Assalammualaikum dan salam sejahtera. Saya nak kongsikan satu resipi mudah dan sedap dari negera jiran Indonesia, kalio pakis udang. Entah macam mana, keluar FYP VTT masakan lauk ni. Saya tengok dan dapati bahan-bahannya mudah dapat. So, saya request suami cari barang masakannya di Pasar Minggu Bandar Lama Salak Tinggi.
Untuk anda yang suka udang dan suka pucuk paku, boleh cuba resipi menu kalio pakis udang ni. InsyaAllah sedap dan bau wangi rumah kerana rempah biji ketumbar yang ada.
1/2 kg udang dipotong bahagian depannya.
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1 batang serai
1/2 cawan cili padi
1 sudu besar biji ketumbar
2 ikat pucuk paku diambil bahagian hujung yang kembut
1 helai daun kunyit
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
1 kotak santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Masukkan bawang besar, bawang putih, buah keras, halia, kunyit, biji ketumbar dan cili padi ke dalam blander. Masukkan sedikit air dan kisar bahan-bahan ini hingga lumat.
2. Panaskan kuali. Masukkan 2 sudu besar minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan rempah 3
sekawan dan serai. Kacau sebentar dan masukkan bahan kisar tadi. Kacau dan masak sebentar. Kemudian, masukkan cili boh. Kacau lagi dan biarkan ia masak mendidih.3. Setelah mendidih, masukkan daun kunyit, daun limau purut dan santan. Kacau sekejap dan masukkan air. Kacau selalu sehingga kuah mendidih. Masukkan pula asam keping. Kacau lagi. Kali ini lebih kerap mengacau kuah ya.
4. Setelah kelihatan kuah sedikit memekat, masukkan udang dan pucuk paku. Kacau sehingga kelihatan udang masak dan daun lembut. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau sebentar dan boleh tutup api. Hidangkan gulai kalio pakis udang bersama dengan nasi putih, sambal ikan dan telur kicap.
![]() |
| Gulai kalio pakis udang. |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan