Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Hanya kos RM2.50, dapat menu taugeh kucai goreng yang semua orang suka


 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Menu taugeh kucai goreng, menu mudah yang kosnya hanya dalam RM2.50 aje. Murahkan. InsyaAllah sedap berkhasiat.

Bahan:
1 genggam taugeh
1/2 genggam kucai dipotong kasar
1 ketul tauhu digoreng dan hiris kasar
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Penyediaaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga sedikit garing. Masukkan cili merah dan kacau rata guna api sederhana.
2. Masukkan taugeh dan kucai, gaul mesra. Masukkan pula tauhu dan perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan siap untuk dihidang. Enak dimakan taugeh kucai goreng ini dengan apa sahaja lauk berat yang lain.



Biskut Chocolate Chips yang sedap, rangup dan tahan lama


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Biskut chocolate chips rangup ni, biskut raya kegemaran keluarga saya. Cuma lambat skit share sebab busy buat kerja lain dulu. Biskut ni resipi mama saya. Kami ambil dari buku resipi dia masa muda. Kiranya ini resipi turun-temurun dari keluarga kami. Anda boleh cuba. InsyaAllah sedap, rangup dan bertambah makannya. Jangan katakan orang tua, budak-budak mahupun pasti makan lebih dari sekeping. 

Bahan:
1 cawan mentega (100gm)
1 cawan gula ising (100gm)
2 biji telur saiz B
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 cawan crunchy peanut butter
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan tepung gandum diayak
2 sudu kecil serbuk koko
2 cawan cip coklat
1 pek coklat nips/m&m
2 sudu kecil emplex (untuk menggaringkan biskut)


Penyediaan:
1. Pukul mentega dengan peanut butter hingga sebati. Masukkan gula ising & gula perang & pukul lagi. 
2. Masukkan telur & gaul rata. Guna spatula je. Masukkan tepung gandum, soda bicarbonate, serbuk koko & emplex. Gaul hingga mesra. 
3. Masukkan cip coklat & kacau perlahan-lahan.
4. Panaskan oven pada suhu 180° api atas bawah. 
5. Sapukan sedikit dasar loyang dengan mentega. Kemudian, sudukan adunan dengan sudu kecil & letakkan dia atas loyang. Bakar selama 20 minit. Jika untuk kanak-kanak, boleh letak nips/m&m di atas adunan kecil sebelum dimasukkan dalam oven. Biskut chocolate chips rangup ini insyaAllah bertahan dalam balang tak sampai sebulan sebab sedap sangat.



Resipi lajen daging dengan kacang panjang yang menggamit rasa


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menu lajen daging dengan kacang panjang ni saya dapat dari TikTok Angah Raja Lawak. Bila tengok dia masak, terus teringat yang dahulu saya pernah makan daging ,asak macam gini. Cuma tak ingat bila dan di mana. Alhamdulillah, dapat cuba resipi yang lagen ni dan rasanya tak mengecewakan. 

Bahan-bahan:
 200gm daging dihiris 
7 batang kacang panjang dikerat kasar
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih didadu
1 batang cili merah dihiris
2 sudu besar sos tiram
1/3 cawan air kosong
1/4 cawan air tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, goreng kacang panjang dahulu lebih kurang seminit. Angkat & toskan.
2. Goreng hirisan daging pula. Goreng sehingga air yang keluar dari daging berkurangan & warna daging seperti dah masak. Lebih kurang dalam 5-7 minit gitu. Angkat & toskan. 
3. Kurangkan minyak dalam kuali sehingga tinggal dalam 2 sudu besar. Goreng bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah. Kacau sebentar.
4. Masukkan pula daging ke dalam kuali & gaul mesra. Masukkan air kosong & kacau hingga mesra. Masukkan pula sos tiram. Kacau.
5. Masukkan kacang panjang & garam. Gaul sebentar & masukkan air tepung jagung. Kacau-kacau dan siap. Sedia untuk dihidang lauk daging dengan kacang panjang kita. 

Terung salut tepung yang confirm sedap terangkat


 Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Terung salut tepung, resipi mudah bila ada ekstra terung dibeli dari Cameron Highlands. Guna aje tepung bestari, siaplah menunya.

Bahan-bahan:
1 biji terung saiz besar
2 biji telur
2 cawan tepung bestari
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Hiris terung & letakkan dalam mangkuk berair (supaya terung tak lebam).
2. Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan. Kemudian 1 mangkuk lagi berisi tepung bestari pedas.
3. Setelah minyak panas, sadurkan terung dengan tepung dahulu kemudian telur dan sadur kembali tepung. Perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Masak hingga kedua-dua bahagian kekuningan. Angkat & toskan. Goreng sehingga terung dihiris habis. Hidangkan untuk minum petang atau boleh juga makan dengan nasi. 

Babka, roti manis sedap yang dimakan begitu sahaja dah sedap


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Roti babka ni saya start beli tahun lepas kalau tak silap. Di Ampang Point. Bila makan satu, tetiba rasa macam cinnamon rolls. Tapi bila tengok pintal-pintal dia, dah sah kena belajar buat. Alhamdulillah menjadi dan encik suami yang tolong pintalkan (sebab bini dia dok amik video).

Saya try buat 2 jenis babka. Coklat dan kayu manis. Ramai orang tua suka kayu manis lagi.


Bahan-bahan:
550g tepung gandum
2 ½ sudu kecil yis
2 biji telur
160g susu biasa, suhu bilik
55g gula kastor
1 sudu kecil vanila ekstrak
2 sudu kecil garam
140g mentega unsalted + untuk salutan loyang
Untuk inti, boleh pilih nak guna gula + kayu manis atau coklat.


Penyediaan:
1. Campurkan tepung dan yis dalam satu mangkuk. Kacau.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, gula, vanila ekstrak & garam. Kacau hingga mesra &

Kuih bom yang kalau hadap, boleh terbayang kita bom 'negara yang lakukan genocide' tu


 Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kuih bom ni saya buat masa 2 minggu perang di Gaza berlaku. Everyday, we heard bombing, killing, arresting, genocide of Palestinian people. Jadinya, akibat bengang dengan al-mangkuk al-ayun isnotreal, I imagine that I have bomb and i can throw it to askar-askar dia yang bacul. Face to face lah tentera dengan tentera. Baru tahu siapa kuat (nampak tak akak rasa ter'emo' di sini).

Ramai yang syahid. Saya sangat sedih. Setiap malam saya doa agar diberhentikan ini semua. Disegerakan bantuan dari Allah dan manusia. Dan sehingga sekarang, ia masih menyakitkan peperangan yang berlanjutan ini. 

Ini bahan-bahan buat kuih bom tu. Mungkin anda pun boleh cuba sambil imagine.

Bahan-bahan:
700gm apa sahaja pisang pilihan anda
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Masukkan pisang, gula, garam, soda bikarbonat, baking powder dan tepung gandum dalam satu mangkuk dan lenyek hingga hancur. Perap 30 minit.
2. Panaskan minyak dengan api sederhana. Boleh guna sudu besar atau tangan untuk menceduk adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas. Masukkan dalam 5-7 biji adunan sekali goreng.
3. Goreng hingga warna kelihatan garing kehitaman pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Dah boleh makan atau dibomkan selepas tu. 

Gulai udang masak lemak dengan kacang panjang yang mudah


 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Gulai udang msak lemak dengan kacang panjang yang mudah dan cepat siap. Tengok fridge, sayur apa yang ada stok. Sekali check, ada kacang panjang baki masak mi kari haritu. Tengok udang pun ada. Jadinya kita buat menu simple aje. Ada protein, ada sayur. 
Ini resipinya.

Bahan-bahan:
400g udang yang dibuang hujungnya
8 tangkai kacang panjang dipotong
1 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
200ml santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
15 tangkai cili padi hijau

Penyediaan:
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai yang diketuk, asam gelugor dan santan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...