi sedap." Adakah ini dipanggil 2 in 1. Puji + perli = nak kek??

Semalam, ex-tunang tu makan. Berketul-ketul dia makan. Alhamdulillah, 'kejadian' kek batik semalam lebih baik dari 15 tahun dulu ☺️☺️ .

Bahan:
1 pek biskut Marie dipatah 4
250gm mentega
1 cawan Milo / 17 sudu Milo
1 tin susu pekat
1 cawan air
2 biji telur

Penyediaan:
1. Guna api sederhana & masukkan mentega dalam kuali. Setelah separuh cair, kecilkan api & kacau sebentar. Kemudian, masukkan milo & telur yang sudah dikocok. Kacau hingga mesra.
2. Selepas itu, masukkan susu pekat & air berselang-seli sehingga habis. Kacau adunan hingga mendidih.
3. Setelah mendidih & sedikit pekat, tutup api. Masukkan biskut Marie & kacau hingga mesra. Masukkan adunan kek batik ke dalam bekas yang sudah dilapikkam dengan plastik cling. Tekan-tekan adunan biskut hingga mampat. Masukkan dalam peti sejuk & biarkan ia mengeras dalam 3-4 jam (minimum). Siap kek batik simple saya. 

Pavlova, Resipi Simple buat penggemar manisan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. 7-8 tahun dahulu, saya teringin nak makan pavlova tapi saya tak reti masak. Pernah minta kakak ipar tanyakan kawan dia berapa harga orang jual pavlova time tu. Dan bila dengar harga & keadaan saya yang tak bekerja sangat masa tu, terus cancel. Gigihlah cari resipi. Tapi masa tu, keadaan pavlova yang dibuat sendiri tak berapa jadi tapi still alhamdulillah, ada anak saudara yang jenis makan semua & dia kata sedap. Hehe...
Dan Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit diri ni bab masak memasak. Suami, mama, mak mertua & kedua2 abah dah percaya pada anak sorang ni :)

Resipi pavlova mudah aje tapi yang mencabarnya, untuk bakar pavlova ni, ambil masa 1 1/2 jam dalam oven dengan suhu 130°c aje. Kiranya anda boleh buat bakar pavlova dulu & kemudian masak lauk berbuka. Tau2 aje dah siap dua-dua.

Bahan:
4-5 putih telur gred A
1 cawan gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan (warn putih)
1/2 camca teh serbuk vanila / esen vanila
Whipping cream (suka hati nak beli jenis botol atau kotak)
Buah2 pilihan yang anda suka

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada SUHU 180°c. , Sediakan tracing paper ikut saiz loyang & kemudian lukis beberapa bulatan atas kertas. Kemudian terbalikkan kertas & bila nak paipkan adunan, ikut aje bulatan yang dibuat tadi. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk bersih & kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih & saiznya naik 2-3 kali ganda. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga adunan kental.
3. Masukkan cuka makan & putar. Masukkan tepung jagung , serbuk vanila & gaul dengan spatula hingga rata. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Nak cantik, letak novel di muncung piping beg. Paipkan bentuk bulatan tadi hingga semua siap.
4. Masukkan dalam oven & TURUNKAN SUHU pada 130C, bakar selama 1 jam 25 minit atau hingga meringue warna coklat. Kemudian matikan suis oven. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan povlova sejuk secara semulajadi.
5. Bila sejuk pavlovanya, paipkan dengan krim & tabur buah-buahan, sos coklat atau apa aje sesuai atasnya, boleh hidangkan terus atau simpan dalam peti sejuk sebelum gunakannya.

Kek Lapis Berempah @ Legit, menu yang menggamit nostalgia kesedapan kek lapis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Masa kecil, pernah mama belikan kek lapis berempah @ legit ni. Subhanallah, sedap sangat kat tekak masa tu. Dan bila saya ke rumah orang yang ada kek lapis terhidang, rasanya tak sama. Ianya berlapis tapi tiada harumnya bau rempah bila dikunyah.

Dan Alhamdulillah, resipi ni dapat saya cuba bila tengok IG kat Rima. Dia selalu buat kek lapis ni, tempahan dari pelanggan dia. Dan tetiba, saya jumpa resipinya di web Tiffinbiru. So, rezekilah dapat mencuba & membuatnya.

Anda semua boleh buat. InsyaAllah. Cuma... untuk kek ini, anda perlukan sekurangnya masa 3 - 3 1/2 jam untuk menyiapkannya. Ambil masa untuk melapis.

Alhamdulillah, bila dihidang pada ayah mertua & encik Rudy, mereka kata sedap. Raya nanti boleh buat katanya (kot le sihat, InsyaAllah). Mak mertua pun request soh buat. Kiranya nanti kena buatlah tu. Spare skit untuk rumah mama kek lapis berempah yang sedap ni.

Bahan A:
450gm mentega
150gm gula kastor
20 biji kuning telur gred A
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar golden syrup
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna kuning

Bahan B:
150gm gula kastor
6 putih telur gred A
1/2 sudu teh cream of tartar

Bahan C:
220gm tepung Hong Kong*
1 sudu teh baking powder*
2 1/2 camca teh rempah spekkoek*(*disatukan dan diayak)
Mentega cair untuk disapu pada kek

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 155c (oven kecil). Lenser tin dengan kertas minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak & lanser juga kertas tadi. Ketepikan
2.Putar mentega, susu pekat manis & golden syrup hingga sebati, masukkan gula kastor & putar hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu & terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga gebu.
3.Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan esen vanilla & pewarna kuning putar rata, ketepikan sebentar.
4. Dalam mangkuk adunan yang kering & bersih, putar putih telur & cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula kastor dan putar lagi hingga kembang . Masukkan putih telur ke dalam adunan mentega & gaul dengan kaedap kaup balik hingga sebati.
5. Masukkan tin ke dalam oven & biar 1 - 2 minit. Keluarkan tin & sudukan adunan kek 4 sudu besar penuh, ratakan & bakar 5 - 7 minit (tukar api kepada fungsi grill atau api atas sahaja). Bila masak keperangan, keluarkan & jika ada gelembong udara, cucuk perlahan dengan lidi sate & tekan perlahan dengan penekan kek lapis.
6. Sapu sedikit mentega cair pada permukaan kek & lapiskan dengan 4 camca besar adunan & ratakan. Bakar hingga masak. Ulangi proses menekan, menyapu mentega cair & melapis sehingga selesai & lapisan akhir anda bakar guna api atas bawah selama 10-13 minit. utup tin kek dengan aluminium foil jika permukaan kek cepat perang. Sejukkan kek lapis berempah kita, keluarkan dari loyang & biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong untuk dinikmati. 

Kek Pisang Aroma Lemon @ Banana Cake With Lemon Aroma


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kek pisang bukan setakat sedap dimakan tapi pada saya, ada beberapa kenangan manis tentang kek pisang ni dengan encik hubby. Both of us very love to eat this cake. Dari muda sampailah sekarang.

Dan tengahari tadi dia cakap, "Yang, simpan kek ni dalam fridge lah. Kang berkulat."
Dan jawapan saya, "Tak sempat berkulat, kalau tak hari ni habis, esok confirm punya. Ramai peminatnya dalam rumah ni."

Dan telahan saya betul. petang tadi saya buka tupperware, dah tinggal beberapa ketul aje.

So, jom saya kongsikan resipinya yang mudah dan insyaAllah sedap untuk percubaan anda.
Anda boleh letak dalam loyang seperti roti atau letakkan dalam bekas remakins ataupun dalam kertas untuk cupcakes. Mana-mana yang anda suka.

Plus, kek pisang ni special sikit sebab saya letakkan jus lemon dan parutan kulit lemon. So, bila anda makan, bau lemon akan sedikit bertindih dengan bau pisang (ala-ala macam Masterchef gitu, hehehe...)

Bahan-bahan:
1. 1 cawan gula kastor
2. 2 cawan minyak jagung
3. 4 biji telur A (suhu bilik)
4. 1 cawan tepung gandum
5. 1 sudu kecil baking powder
6. 1 sudu kecil soda bikarbonat
7. 1 sudu kecil esen vanilla
8. 1 sudu besar jus lemon
9. 1 sudu kecil parutan kulit lemon

Penyediaan:
1. Guna mixer: blend gula kastor, minyak jagung, telur dalam 3-5 minit.
2. Gaul guna spatula: campurkan semua bahan 4-9 dengan adunan pertama. Gaul sehingga mesra dan letakkan dalam dulang pembakar yang diletakkan tracing paper/kertas minyak di bawahnya.
3. Bakar adunan kek pisang pada suhu 170°c selama 1/2 jam dan kemudian turunkan suhu pada 150°c dan bakar lagi 20 minit lagi sehingga masak.

Happy cooking

Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus / Kek Sarang Lebah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera... Alhamdulillah, rezeki saya dapat buat dan makan kek sarang semut @ kek gula hangus @ kek sarang lebah ni.

Saya suka kek sarang semut ni. Kalau ada gerai atau kedai makan yang jual, saya akan membelinya. Tapi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, susah sangat nak cari kek sarang semut. Bila nak beli pula, kelihatan tak berapa tempting dan sudah semestinya MAHAL. Kecik kiut, harganya boleh jadi sangat merepek. Alo kak yang jual... seingat memori saya masa kecil dulu, kek ni dijual pada harga yang sebaris dengan karipap, donat, keria dan lain-lain. Entah kenapa lah dikau jual harga yang menusuk kalbu.

Dan... Syukur pada Allah kerana diberikan saya resipi yang menjadi. Ni semua gara-gara Maklong saya tag saya di FB akan resipi kek ini. Katanya dia nak saya cuba. Entah kenapa dia tag saya, saya tak tahu. Barangkali, bak kata Puan Roza, Allah perkenankan doa dalam hati kecil kita tepat pada masanya, Bila dan bagaimana, kita tunggu dan lihat. :)

Jom saya kongsikan resipi ini. Oh ya, 1st time buat, Alhamdulillah menjadi juga cuma, sedikit hangit dan keras di bahagian atas. So, kena potong kek tu sikit. 2nd time buat pula, gula hangus yang saya buat jadi pahit sedikit. Barangkali tahap api sedikit besar dan gula pasir yang agak kasar menjadikan ia lambat menggelegak dan berkerak. Dan untuk kali ke-3, barulah kek menjadi dengan cantik dan sedapnya. Atas kek akan sedikit berkerak hangus namun, ia masih boleh ditarik sahaja bahagian yang hangit tersebut tanpa dipotong.

Ini kek yang pertama kali saya cuba. Alhamdulillah jadi... :)

Bahan-bahan:
1. 125 gram mentega yang dicairkan (saya guna butterlite atau buttercup)
2. 1 1/4 cawan gula kastor
3. 1 cawan air panas
4. 4 biji telur gred A pada suhu bilik (jika tiada gred A, tambah sebiji lagi ya)
5. 6 sudu besar susu pekat
6. 1 sudu kecil esen vanila / ekstrak vanila
7. 1 sudu besar sodium bikarbonat
8. 1 cawan tepung gandum
9. Tapis untuk mengayak (penting untuk menampis ketulan ketika menuang bahan nanti)
10. Loyang yang diletakkan tracing paper/aluminium foil & disapu dengan mentega kelilingnya

Penyediaan:
  1. Masukkan gula ke dalam kuali yang apinya sederhana besar (pastikan kuali yang anda guna adalah saiz sederhana atau besar kerana gula akan menggelegak pada satu tahap tertentu). Biarkan gula larut dengan sendirinya dan mencair bertukar menjadi warna perang.
  2. Masukkan air panas secara perlahan-lahan dan kacau kemudiannya sehingga sebati. Tutup api dan biarkan ia sejuk sebentar.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur tadi sehingga rata cuma jangan terlalu kembang or berbuih. Masukkan pula susu pekat dan esen vanila. Gaul sehingga sebati.
  4. Masukkan mentega cair tadi dan gaul mesra.
  5. Masukkan pula soda bikarbonat yang ditapis. Masukkan pula tepung gandum yang ditapis. Gaul bahan sehingga mesra.
  6. Masukkan pula gula perang yang sudah suam-suam kuku tu ke dalam bahan. Tapis gula tersebut juga ya bagi mengelakkan ia berketul-ketul. Gaul bahan sehingga sebati.
  7. Masukkan bahan dalam adunan tadi ke dalam loyang yang telah diletakkan tracing paper/aluminium foil. Untuk adunan yang cantik, anda tapis adunan tadi semasa masuk ke dalam loyang. Perap adunan dalam 2 jam dan kemudian bakar (letak aje atas meja & tutup dengan tudung saji).
  8. Untuk oven kecil, bakar pada suhu 160 C api bawah selama 25 minit dan kemudiannya 155 C api atas 15-20 minit. Untuk pastikan kek masak. cucuk dengan lidi bahagian tengah kek tersebut. Jika tiada adunan melekat pada kek, kek sudah masak sepenuhnya. Jika oven yang anda guna besar, bakar pada suhu 170 C sama seperti cara membakar guna oven kecil (saya dah buat perbezaan bila guna oven sendiri dan oven mama saya).
Tapis bahan anda seperti dalam gambar ini. Ia bagi memastikan tiada ketulan besar gedebuk masuk dalam tu. Ngeee....

Kek sarang semut ini sedap dimakan masa ianya sedikit panas mahupun pada suhu biasa dan sejuk. Best dalam apa keadaan sekalipun untuk di 'Ngap'.

Happy cooking...

Kek Pandan Gula Melaka yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua... Dah hampir 3 minggu sebenarnya saya buat kek pandan gula melaka ni. Exactly, this idea to make this cake came from instagram. Saya ada follow beberapa IG orang pandai masak-masak dan kek dan lately, I saw so many people request this Bakingbachelor to make Pandan Gula Melaka cake & Victoria Sandwich cake. Dek kerana kita kena usaha satu persatu, so, kek pertama yang saya nak cuba adalah kek ni.

Bila dah siap dan dah potong kek ni, saya rasa sedap. Aroma daun pandan yang fresh dan sedikit rasa gula melaka pada icingnya membuatkan mulut meleret tersenyum. Alhamdulillah, dapat juga rasa kek yang ramai orang cuba belajar & beli ni. Akak nak beli, memang tak mampu sangatlah. So, the easiest way is learn how to bake it. Bukan sahaja kita jimat tetapi boleh makan berulang-ulang kali dan dikongsikan dengan keluarga tersayang.

Jom saya kongsikan cara membuat kek pandan gula melaka ni. Walaupun ramai yang buat cupcake, tapi saya lebih suka kek sebab.... tuang terus adunan dalam loyang dan tada.... dah masa... hehehehe... nampak tak saya adakala seorang yang 'rajin'... ngeeeee...

Resipi ni saya ambil nak godek-godek sikit dari blog Azlita Masam Manis, Fuzzymazing dan beberapa lagi blog masakan. Resipinya lebih kurang sama cuma mereka buat cupcake dan saya terus nak buat kek.

Bahan-bahan:
300 gm tepung kek
3/4 sudu teh baking powder atau double acting (mana-mana yang ada dalam simpanan ya)
185 gm unsalted butter (tang ni saya guna buttercup biasa aje)
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu teh esen vanilla
100 gm gula halus atau gula caster
3 biji telur saiz A (suhu bilik tau sebab kalau telur baru keluar peti ais, bila dipukul, tak kembang cantik atau dalam kuantiti sepatutnya)
112 gm santan KARA + 38 gm air
3 sudu besar jus pandan (gunakan 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya. Air tu dalam 1/2 cawan aje untuk blander sebab nak guna pun sikit aje)
sedikit pewarna hijau (tang warna hijau ni, kalau rasa hijaunya tak menyerlah masa pukul adunan, ekau tambahlah lagi ikut rasa hati dan mata memandangnya :) )

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180C, 15 minit sebelum adunan kek dimasukkan.
2. Sediakan loyang pembakar dan sapukan mentega keliling loyang serta lapikkan dengan kertas tracing.
3. Dalam 1 bekas, satukan tepung dan baking powder kemudian ayak.
4. Dalam bekas lain, campurkan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata. Ketepikan
5. Dalam bekas mixer, satukan butter, esen vanila, garam dan pukul sebentar. Dalam 2-3 minit pada kelajuan sederhana.
6. Masukkan gula halus dan pukul adunan sehingga agar kembang atau tak berapa rasa tekstur gula tu bila rasa dengan jari.
7. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sekata.
8. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan (mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung) pukul atau kaup balik hingga adunan sebati especially bahagian bawah sekali ya.
9. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek masak (guna lidi satay tu untuk cucuk di bahagian tengah kek)
10. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan kek dalam loyang dalam 20 minit. Setelah agak sejuk, baru letakkannya di atas relai. 


Penyediaan Krim Gula Melaka.
Karamel Gula Melaka
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter
1 sudu besar karamel gula Melaka (adunan gula Melaka yang di masak tadi)

1. Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
2. Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat. (Ini saya ambil info dari web Azlita Masam Manis)
3. Kemudian tuangkan karamel gula Melaka tadi, gaul rata biarkan ia pekat sebentar.
4. Sementara anda lihat gula sudah mendidih dan terbentuk kaki itik tadi, baru pukul telur dan kuning telur dalam mixer hingga kembang. Bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
5. Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali (ingat!! bukan mesin pemutar ya,)
6. Bila dah betul- betul sejuk, lebih kurang 11/2 gitu, keluarkan
7. Putar semula dan masukkan esen vanilla dan butter sedikit demi sedikit sambil putar hingga kembang dan halus.
8. Kemudian sapukan krim yang sudah siap ke atas dan keliling kek. Setelah selesai, masukkan kek ke dalam peti sejuk dalam 1/2 jam dan kemudiannya dah boleh potong... :)

Anda cubalah ya. Bila kek pandan gula melaka ni dah siap, hati anda akan rasa happy dengan sendirinya... itu belum tengok ahli keluarga makan dengan enaknya... :)

Happy cooking

Coffee cake @ kek kopi

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua... Saya seronok sangat bila kek kopi yang saya nak buat dan makan akhirnya menjadi. TQ Allah...


Saya bukan pandai masak. Jauh sekali membuat kek kerana bagi saya membuat kek perlu konsentrasi & ilmu yang tinggi. Tapi rupanya itu semua bukan halangan bila kita ada kemahuan. Dan sebab kemahuan saya adalah kerana rancangan MASTERCHEF.

2 kali saya menonton rancangan Masterchef berbeza dan kedua-dua peserta menyediakan dessert coffee cake yang sedap kepada juri & mereka terselamat dari disingkirkan. I said to my self, 'one day I will try to make it. By me or help by others'.

Dan selepas diambil resipi peserta Masterchef Australia yang kelihatan sedap di tv, whatsapp cousin & rakan2 yang pandai membuat kek, maka inilh hasilnya. Alhamdulillah sedap. Encik hubby pun kata buttercreamnya itu sedap... :) Cuma untuk penambahbaikan, saya kena pekatkan sedikit kopi espresso nya dan letak 1 layer kertas di dasarnya (jangan letak keliling sebab dah macam tak lawa pulak rupanya bila keluarkan dari tray).

Jom saya kongsikan cara membuat kek kopi. Agak mudah juga rupanya...

Bahan-bahan:
Kek.
1. 250gm mentega, lembut pada suhu bilik
2. 1 cawan gula kastor
3. 1 sudu besar pes vanila (tang ni tak semua orang boleh ada sebab harganya yang sedikit mahal. So, saya guna aje vanilla esen, hehehe... menderhaka resipi sungguh)
4. 4 biji telur gred A (kalau telur tu kecil, tambahlah sebiji lagi)
5. 2 cawan tepung naik sendiri (self raising)
6. 2/3 cawan susu, pada suhu bilik
7. 1/3 cawan kopi espresso (kalau takut dengan kuantitinya, letak aje 2-3 sudu kecil serbuk kopi espresso tu dan letakkan dalam 3 sudu air kopi espresso. Makcik menderhaka resipi lagi ni)

Buttercream (ising kek) untuk 1 tingkat kek sahaja tanpa corak bunga-bunga yang guna nozel tu:
1. 125gm mentega lembut
2. 1 cawan gula icing
3. 4 sudu besar air kopi espresso

Ini kek yang mula-mula saya buat. Warnanya tak berapa menyerlah sangat sebab saya just taruk air kopi tanpa serbuk (saya tertinggal bab yang kena taruk serbuk tu).

Ini yang 2nd saya buat, seminggu kemudiannya. Warna dia gelap kan. Saya taruk 3 sudu kecil serbuk kopi.

Penyediaan:
  • Panaskan oven pada suhu 180C. Griskan kertas dan loyang pembakar. Untuk tin tu, saiznya 2x20cm.
  • Untuk membuat kek, putarkan mentega, gula dan pes vanila dalam 1 bekas menggunakan hand mixer. Pukul sehingga kembang. Kemudian masuk telur satu per satu semasa memukul kek.
  • Masukkan tepung, susu dan kopi dan pukulnya dengan perlahan. Guna mixer nombor 1 atau 2 aje pukulannya. Pukul sehingga gebu atau lembut. Kemudian, curahkan bahan tadi ke dalam loyang pembakar dan masaknya selama 30 minit. Bila sudah masak, biarkan ia sejuk seketika dan kemudian pindahkannya ke atas kawat besi (wire rack) dan biarkan ia betul-betul sejuk.
  • Untuk buttercream kopi, pukul mentega sehingga pucat (pale), tambahkan gula icing dan air kopi espresso sehingga ringan dan gebu.
  • Sapukan buttercream tadi di atas kek kopi dan kelilingnya. Dan tadaaa... siap. Rasa macam berjaya masuk Masterchef aje bila dah buat kek ni. Hehe...
Happy cooking.

Carrot Cake @ Kek Lobak yang disukai kebanyakan orang dewasa (budak tak suka sayur)


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera Semua... Kek lobak atau carrot cake adalah kek yang baru pertama kali saya buat. First time saya rasa kek ini masa adik saya bertunang (rasanyalah. Ingat-ingat lupa ni). Cousin saya yang buat dan bila makan kek ni, saya terus jatuh hati dengan rasanya. Kalau dulu masa kecil-kecil, confirm takkan makan sebab sayuuurrr... But, after time goes by, mulut dan boleh menerimanya.

Dan saya cuba buat kek ini last week. Itupun saya bila dok godek-godek berita flipboard tentang resipi, ada blogger writer ni kongsikan resipinya. Bila ditilik-tilik, 'Eh, senang aje bahan-bahannya. Semua ada di dapur kecuali 1-2 barang aje yang nak dibeli'. So, I asked my encik suami untuk buat kek ni dan beli barang. Dan tadaaaa... Alhamdulillah, Allah izinkan saya membuatnya dengan jayanya.

Inilah hasilnya... Tapi pengajaran yang saya dapat bila buat kek ini dan jika anda guna bekas kaca yang tebal seperti di atas untuk masuk dalam oven, pastikan anda guna api atas bawah selama 1/2 jam dan 5-10 minit kemudiannya api bawah sahaja. Ini bagi memastikan dasar kek dan tengah kek masak sepenuhnya.

Ada satu insiden menarik tentang carrot cake ni masa anak sedara makan.
Maksu: Siapa nak kek?
Nurin & Balqis: Nak...
Maka, maksunya pun potong dan berikan sepotong kecil sorang. Dalam hati dan sorok senyum.
Nurin: Kek apa ni maksu?
Maksu: Makan ajelah. Namanya pun kek.
Nurin: Sedap ke maksu?
Maksu: Sedap... Makan ajelah...
Setelah beberapa ketika dia makan dan kunyah, tiba-tiba...
Nurin: Maksu, ni carrot kan??
Maksu: Ha'ah. Carrot. Kau makan sayur kan? (cuba tahan senyum)
Nurin: Aaaa... (dengan muka serba salah nak mengaku ke tidak ni)
Maksu: Alah... makan ajelah. Carrot bukannya sayur hijau.
Muka Nurin lepas tu dah terkulat-kulat nak habiskan sepotong kecil kek kecik di tangannya. Saya dah gelak-gelak sebab dapat kenakan dia yang penakut makan sayur (kadang-kadang dia eksyen. Katanya Nurin makan carrot aje. Sayur hijau tak nak. Hambik kau... Hehehe...)

Jom masak carrot cake dan frostingnya. InsyaAllah kita yang dewasa sukakan rasanya sebab mama, mak mertua dan ayah mertua saya berulang kali makan kek ni. Resipi ni saya ambil di youtube Laura In The Kitchen dan internet Flipboard. InsyaAllah senang anda ikutnya.

Bahan-bahan kek:
1. 11/2 cawan tepung serbaguna
2. 1/2 cawan gula kastor
3. 1/4 cawan gula perang
4. 1 sudu kecil baking soda
5. 2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
6. 1/2 sudu kecil garam
7. 3/4 cawan minyak sayuran
8. 2 biji telur saiz A (kalau takde telur besar ni, guna aje telur kecil cuma jadikannya 3 biji k)
9. 1 sudu besar ekstrak vanila
10. 11/2 cawan parutan lobak merah (lebih kurang 2 biji lobak merah besar)
11. 1/2 tin nanas dan airnya juga
12. 1/2 cawan kismis (saya guna kurma yang dicerai-ceraikan. kurma baki puasa haritu)

Bahan-bahan frosting (aising):
1. 85gm cream cheese
2. 1/4 cawan unsalted butter
3. 2 cawan gula icing
4. 1 sudu kecil ekstrak vanila
5. 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis

Penyediaan:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 Celcius
  2. Sediakan loyang 9 inci atau apa aje bekas yang anda ada yang boleh masuk ke dalam oven (jangan besar sangat). Sadurnya dengan sedikit minyak sayuran dan letakkan helaian kertas minyak di bawahnya dan sadurkan sedikit minyak sayuran juga.
  3. Di dalam mangkuk sederhana besar, masukkan parutan lobak, nanas dan kismis di dalamnya. Masukkan 1 sudu besar tepung serbaguna dan gaulnya. Ini bagi memastikan bila anda campurkan bahan ini ke dalam tepung dan masak, ia akan tersebar ke seluruh kek dan bukan jatuh di dasarnya.
  4. Di dalam mangkuk besar yang lain pula, masukkan semua bahan kek tadi (gula kastor, gula perang, cinnamon, garam, baking soda, minyak & telur) kecuali tepung dan gaul hingga semuanya mesra. Kemudian, masukkan campuran lobak, nanas, kismis dan tepung tadi ke dalamnya. Gaul lagi.
  5. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang atau bekas pembakar dan bakar selama 30 minit. Jika anda guna loyang yang tebal, gunakan api bawah untuk 5 - 10 minit terakhir. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek sudah masak (lidi keluar bersih jika kek sudah masak)
  6. Jika kek sudah masak, letakkannya di atas jaring besi (saya letak atas papan pemotong aje) dan biarkannya ianya sejuk. Ini kerana jika kek panas dan anda meletakkan frosting atas kek, frosting akan mencair. 
  7. Untuk frosting, campurkan semua bahan frosting kecuali air dan gaul sehingga sebati. Guna spatula aje. Jika nampak agak pekat frosting tu, baru tambahkan air tadi jika ok aje, tak payah taruk langsung air tu.
  8. Hiasi kek dengan sadurkan frosting ke atas kek yang telah sejuk. Jika ada lebihan frosting, sadurkan di sekeliling kek. Bila dah siap, letakkan dalam peti ais lebih kurang 1-2 jam agar frosting tersebut sejuk dan keras. Lepas tu apa lagi, potonglah ikut kadar anda mahu makan. 
Jika anda ingin tambah bahan dalam carrot cake ini, boleh aje taruk parutan kulit oren ataupun kacang walnut ketika ingin campurkan lobak dengan tepung (step 3 tadi).

Jika anda inginkan topping atas frosting untuk hiasan, boleh aje letak pecahan kacang walnut, parutan kulit oren, buah-buahan atau apa sahaja yang anda rasa anda nak letak. Its your carrot cake, so buat aje apa yang anda suka.

Chocolate Ganache / Sos Coklat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Semalam saya buat kek coklat. Saje je buat. Teringin nak makan. Adunan untuk kek tu, saya beli yang instant aje di kedai bakeri. RM10 untuk 1 pek 1 kg.

Dan kali ni, saya nak kongsikan cara-cara membuat chocolate ganache atau sos coklat yang kita buat untuk topping atas kek tu. InsyaAllah, sos coklat ini bukan sahaja boleh letak atas kek coklat tapi boleh drizzle atas donat atau kek cawan, buat air coklat ais atau panas dan lain-lain yang anda rasa nak letakkannya.

Bahan-bahan:

1. 180gm cokelat bar atau chocolate chip (mana-mana yang ada dalam stok anda)
2. 150gm Whipping krim atau heavy cream atau buttermilk (mana-mana yang ada jual kat kedai/pasaraya berhampiran anda).

Penyediaan.
1. Sediakan 1 periuk yang berisi 1/2 isi air kosong dalam periuk tersebut dan sediakan 1 periuk kecil atau bekas kecil yang boleh letak di atas periuk tersebut. Contohnya macam dalam di bawah. Ini dinamakan kaedah double boiling. Kaedah double boiling ini digunakan untuk memastikan coklat yang dicairkan masak dengan senang, tidak hangit dan tekstur coklat tak rosak.


2. Jika anda guna coklat bar, pecahkan/potong kecil-kecil. Ia bagi mempercepatkan coklat cair. Bila air sudah mendidih, letakkan coklat yang dipotong tadi atau coklat chip ke atas bekas di bahagian atas periuk. Kacau sehingga coklat cair.
3. Kemudian masukkan whipping krim/heavy krim/buttermilk ke dalam coklat tadi. Kacau sehingga sekata. Jika anda rasa coklat cair itu kurang sosnya, boleh tambah whipping krim itu lagi (kot lah kek anda besar & tinggi).
4. Tutup api dapur dan biarkan dalam seminit untuk sos coklat sejuk dan kemudian tuang sedikit demi sedikit dan ratakan ke atas kek. Untuk topping extra yang menarik, boleh taruk cip coklat, chocolate rice, buah-buahan atau kekacang.

Happy cooking

Congo bars, pertama kali rasa terus jatuh cinta.

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua. Masa hari raya lepas, saya beraya di rumah sepupu di Bentong, Pahang. Tengah lepak-lepak lepas selesai makan tengahari, dia dok hidangkan kek pada anak-anaknya dan kami. Lepas sesuap aje potongan kek @ brownies tu masuk dalam mulut, terus kata dalam hati, 'Eh! cam sedap aje.' Tangan pun capai seketul lagi.

Rupanya my mum pun suka bila dah masuk mulut. Apalagi, lepas my cousin siap potong dalam piring elok-elok, saya bawak pi ruang tamu. Bagi hubby dan abah makan. Hubby pun kata sedap. Itu yang tanya cousin, apa nama kek @ brownies ni. Dia kata congo bars. Dua ke tiga kali jugaklah saya nak menyebutnya sebab tak pernah dengar. Rupanya, kek @ brownies ni, seorang lagi cousin saya yang buat dan jual tapi saya tak tahu tentang congo bars ni. Selalunya makcik saya dan adik-beradiknya selalu beli carrot cake aje dengan dia.


Lepas dari hari tu (dan stok yang diberikan sedikit cousin saya dah habis), saya godek-godek internet dan pakcik google. Bersungguh-sungguh mencari resipinya. Akhirnya, selepas 'mengkaji' resipi mana yang mudah dan sedap (kebanyakannya cut & paste aje), saya pun ngetest. Akhirnya, jadilah congo bars yang diidamkan seperti dalam gambar kat atas. Itupun saya heret adik bongsu saya sekali minta tolong. Bukan apa, akak dia ni kalau buat kek, kekadang jadi, kekadang tak jadi. Tapi, selalunya kalau kek, memang chances dia 50-50. Hehehehe...

Dan, Alhamdulillah, semalam saya buat lagi dan berikan sedulang pada suami untuk bawa ke ofis. Alhamdulillah, depa sukakannya juga. Barangkali rasanya yang tak berapa manis dan lembut tu bila dimakan meskipun sejuk selepas 5 jam dalam peti sejuk. Tapi, memang kalau dimakan time sejuk-sejuk, rasanya memang mengancam skit :)

Ini buktinya betapa pantasnya congo bars ni habis bila orang dewasa makan. Kiranya, memang kanak-kanak dan orang dewasa boleh masuk dengan rasanya.

Jom saya kongsikan resipinya. Memang mudah dan nak lagi mudah dan cepat, saya sarankan guna hand mixer atau mixer. Kalau guna pemukul biasa tu, alamatnya dekat sejam gak lah nak bagi butter dan gula tu kembang (bergantung pada kepantasan tangan kiri dan kanan anda memukul).

Bahan-bahan (yang ni untuk 1 dulang sederhana besar):
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm mentega
320 gm gula perang yang halus (lebih cepat untuk mentega dan gula kembang) - boleh dikurangkan kuantitinya jika tak suka manis.
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1/2 atau 1 cawan kacang badam yang "slice". (Kalau masuk seketul-seketul tu, mau siapa yang ada masalah gigi, terus tak suka makan kacang langsung)
1/2 atau 1 cawan kacang pecan (kalau sukalah)
1/2 atau 1 cawan gajus (just cincang-cincang tapi tidak terlalu halus tau. Sedang-sedang gitu)
ataupun pelbagai jenis kekacang lain yang anda suka nak taruk.

Penyediaan:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.

2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan pukul sehingga butter melarut atau adunan kembang. Selalunya gula tersebut akan jadi amat halus lepas dipukul lebih kurang 15-20 minit guna hand mixer.


3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar pukul adunan dengan pukulan sederhana perlahan atau no. 2 pada mixer tersebut.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan pukul rata. 

6. Akhir sekali masukkan 3/4 chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna. Yang ni tak payah pakai mixer dah. Pakai aje senduk kayu atau plastik tu. (Oh ya, coklat tu, saya campurkan extra coklat bar yang tak habis masa kenduri bertunang cousin saya. Pakai aje apa yang ada, janji jangan membazir).


7. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar ukuran 13 X 9 atau apa aje dulang yang ada tapi jangan besar sangat yang telah digris dgn mentega dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukaan adunan. 
8. Taburkan 1/4 baki coklat chip yang ada ke atas adunan dalam tin pembakar atau loyang sebagai hiasan. Kalau anda google, ada macam-macam benda boleh anda taburkan atas adunan sebelum dibakar. Ada yang taruk smarties, coklat m&m, badam cincang, kelapa kering, chocolate chip warna putih, kepingan karamel yang dipotong dadu, marshmellow dan macam-macam lagi.
9. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atas kuning keemasan. Guna api atas bawah. Jangan terlebih bakar. Kalau oven kecil, guna 160C ya. Setelah masak, keluarkan dan rehatkan conga bar ini lebih kurang 15 minit. Potong ikut saiz yang anda suka.



Happy cooking... 

Chocolate Fondant @ lava cake yang sungguh yummy dan nak lagi


Assalammualaikum... Gara-gara demam Masterchef Professional Australia kat channel 709 tu dalam rumah saya, akhirnya saya dapat juga membuat kek chocolate fondant @ lava cake yang muncul dalam rancangan tu. Wahhh... sukanya....

Saya dan hubby dah a few weeks dok layan cerita Masterchef ni. Jam 7 malam aje, saya dah dok ubah channel tv. Tapi ulangannya jam 11 malam saya tengok dengan hubby. Kiranya 2 kali sehari saya tengok rancangan ni cuma tang maghrib tu, ada yang tak dapat tengoklah sebab solat dan mengaji.

Masa saya mula-mula makan lava kek ni, hubby beli di domino's. Saya dan hubby pun rasa macam sedap aje time tu cuma jarang beli sebab harganya boleh tahan juga. Dan, bila keluar aje dalam rancangan Masterchef ni, dan bilamana Chef Matthew sudu aje bahagian atas kek tu hingga ke tepi, terserlahlah kemelelehan coklat dari dalam ke luar. Ohhh... saya dan hubby punyalah macam teruja tengok chocolate fondant tu menjadi. Nampak memang macam sedap sangat. So, apalagi, saya pun carilah kat youtube.

Amik kau... banyak rupanya resipi chocolate fondant dalam youtube tu. Pilih sahaja mana yang senang faham atau pilih aje nak rasa macam Gordon Ramsay punya. Janji, apa yang kita buat tu mendatangkan hasil yang diingini.

Saya dan my sister with her friend, buat chocolate fondant @ lava cake ni last Saturday. Bersungguh-sungguhlah mencari bahannya petang tu. Sanggup meredah kesesakan MRR2 tu.

Bila buat, dan bila 1st tray keluar dari oven, three of us, excited. Bila dah sejuk sikit, kami keluarkan yang dari loyang dulu. Sedikit kecewa bila potong sebab dalamnya masak dan tidak mengalir lavanya. Adik saya siap menjerit, "Alah... aku nak lava tu...".

So, bila 2 tray pula keluar, yang kami letak dalam bekas porcelin, dah sejuk aje, saya potong dan apalagi... 'Wahhhh... jadikkkk....," saya menjerit. My sister pun suka. Dan abah saya yang masuk dapur masa tu untuk minum air pun terkejut dek kerana kami menjerit. And, his the first one who taste the chocolate fondant made by his daughters. Dia sukaaa... Kami pun suka...

Her are the chocolate fondant yang yummy tu...

Jom saya kongsikan resipinya. Hopefully anda juga berjaya membuatnya... :)

Bahan-bahan (untuk 4 hidangan):
1. 100gm coklat masakan (apa sahaja brand, tak kisah)
2. 100gm mentega buttercup atau yang sama waktu dengannya.
3. Serbuk koko dalam 1 tin kecil aje
4. 100gm gula kastor
5. 50gm tepung gandum / tepung biasa
6. 2 biji kuning telur (buang putihnya)
7. 2 biji telur
8. 25gm mentega cair (untuk sapu di loyang atau bekas porselin)
9. Gula icing (untuk hiasan)

Penyediaan:
1. Sapukan mentega cair di sekeliling lubang loyang atau bekas porselin. Boleh sapu dengan berus atau tisu.
Ini bekas yang saya gunakan
2. Kemudian taruk sesudu serbuk koko dalam bekas disapu mentega tadi dan ratakan sekelilingnya. Kiranya serbuk koko ini akan melekat di atas mentega tadi. Ia bagi memudahkan kita mengeluarkan kek dari bekasnya bila hendak makan. Lebihan koko yang ada dalam belas tadi, boleh dipindahkan ke bekas yang lain pula (tang pakai loyang tu, saya letak pinggan bawahnya. So, bila tumpah serbuk koko tu, letaklah di lubang selepasnya).
3. Letakkan di dalam peti ais seketika semasa hendak membuat adunan kek.
4. Masak coklat bar dan buttercup dengan menggunakan kaedah double boiling. Kacau sehingga ianya cair dan mesra. Selepas itu, tutup api dan biarkan ia sejuk sedikit dalam 10 minit.
5. Campurkan kuning telur 2 biji telur lagi dan gula kastor dalam 1 bekas. Pukul sehingga kembang dan gula hancur (saya guna hand mixer ya).
6. Kemudian masukkan tepung gandum pula dan pukul lagi.
7. Masukkan adunan coklat tadi ke dalam bekas berisi adunan tepung dan telur tadi. Kacau sehingga adunan mesra.
8. Kemudian, masukkan adunan coklat ini ke dalam bekas porselin atau loyang. Masukkan dalam 3/4 dari ketinggian bekas. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk dalam 15-20 minit.
9. Panaskan oven ke 190-200 darjah untuk oven besar dan 170-180 untuk oven kecil.
10. Selepas 20 minit, keluarkan adunan dalam peti ais tadi dan masukkan ke dalam oven. Bakar dalam 14-15 minit.
11. Setelah masak, keluarkan dan biarkan ia sejuk dalam 2-3 minit. Setelah sejuk sedikit, gunakan pisau untuk memotong tepi kek agar ia mudah dikeluarkan. Berhati-hati ya.
12. Selepas itu, amik sebiji piring dan letakkan di atas kek dan kemudian terbalikkan piring tersebut. Wallah... Kek pun akan jatuh dengan sendirinya.
13. Untuk hiasan yang simple (seperti yang adik saya buat di gambar bawah), ayakkan gula icing ke atasnya sedikit. Yes! Sudah siap chocolate fondant @ lava cake untuk dimakan...
Happy cooking...

Kek Coklat "mimpi2" dan Puding Pandan @ Berlumut

Alhamdulillah... akhirnya dapat gak saya buat kek coklat yg diidam-idamkan...

Lepas aje amik stok buku2 kat Jemari Seni dan beli air ubat mak, saya ke kedai kek Yummy's. Beli le barang2 nak buat ke apa yang patut. Lepas tu, sebelum ke Bangi lagi, tiba2 pulak terbayang kat kepala, puding lumut yang kakak ipar saya pernah buat dulu. Sedapnya...

Apalagi, lepas google barang2 & cara nak buat dia, saya carik sekalilah bahan2 dia kat kedai barang kek ni. Dan oleh kerana sekarang ni orang dok sibuk buat sample kuih raya, makanya, telur kat 2 kedai kek di Bangi takde. Sudahnya beli kat Nilai gak...

Pukul 2.45 aje, lepas makan tengah hari (tengah hari ke time tu, hehehe...), maka, mulalah operasi membuat kek coklat 'mimpi2', dan puding pandan. Atas pertolongan anak sedara sorang ni (tolong ratakan topping kek dan tabur chocolate rice), maka, siaplah kek coklat 'mimpi2' saya... :)

Puding pandan @ lumut ni, oleh kerana first time buat, makanya risau2 skit gitu. hehehe...
Masa lepas setengah jam taruk dalam bekas tupperware, saya tekan le skit. "Aik? Lembik lagi? Ish, tak jadi ke?" Hati dah rasa tak enak. "Takpe, kita letak dlm peti ais. Mana tau keras jap lagi." Ayat2 menyedapkan hati.

Dan Alhamdulillah, puding @ agar2 ni keras gak akhirnya. Tersenyum senang saya masa memotongnya. Tapi bila rasa, mcm ada kekurangan. Kurang manis. Hmmm... nampaknya lain kali kena lebihkan sikit gula, baru 'kaw'. Apa2 pun tetap sedap, lagi2 dimakan time sejuk. Marvelousss...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...