Comel, kucing yang saya dan hubby bela sejak bulan 5 yang lalu telah tiada lagi. Dia telah pergi buat selama-lamanya selepas isyak tadi. Mati eksiden. Ayah mertua saya sewaktu itu hendak ke kedai membeli barang, setelah pasti yang Comel tiada di bawah kereta baharulah di reverse. Namun, memang sudah janji Allah, si kecil itu tergelek sedikit dengan tayar kereta hadapan.
Saya yang sewaktu itu ingin bersolat Isyak terdengar si Comel menjerit. Cepat2 saya ke tingkap. Saya lihat hubby saya sudah berlutut di tepi tayar. Ayah mertua saya pantas tekan pedal minyak. Pada mulanya saya lihat si Comel masih lagi hidup. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia. Selepas solat Isyak saya segera ingin melihat Comel yang diletakkan di dalam sangkar oleh hubby saya. Bila saya sentuhnya, saya lihat tiada respon. Tiga empat kali saya sentuh dan gerak tetapi masih tiada respon. Akhirnya saya tahu yang dia sudah tiada lagi dan meninggalkan saya dan hubby buat selama-lamanya.
Terima kasih ya Allah kerana memberikan Comel buat seketika kepada saya dan hubby untuk berkongsi keletahnya.
Salam alfi... kita barangkali berkongsi naluri yang sama. Anggap kucing samalah macam anak sendiri. Bila ditimpa kejadian tragis mcm ni, aduh... sedeynye susah nak cakap. kadang2 terlepas juga airmata ni depan anak2 yg kecil. padahal dlm dada dah pasang tekad sungguh2 depan mata anak2 cuba berlagak tenang.
BalasPadamSalam ruby. Kalau diikutkan inilah yg anak kucing pertama yg saya suapkan susu dan mandikan. Tu yg terlebih sikit emosinya. Jika sebelum ini, adik2 perempuan saya yg bela, jd saya tak lah touching sgt bila dah takde depan mata. Suami saya dah tersengih2 bila nengok saya nangis. hehehe...
BalasPadam