Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya cuba masak kudapan korea wanja-jeon atau dalam Bahasa Melayu kita panggil bergedil daging dan tauhu. Kenapa saya panggil bergedil? Sebab cara penyediaannya lebih kurang sama cuma bergedil kita guna kentang, daging sikit dan hirisan daun bawang kemudian dicelup dalam telur manakala wanja-jeon guna daging kisar, tauhu putih lembik tu dalam 1/3, ada bawang dan disalut dengan tepung dahulu baru disalut telur. Kalau ikutkan lebih kurang macam meatball juga.
Menu ni saya kenal masa ternampak kat dalam Youtube Maangchi. Layanlah Youtube dia sambil makan nasi tengahari. Bila tengok bahan dia macam mudah aje, tu yang cuba. Sedap jugalah. Nak kudap gitu boleh, nak cicah sos gitu pun, nak makan dengan nasi atau bihun sup pun boleh.
Ini resipi kudapan Korea wanja-jeon tu. Yang penting dalam ni mestilah daging dan tauhu.
Bahan:
300gm daging cincang
120gm tauhu lembik / 1/3 tauhu diperah airnya (guna tisu tebal atau kain untuk perah tauhu)
1 biji bawang besar didadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 tangkai daun bawang dicincang
2 sudu besar lobak merah didadu halus
1/2 sudu kecil kicap masin
1/2 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil garam1/4 sudu kecil lada hitam kisar
2 sudu kecil bijan yang disangai
3 biji telur (1 letak dalam daging & 2 lagi untuk salutan)
3 sudu besar tepung gandum
1. Sediakan satu mangkuk besar. Masukkan daging cincang, tauhu tanpa air, 1 biji telur, bawang besar, bawang putih, lobak merah, daun bawang, lada hitam, garam, minyak bijan dan kicap masin. Gaul kesemuanya hingga mesra.
2. Ambil sedikit adunan daging tersebut dan kepal ikut saiz yang anda mahu. Seeloknya besar sikit dari saiz sudu besar. Kalau ikutkan boleh dapat dalam 10-12 wanja-jeon ini. Jika ada air masa proses mengepal tu, buang air tu dengan kita kepal kuat sikit. Buat bentuk seperti di gambar bawah.
4. Selepas mengepal setiap satu wanja-jeon, sadurkan dengan tepung gandum tadi. Ini bagi memastikan tekstur daging bertauhu ini tidak berair atau melekit sangat.
5. Setelah siap kepal, dalam mangkuk kecil, letakkan sebiji telur + 1 kuning telur sahaja. Kacok.
6. Letakkan minyak dalam kuali leper dan guna api sederhana. Setelah minyak panas, sadurkan sekeping wanja-jeon dengan telur dan goreng. Jangan goreng serentak, kiranya goreng dalam 4-6 biji wanja-jeon dalam kuali. Setelah siap, boleh hidangkan kudapan korea wanja-jeon ini dengan nasi putih atau makan begitu sahaja dengan sos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan