Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Apam tepung gandum @ apam kampung yang sekali makan, confirm nak seketul lagi.


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Apam tepung gandum atau turut dikenali sebagai apam kampung, sangat dekat dengan hati budak-budak dan orang tua. Kenapa? Salah satunya adalah sebab kuih ni lembut dan budak-budak atau orang tua yang ada masalah gigi mudah  aje untuk menguyah. 

Kuih oldies  ini enak aje dimakan waktu minum petang atau sarapan. Nak buat manisan untuk open house atau tetamu datang pun sesuai sangat. Kuih yang lembut, aroma yang klasik & rasa yang enak, memang membangkit selera dan juga nostalgia (mertua saya kata dia teringat kat kakak-kakak bila tengok kuih ni. Dia kena pergi kedai beli kelapa parut semata nak salut kuih ni dengan kelapa). Ini resipinya untuk anda cuba.

Bahan:
Bahan A:

1 cawan gula Melaka (dipecah kecilkan agar mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 simpul daun pandan

Bahan B:
11gm yis
1/2 cawan air suam

Bahan C:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam

Bahan D:
1 cawan kelapa putih parut
1/4 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan A dalam kuali kecil & masak atas api sehingga gula melarut. Tutup api & sejukkan seketika. Buang daun pandan.
2. Masukkan yis dalam cawan berisi air & kacau. Biarkan yis mengembara dalam cawan selama 10 minit.

Masak lomak cili api daging salai yang mampu tambah nasi dua pinggan 😋🥵


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Masak lomak cili api daging salai ni memang feveret saya dan suami. Teringin nak masak dari dulu tapi susah betul nak dapat daging salai di Nilai ni. Dan rezeki saya tahun ni, dapat beli daging salai ori di area Kuala Pilah. Memang terangkat rasa & bau salai dia bila masak lomak. Ada pula sambal belacan dan ulam-ulaman, lagilah gempak rasanya. bertambah nasi sepinggan lagi. 

Ini resipinya masak lomak cili api daging salai tu. Ekau bulehlah cubo. Mana tau, kot suami dan keluarga berkenan dengan rasanya.

Bahan:
600 gram daging salai
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
10-12 biji belimbing buluh

Bahan kisar halus
1/2 cawan cili padi kampung
2 batang cili merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

Penyediaan:
1. Cuci daging salai yang siap dihiris, toskan & masukkan ke dalam periuk. Masukkan asam gelugor, serai & bahan kisar halus. Gaul rata & masak hingga mendidih.
2. Tuang santan cair, kacau & masak dengan api sederhana hingga daging lembut (lebih kurang 25-30 minit). Tambah pati santan & daun kunyit. Kacau perlahan & kerap sehingga mendidih. Masukkan belimbing buluh. Masak hingga belimbing lembut. Perasakan dengan garam secukupnya & secubit gula. Rasa & jika rasa sedap, dah boleh tutup api. Kacau & siap untuk dihidang masak lomak cili api daging salai ini dengan nasi putih, sambal belacan & telur masin 😋

Masak lemak cili padi itik salai yang lembut & hingga menjilat jari 😋


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua. Dah bertahun teringin nak try makan menu itik. Kat Nilai takde orang jual itik salai ni. Dan rezeki sangat semalam bila berjalan ke Kuala Pilah. Berderet gerai tepi jalan orang jual daging & ikan salai. Excited sangat. Apalagi, belilah sekor untuk cuba.

Alhamdulillah sedap. Bagi dapatkan daging itik salai yang lembut, haruslah dimasak hampir sejam di atas dapur. Jika tak, alamatnya liatlah. Ini resipinya masak lemak cili padi itik salai.

Bahan:
1 ekor itik salai yang dipotong sederhana
2 biji kentang potong empat
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400ml pati santan (2 kotak)
1 biji tomato potong empat
Garam & gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1/2 cawan cili padi kampung
2 batang cili merah
2 inci kunyit hidup
1 inci halia

Penyediaan:
1. Cuci daging salai, toskan & masukkan ke dalam kuali besar. Masukkan asam gelugor, serai & bahan2 kisar halus. Gaul rata. Masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau & masak dengan api sederhana hingga daging lembut. Kacau sekali sekala. Jika daging tidak berapa lembut lagi, tambah 2 cawan air lagi. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan kentang, kacau rata & masak hingga kentang sedikit lembut. Tambah pati santan & daun kunyit. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa & sedikit gula. Masak sebentar & masukkan tomato. Kacau & tutup api. Siap untuk dihidang dengan nasi putih & lauk pauk lain serta kuah masak lemak cili padi itik salai. 

Sup sayur yang enak makan dengan nasi mahupun bihun atau pasta


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sup sayur campur, menu mudah nak makan dengan nasi putih mahupun bihun atau makanroni. Anda boleh letak apa sahaja. Boleh letak tauhu lembut yang digoreng dahulu, fishball, lobak merah, brokoli, baby corn, bak choy, udang mahupun ayam. Untuk minyak, anda boleh guna minyak sayuran ataupun minyak zaitun.


Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...