Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Jumaat, 9 Ogos 2019
Maggi Goreng Ayam Pedas dengan Telur Mata Kerbau
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Maggi Goreng Ayam Pedas dengan Telur Mata Kerbau. Menu simple time lapar-lapar. Tak caya, try buat. Resipi ni saya letak bahan macam nak buat nasi goreng. Dan rasanya, sedap.
Bahan:
2 paket maggi ayam direbus
2 perencah maggi ayam
1/2 bawang besar*
3 ulas bawang putih*
10 tangkai cili padi*
1/4 cawan air
7 biji fish ball dihiris
1 batang saderi dihiris
1/2 batang lobak merah diparut
3 sudu besar minyak masak untuk menumis
1 biji telur
1 batang cili merah (untuk hiasan)
Penyediaan:
1. Kisar / tumbuk bawang besar, bawang putih & cili padi (jika kisar, tambah sedikit air untuk blend).
2. Panaskan minyak dalam kuali & kemudian goreng telur. Angkat selepas masak. Ketepikan.
3. Tambah sedikit minyak jika kurang & setelah minyak panas, tumis bahan kisar/tumbuk tadi. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula, perencah maggi aya. Kacau sebentar & letakkan air.
4. Bila dah mendidih, masukkan fish ball. Kacau sebentar & masukkan batang saderi. Masak dalam 1-2 minit.
5. Kemudian, masukkan maggi yang direbus serta lobak merah. Kacau hingga mesra. Setelah masak, angkat & hidangkan. Tabur dengan hirisan cili merah. Siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan