Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Jumaat, 30 Ogos 2019
Tomyam Ayam & Cendawan makan dengan Kueh Tiaw
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dek kerana ramai ahli keluarga yang tak berapa sihat sekarang & saya juga mengejar masa bekerja, makanya, ini resipi mudah untuk makan dengan kueh tiaw mahupun nasi.
Bahan:
4 keping bahagian isi ayam dipotong kecil
1 batang lobak merah dihiris serong
1/2 bunga kobis, dihiris besar
10-13 kuntum cendawan tiram
6 helai daun limau purut
3 batang serai, diketuk
8 biji cili padi
2 biji bawang besar, belah 4
1 inci lengkuas dihiris nipis
2 biji limau nipis, perah jusnya
1 pek kecil pes tomyam pilihan
1 kiub tomyam
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 biji tomato (pilih masak ranum)
Penyediaan:
1. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar halus & serai hingga wangi. Masukkan air lebih kurang 1 liter. Kacau sebentar & biarkan mendidih. Masukkan pes tomyam, kiub tomyam & lengkuas. Masak sebentar & masukkan lobak merah serta ayam. Masak hingga lobak sedikit empuk (masak dalam 4-5 minit).
2. Masukkan daun limau purut, cili padi, bunga kobis, cendawan, & bawang besar. Kacau & masak hingga sayur lembut. Masuk sedikit gula & kacau rata.
3. Tuang jus limau nipis, kacau & akhir sekali masukkan gula & garam secukup rasa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan