Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sabtu, 31 Ogos 2019

Bomboloni, Resipi Donat Itali yang Lembut


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bomboloni.
Italian doughnut.

Asyik nampak donat ni ulang alik kat IG & FB, meh sini kita try. Nasib ada geng nak masak donat ni, makanya dapat le ramai orang makan (kena buat donat gulung biasa gak sebab ayah mertua jenis makan kuih oldies). Bahan lebih kurang sama dengan donat biasa cuma kita letak susu untuk lebih gebu, vanila serta inti coklat / jem.

Bahan:
4 cawan tepung roti
1/2 cawan gula kastor
2 cawan susu suam
11gm yis
1/2 cawan mentega suhu bilik
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil ekstrak vanila / 1 pek kecil serbuk vanila
Gula untuk salutan
Inti coklat, jem, Nutella
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Taburkan yis & sesudu kecil gula ke dalam susu suam. Kacau & biarkan sehingga ia kembang (dlm 4-5 minit).
2. Dalam satu mangkuk besar, satukan tepung, gula, garam & vanila. Gaul mesra. Kemudian, masukkan adunan yis tadi serta telur & mentega dalam mangkuk tepung. Uli sehingga menjadi doh.
3. Letakkan doh atas papan/meja yang ditaburkan tepung. Uli sebentar & kemudian leperkan doh guna pencanai. Pastikan tebal doh lebih kurang 1/2 inci. Selepas itu, potong doh guna penekap bulat atau biscuit cutter bulat. Taburkan sedikit tepung atas papan letak doh agar ia tidak melekat. Letakkan doh & tutup dengan tuala lembab. Biarkan doh naik dalam masa 1 jam.


4. Panaskan kuali atau deep fryer. Masukkan minyak & guna api sederhana. Setelah minyak panas, goreng doh sehingga kekuningan kedua-dua belah. Tapis & kemudian sadurkan dengan gula. Cucuk sedikit dengan pisau tepi donat & kemudian paipkan inti coklat atau Nutella atau jem. Siap.


Boleh juga nak buat donat biasa. Sama aje dohnya cuma anda kena buat bulatan di tengah. Ayah mertua jenis makan kuih tradisional, makanya kalau pelik skit, jarang dia nak usik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...