Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
Memaparkan catatan dengan label Pizza. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pizza. Papar semua catatan

Pizza Telur @ Pide Telur Separuh Masak yang enak dicicah-cicah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Pidë telur separuh masak, lebih kurang macam kita makan roti dengan half boiled eggs cuma versi turki. 

Menu roti pide telur ni lebih kurang macam half boiled eggs cuma versi di'pizza'kan. Boleh koyak hat hujung roti & cicah dengan telur kuning kat tengah tu. Jangan lupa letak lada sulah & lada hitam skit 😋
Resipinya sama macam pidë lain cuma intinya lebih kepada keju, telur, cili benggala didadu, sosej & daun selasih.

Penyediaan:
1. Selepas uli doh melebar panjang, sediakan dulang lebar. Guna belakang dulang sebab doh dia lebar memanjang. Panaskan oven pada suhu 240°, api atas bawah.
2. Letakkan doh di atas papan leper atau boleh juga letak terus di belakang tray. Sudukan inti keju dan taburkan di tengahnya. Kemudian, lipat / kelepet tepi doh pizza kelilingnya. Buangkan baki tepung keliling doh.


3. Bakar pidë selama 5 minit. Kemudian keluarkan. Pecahkan telur di tengahnya & tabur bahan lain yang anda suka. Bakar kembali pidë selama 2 minit. Siap untuk dihidang.

Apabila nampak keju mencair, keluarkan segera tapi hati-hati. Masa ini, pide dan tray sangat panas.
 
Letakkan sebiji telur ke atas pide & taburkan apa-apa bahan yang anda suka atasnya.

Pizza Turki @ Pide Turki yang sedap & mengenyangkan


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera gais...

Pidë Turki @ Pizza Turki 🇹🇷

4 hari lepas, ternampak IG @akudanistanbul . Entah macam mana, tetiba nampak YouTube channel @refikabirgul tentang masakan Turki. Apalagi, layan kejap. Dan tetiba tertonton dia buat pidë. So, gigihlah belajar buat pizza turki ni.

Ni resipinya jika nak buat. Lebih kurang pizza biasa makan cuma tak letak sos tomato & bentuknya seperti sampan.

Bahan doh:
1/2kg tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
300ml air suam

Bahan topping:
300gm keju mozzarella
100gm keju Cheddar
200gm daging cincang
7-9 biji tomato kecil belab dua
1 biji tomato besar dibuang kulit & didadu
Beberapa helai daun selasih (basil)
2 batang hotdog dihiris
1/2 biji cili benggala didadu
Lada hitam
Cili kisar
Sedikit garam jika nak ada rasa pada inti daging


Penyediaan:
1. Semua bahan doh dicampurkan & diuli seperti membuat doh pizza. Setengah kilo tepung akan dapat dalam 7 keping pide. Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Pizza sedap guna roti biasa aje dah rasa macam kat kedai


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2017 semua. Hari ni nak kongsi resipi pizza mudah, sedap dan kenyang. Guna roti putih Gardenia atau apa sahaja brand yang anda ada).

Exactly, this in not my totally recipe. Its belong to my beloved encik hubby. Saya cuma tolong sikit-sikit aje untuk sosnya. Yang lain, dia buat sendiri (nasib encik hubby ter'rajin' so isteri dan mak ayahnya kenyang masa berbuka Ramadhan lepas).

Ini saya kongsikan resipi pizzanya. Saya amat sarankan anda guna apa sahaja yang ada di dapur jika bahan yang saya kongsi tiada seperti dalam resipi saya. InsyaAllah, anda akan rasa puashati dan belajar ilmu baru jika dapat guna bahan gantian bahan yang tiada.

Ini bahannya:
Sos:
1. 2 sudu besar minyak masak
2. 1 labu bawang besar, dicincang
3. 1 tin kecil tomato puri / sos tomato jika tiada
4. 3 sudu besar sos cili
5. 1 kiub ayam (takde pun takpe)
6. 1/2 cawan air
7. Garam & gula secukup rasa (kalau puasa, agak2 aje)

Penyediaan sos:
1. Panaskan minyak pada api sederhana. Masukkan bawang besar dan goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos tomato puri, sos cili, air dan kiub ayam. Gaul seketika
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa bila sos mendidih. Siap.


Bahan Pizza:
1. Roti putih (any brand). Potong kulit tepinya
2. Hotdog, dihiris
3. Chicken slice / isi daging bahagian dada ayam / cendawan butang (apa sahaja yg ada kat dlm fridge anda nak add-on atas roti)
4. Parutan keju mozarella
5. Daun selasih (basil) (tak letak pun takpe)
6. Bakar pada suhu 200° dlm 15-20 minit

Penyediaan:
1. Sediakan tray yang boleh memuatkan 4-6 keping roti putih. Susun roti rapat-rapat di dalam tray (seperti dalam gambar). Sapukan sos tadi di atas roti tapi jangan terlalu banyak kerana takut ia akan menjadi terlalu hitam bila dibakar.
2. Taburkan hotdog, chicken slice atau apa sahaja yang berkenan/teringin/ada dalam fridge.
3. Taburkan perutan keju dan letakkan beberapa helai daun selasih as a garnish. Bakar pada suhu 200 Celcius dalam 15-20 minit (sehingga keju atasnya cair dan perang). Siap pizza kita guna roti biasa.

Happy cooking

Mudahnya buat Pizza sendiri


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua. Pizza. Siapa yang tak kenal dan tk suka kan... majoriti kita akan makan kecuali orang yang memang kurang gemar atau orang tua tak berapa sangat dengan pizza ni.

Dah lama sebenarnya saya buat pizza ni cuma bila nak update dalam blog, asyik lupa aje. Dan dek kerana nak letak resipi dan gambar dalam buku resipi yang saya beli, so, gigih balik cari gambar yang diupload di FB. Nasib jumpa balik :)

Saya guna resipi Chef Gennaro. Confirmlah dari youtube kan...
Saya bukannya pernah buat pizza sebelum ni. Selalunya kalau waktu saya bujang sampailah dah kahwin, yang akan dapat tender buat pizza ni adalah my sis & juga mama. Saya memang tak gemar bab uli-menguli dulu. Rasa macam renyah sangat. Selalunya saya ambil tender sapukan sos atas based pizza dan kemudiannya tabur segala macam ingredients dan cheese atasnya.

Dan sekarang ini, dek kerana encik suami saya gemar buat roti dan kami masa buat tu dapat guna tepung 'OO' yang dibeli oleh rakan dari Australia, so, excited terlebihlah (udah le susah dapat mahal pulak weh tepung tu kat Malaysia... cukai le katakan...)

Bab pepperoni tu pula, jika anda nak dapatkan pepperoni, salami halal, rib eye, daging kambing dan lain-lain dengan harga murah (mcm dlm pek atas pizza tu. Isinya banyak ya...), boleh dapatkannya di House Of Meat di Saujana Impian, Kajang. Dibuka jam 9 pagi - 8 malam. Keju yang murah dan sedap dan fresh (mozarella dia mmg fresh yang seketul macam tauhu tu), boleh beli di kedai arab Berkat Madinah di Ampang. Exactly, ada a few kedai makanan & barangan arab di Ampang tapi kami dah biasa beli di Berkat Madinah. Dan di Shah Alam khabarnya ada satu dua kedai lagi yang menjual barang timur tengah. Harga cheese parmesan, mozarella, feta semuanya lebih kurang separuh harga lebih murah banding di pasaraya.

Ok ok. Jom kita cerita cara buat pizza pula. Lepas ni, 2-3 hari jugalah anda bedal pizza anda tu sebab dapat buat sendiri, murah dan suka-suki nak taruk topping apa yang happening. Pizza anda, sukalah anda nak taruk apa pun... :)

Bahan-bahan.
500gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
7gm yis
325ml air 
1 mangkuk kecil tomato pes (yang ni anda beli aje dalam tin cuma nak letak bawang putih yang dihiris halus. Dan taruk 2 sudu besar sos cili. Nak rasa pedas skit)
Sedikit minyak zaitun
Garam
Keju Parmesan (tak kisah le yang seketul atau dah siap parut)
Keju Mozarella (sama juga. Rembat aje mana yang ada kat kedai tu)
Daum selasih (yang ni  kalau takde pun takpe. Letak aje sayur hijau apa anda nak letak)
Untuk Topping: Boleh letak pepperoni, potongan buah zaitun, hotdog, hirisan nipis ayam, buah tomato, nanas, sambal ikan bilis atau apa ajelah yang anda nak cuba.

Penyediaan:
1. Sediakan 1 mangkuk sederhana besar. Masukkan tepung dan garam. Gaul mesra.
2. Masukkan yis ke dalam bekas berisi air dan kacau perlahan. Biarkan seketika dalam 3-4 minit.
3. Setelah yis kembang, masukkan campuran yis dan air tadi ke dalam bekas berisi tepung dan garam. Gaul sehingga mula menjadi adunan berketul. Mula pindahkan adunan tepung tadi ke atas meja besar yang dah dilap bersih (kalau takde meja atau tempat besar untuk menguli, pakai aje papan pemotong sayur anda yang lebar tu. Tak pun meja makan... :) )
4. Ketika anda menguli, anda akan perasan yang adunan sedikit melekit. So, tambahkan aje sedikit tepung gandum. Uli sehingga adunan menjadi sedikit kental dan tidak melekat di tangan.
5. Bulatkan adunan tadi dan sadurkan dengan sedikit tepung. Kemudian, potong 4 adunan tersebut dan anda dah dapat 4 bahagian doh pizza. Selepas itu, anda bulat-bulatkan doh tersebut dan letakkan di atas pinggan besar atau papan yang ditaburkan dengan sedikit tepung atau minyak zaitun (untuk pastikan doh tidak melekat dengan pinggan). Jarakkan sedikit 1 doh dengan doh yang lain juga ya sebab doh akan mengambang.
6. Tutup adunan doh tadi dengan kain lembab dan letakkan di tempat jauh dari cahaya. Biarkan doh berehat dalam 1-2 jam (proses doh mengembang, hehehe...)
7. Panaskan oven pada suhu 110C.
8. Setelah doh mengembang dengan jayanya, taburkan tepung di atas meja besar atau papan pemotong yang bersih dan kemudian ambil 1 doh dan letakkannya di atas taburan tepung tadi. Tumbuk-tumbuk sedikit depan dan belakang adunan doh tersebut untuk mengeluarkan udara yang ada dalamnya. Selepas itu, anda mula kembangkan adunan tersebut menggunakan tangan. Seperti gambar di bawah.


9. Kalau anda ada loyang besar yang buat kuih raya tu, atau apa aje dulang yang boleh masuk oven, gunakan aje. Anda taburkan sedikit tepung atau minyak zaitun di dasar loyang/dulang kemudian kembangkannya setakat yang anda mampu.

Saya guna aje bekas kaca saya ini untuk buat masak pizza. Guna aje apa yang ada. 

10. Bila anda dah kembangkan doh tersebut, tekan sedikit keliling bahagian tepi adunan doh pizza. Ia sebagai tanda untuk kita tidak meletakkan sos tomato melebihi hadnya. Macam gambar kat bawah ya.


11. Letakkan sos tomato ke atas doh pizza. Ratakan ia tapi jangan banyak sangat nanti warna merah itu akan mengganggu kecantikan pizza (ia kot... makcik ikut aje kata chef). Titikkan sedikit minyak zaitun dan taburkan sedikit garam ke atas pizza untuk memberi rasa kepadanya.
12. Taburkan parutan keju parmesan di pizza. Kemudian taburkan pula keju mozarella. Kalau guna mozarella yang seketul fresh tu, carik-carikkan ia dan letak merata-rata tempat atas pizza.
13. Taburkan daun salasih atau apa sahaja topping yang anda nak letak. Titikkan sedikit minyak zaitun lagi di atasnya dan masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang dalam 20-25 minit atau sehingga anda lihat pizza tu dah masak dan kejunya masak dengan cantiknya. Keluarkan dan tadaa... Siap... Boleh makan begitu sahaja atau apa sahaja cara yang ada suka...

Pizza tomato dan nanas. 

Nampak macam banyak step tapi sebenar mudah dan anda akan rasan teruja untuk menyiapkan pizza untuk diri sendiri dan orang tersayang.

Happy cooking.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...