(Al-Baqarah: 286)
Kadang-kadang Allah duga kita dengan pelbagai perkara. Ada perkara yang menggembirakan dan ada juga perkara yang menyedihkan. Tapi adakah kita kongsikan keduanya dengan Dia yang Maha Agung? Pencipta yang menjadi pelindung kita sepanjang masa dan ketika. Hati yang walang kadangkala menuntut kita memikirkan pelbagai perkara. Dari segi positif dan juga negatif. Tapi kebanyakan kita selalunya akan memikirkan benda yang tidak baik berbanding yang sebaliknya.
Jadi adalah lebih baik kita berfikir sejenak. Dari siapa segala ilham ini datang? Siapakah yang mengizinkan kita berfikir begitu. Jika ditenung dan difikir secara halus, sudah pasti ini semua berlaku dengan izin Dia yang Maha Esa. Dia ingin menduga kita agar sentiasa ingat kepadaNya.
PadaMu ya Allah, ku pohon agar lindungilah aku dari pelbagai dugaan yang tak mampu aku pikul. Sesungguhnya hanya padaMu sahaja pelindung yang terbaik buatku. Ampunilah segala dosa ku yang sengaja dan tidak disengajakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan