Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 22 Ogos 2019

Ayam Masak Merah yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pergh!! Sedap sangat.
Sesekali bila kisar bawang, halia & lengkuas, rasanya memang lain.
Cuba anda try. InsyaAllah mesti nak buat lagi. Enak sangat makan dengan nasi tomato atau nasi putih.

Bahan:
Bahan ayam goreng.

1 ekor ayam dicuci bersih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 camca teh garam

Bahan sambal.
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 camca besar sos cili
2 sudu besar puri tomato
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam & gula secukup rasa
1 - 2 cawan air

Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas

Penyediaan:
1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu garing. Angkat & toskan. Ketepi sebentar.
2. Keluarkan minyak & tinggalkan dalam 1/2 cawan. Tumis serai, kayu manis & bunga lawang hingga wangi. Kemudian, masukkan bahan kisar & masak hingga pecah minyak.
3. Tambah cili kisar & sos cili. Kacau rata & masukkan pula puri tomato. Kacau sesekali & masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, gaul rata. Tambahkan bawang. Perasakan dengan gula & garam. Jika nak lembab skit, tambahkan air. Jika tak mahu, gaul seketika & siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...