Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Daging masak malberi, resipi lajen mama buat anak-anak


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Masak malberi, ia adalah salah satu resipi masakan lajen mama saya. Resipi ni dia belajar masa muda. Masa dia mula masuk kelas masakan dan cuba masak yang sedap-sedap untuk keluarga. Bila abah dan kami semua sejenis suka makan pedas, jadinya, dia tambah lebih sikit kuantiti lada hitam banding dalam kelas. Maka, rasanya lebih meletup bila makan. Dan menu malberi ni bila saya buat ayam masak malberi dan masak di rumah family mertua, semua sukakannya. Mereka akan lebih excited bila dapat pes malberi yang saya masak lebih dan goreng ayam sendiri di rumah. Puas makan berketul-ketul.

Dan ini, saya kongsikan resipi masak malberi versi daging. Anda boleh aje ganti dengan ayam mahupun ikan. Bahannya mudah dapat cuma masa untuk memasaknya sedikit lama. Tapi sangat berbaloi bila makan. 

Bahan:
1kg daging dihiris kasar
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kenyit
4 biji bawang besar (goreng & kisar)
5 ulas bawang putih (goreng & kisar)
2 inci halia (goreng & kisar)
1 genggam cili kering dibasuh bersih (goreng dan kisar)
2 sudu besar lada hitam (goreng & kisar)
1 sudu besar biji ketumbar (goreng & kisar)
1 sudu besar jintan putih (goreng & kisar)
2 bawang besar dihiris
2 cawan minyak masak
1/4 cawan kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1/4 cawan air asam jawa
1 liter air
2-3 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam

basuh bersih guna penapis 3 jenis herba ni untuk masak malberi. Rumah bau harum kerana mereka bila masak.

bawang besar, bawang putih dan halia antara bahan utama untuk kuah malberi.

Penyediaan:
1. Perap daging yang dihiris kasar dengan garam dan kunyit. Perap dalam 15 minit. Sambil menunggu daging diperap, boleh goreng bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, lada hitam, biji ketumbar dan jintan manis. Goreng ala kadar. Bila nampak bawang seperti dah warna garing kuning, angkat dan letak dalam pinggan besar. Selalunya saya akan goreng bawang dan halia sekali dan kemudian angkat. Selepas itu, saya akan goreng cili kering sahaja dan bila garing, angkat dan letak dalam pinggan berisi bawang tadi. Last sekali, saya goreng rempah. Yang ni sekejap aje. Kalau lama, tahu rempah jadi pahit dan rasa jadi tak berapa sedap. Dah masak, angkat dan letak dalam pinggan besar.

bawang kering yang dah dibasuh dan hendak digoreng. Konsep masak malberi ni adalah dengan menggoreng bahan rempah sebelum dimasak betul.

2. Selepas selesai menggoreng bahan ni, goreng pula daging yang diperap tadi. Goreng untuk mengeluarkan darah pada daging. Bila dah nampak daging tak berapa merah lagi dan nampak ada bahagian yang garing, angkat daging dan letak dalam pinggan lain. Tutup api dapur.

Contoh daging yang digoreng. Tak perlu sampai garing. Cukup sekadar hilang warna merah darah tu.

3. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili kering, lada hitam, biji ketumbar dan jintan manis tadi ke dalam blander. Masukkan juga 2 cawan air. Kisar semua bahan goreng ini hingga halus. 

4. Panaskan kembali minyak goreng tadi. Setelah minyak panas, masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga naik bau dan sedikit garing. 


5. Setelah itu, masukkan bahan yang dikisar tadi. Kacau sebentar dan masukkan 1/2 liter air. Kacau dan biarkan ia masak hingga mendidih. 

Bawang dan bahan kisar dimasak sebentar.

6. Setelah mendidih dan memercik kuahnya, masukkan daging yang digoreng tadi. Kacau sebentar dan masukkan 1 liter air. Masukkan juga kicap pekat dan kicap manis. Kacau dan masak hingga daging empuk (boleh aje tambah air lagi jika daging lambat empuk). 

Masak malberi ini memang mengambil masa sedikit. Kita hendak pastikan rempah dan daging naik minyaknya. 

7. Bila daging dah hampir empuk, masukkan air asam dan kacau. Masak hingga kuah separuh mengering. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan ianya sedikit memekat. Setelah puas hati dengan kepekatan yang diinginkan dan rasa pun ok, bolehlah tutup api. Angkat dan hidangkan daging masak malberi kita. 

Masa ni dah boleh letak air asam, gula dan garam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...