Assalammualaikum dan salam sejahtera. Oleh keran suami saya tak makan udang dan tak berapa gemar sangat sotong, saya masakkan dia pajeon isi ayam. Jika anda tak suka ayam, boleh aje ganti dengan daging. Ikut suka. Cara memasak chicken pajeon ni sama aje stepnya dengan buat seafood pajeon. Takpe, saya share juga caranya dalam entri kali ni. Moga anda happy untuk mencuba dan masak untuk famili.
Bahan chicken pajeon:
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kentang
1/2 sudu kecil garam
1/4 lada hitam ditumbuk/kisar
3/4 cawan stok air ikan bilis (guna stengah kiub aje & cairkan dengan air)
12 urat daun bawang
3 ketul isi ayam dipotong kasar
1 biji telur saiz A
1 tangkai cili merah dihiris
Sedikit minyak untuk menggoreng
![]() |
sama aje dengan haemul-pajeon cuma tukar ayam sebagai isi |
Penyediaan.
1. Dalam satu mangkuk, masukkan udang, sotong, secubit garam dan lada hitam. Kacau dan ketepikan. Potong daun bawang ikut saiz kuali leper yang ingin digunakan. Saya haritu kerat 3.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan tepung gandum, tepung ubi kentang, secubit garam dan air stok ikan bilis (nak guna air biasa pun boleh). Kacau adunan hingga mesra.
3. Panaskan kuali leper kita. Masukkan anggaran dalam 2 sudu besar minyak dahulu. Guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan daun bawang yang dikerat tadi ke dalam mangkuk adunan tepung. Gaul mesra sebentar dan letakkan daun bawang bersalut ke dalam kuali. Susun elok-elok dansedikit rapat. Jika kuali anda besar, habiskan terus semua daun bawang tu.
6. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dan kocok telur tersebut. Kemudian, curahkan perlahan-lahan ke atas pajeon. Masa ni, kecilkan api. Biar ia masak perlahan-lahan. Anda boleh jenguk sikit keadaan bawah pajeon untuk pastikan ia masak menggunakan sudip leper.
7. Bila bahagian bawah sudah masak, terbalikkan pajeon untuk masak bahagian atasnya pula. Setelah terbalik, masukkan sedikit minyak masak dalam 2 sudu besar keliling pajeon yang diterbalikkan. Ini bagi memastikan adunan dan makanan laut masak dengan elok dan mudah diangkat. Jika boleh, angkat sedikit bahagian tepi pajeon agar minyak dapat masuk ke bahagian tengah. Jika pajeon anda tebal, cucuk-cucuk sikit dengan sudip bahagian tengahnya bagi isi masak elok.
Setelah pasti sekeliling haemul-pajeon dan masak, pindahkannya ke pinggan besar. Jika haemul-pajeon anda besar, potong kecil ikut saiz yang anda suka untuk nikmati. Haemul-pajeon ini enak dimakan panas-panas dan dicicah dengan sos 'home-made'nya atau makan begitu sahaja. Untuk video tutorial lengkap cara masak pajeon, bolehlah ke Youtube Maangchi. Ada banyak resipi Korea Selatan lain yang mudah untuk dicuba.
![]() |
Jika anda nak try pajeon versi lain, silakan, Saya buat jenis ayam dan seafood aje. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan