Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Tauhu Terbalik


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu ni saya ternampak dalam IG @sheilarusly_jspictures .
Dah berbulan baru dapat realisasikan bila ternampak tauhu kering ni tergantung kat pasar Nilai. .

Menyediakan bahan takde masalah tapi masalah start timbul bila nak gunting tauhu & terbalikkan. Punah beberapa keping tauhu kering yang digunting tak berapa jadi & diterbalikkan. Siap anak sedara kata, "kenapa tauhu ni maksu. Cam pelik aje..."

Ini resipinya. Boleh cuba... .

Bahan:
15 keping tauhu kering
2 keping isi dada ayam dicincang
1 batang lobak merah diparut
2 tangkai daun bawang & sup dihiris
2 biji telur
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
7 tangkai cili padi
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Isi bahan tauhu terbalik. Jika nak jimat masa, boleh aje guna daging cincang yang dah siap kat pasaraya.

Penyediaan:
1. Gunting tauhu kering, buat kelopak & terbalikkan. Keluarkan isi tauhu kering untuk dicampurkan dengan bahan lain.

Tauhu yang sudah diterbalikkan.

2. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar & cili padi.
3. Dalam satu bekas besar, satukan isi tauhu, ayam, lobak merah, daun bawang, daun sup, telur, bahan tumbuk & garam. Gaul mesra.
4. Sumbat isi bahan campuran tadi dalam lubang tauhu & tekan agar ia sedikit mampat. Siapkan semuanya.


4. Sumbat isi bahan campuran tadi dalam lubang tauhu & tekan agar ia sedikit mampat. Siapkan semuanya.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah panas, goreng tauhu mampat tadi mulakan dengan bahagian kelopak tauhu. Tekan sedikit dengan jari atau sudip agar isinya tidak keluar & kelopaknya cantik terkembang. Setelah agak masak, goreng bahagian belakangnya pula. Angkat & toskan. Enak dimakan dengan sos, sambal, cili kicap atau begitu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...