Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Pajeri Nanas yang enak
Assalammmualaikum & Salam Sejahtera.
Ingatkan nak buat lauk pajeri ni masa raya lepas tapi dek kerana banyak menu dah, makanya kita masak harini. Tq @matgebu untuk resipi. Itupun menderhaka skit ikut bahan yang ada di dapur ☺️☺️
Ini resipinya, boleh le try. Tapi kalau nak lagi kaw, boleh Google kat web Tiffinbiru.
Bahan:
1 biji nanas saiz sederhana
1/2 camca teh serbuk kunyit
5 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
2 sudu besar penuh rempah kari daging
1 keping camca asam gelugor
2 sudu besar penuh kerisik
2 sudu besar cili kisar
1 cawan air
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan tumis:
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
Penyediaan:
1. Kupas nanas, belah empat dan buang empulurnya. Hiris sederhana tebal, kemudian masukkan ke dalam periuk & tuang air hingga nanas tenggelam. Masukkan serbuk kunyit, kacau rata & rebus selama 6 -7 minit. Toskan. Sementara itu bancuh bahan2 kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes, ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2/3 cawan). Masukkan bahan2 tumis & tumis hingga harum, tambah cili kisar &masak hingga cili garing, masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
3.Tuang 1 cawan air, masukkan asam gelugor. Biarkan mendidih, tambah santan, kerisik, garam & gula secukup rasa (saya tadi masukkan dalam 3-4 sudu besar gula & garam dalam 2 sudu kecil. Kacau dan masak hingga pekat sedikit.
4. Masukkan nanas, kacau rata & perlahankan api. Masak sekejap &masukkan belahan cili merah. Gaul rata & masak hingga pekat. Rasa & jika perlu tambah garam atau gula agar seimbang rasanya. Biarkan masak sekejap lagi & matikan api. Siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan