Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 5 September 2018

Kueh Tiaw Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Tetiba teringin nak masak, ngetest & makan.
Dan Alhamdulillah, sepeket dibeli, selamat dibedal oleh anak-anak sedara saya, sis in law yang puasa & mak ayah mertua. Nasib ada backup buat cekodok jagung & fries. Kalau tidak, akak dapat sesudu aje kueh tiaw ni. .

Bahan:
500 gram kue teow
1 cekak kucai, potong pendek
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
5 ekor udang dibuang kulit & hiris kasar
1 keping fish cake dihiris kasar
5 ketul fish ball dipotong 3
3 sudu besar kicap
1 1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Limau kasturi untuk hiasan

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar & goreng seketika. Masukkan pula sos tiram & sedikit air, kacau dan tumis hingga cili garing.
2. Masukkan pula udang, fishball & fish cake. Masak sebentar & kemudian ketepi bahan di tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit masak & kemudian hancurkan.
3. Masukkan pula kicap pekat & kicap serta sedikit air. Kacau rata & masak hingga sedikit pekat. Letakkan kue teow & daun kucai, gaul rata. Rasa dan jika kurang masin, masukkan sedikit garam. Gaul rata & siap. Hidang dengan belahan limau kasturi atau taburkan dengan hirisan cili atau bawang goreng.

Tiada ulasan:

Catat Komen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...