Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hampir sebulan ayah mertua baik saya dijemput Allah. Kali ni, saya sambung semula kisahnya bermula dari dia ke hospital hanya untuk cabut benang jahitan di kepala hingga dia terpaksa buat pembedahan kali ke-2.
23 Julai 2025, Hari ni abah ada appointment doktor. Untuk cabut benang di kepala pada jahitan pertama. Masa ni abah ok lagi. Boleh naik kereta seperti biasa, boleh menyandar dan berbual dengan orang keliling meskipun tak seramah masa sihat. Bila kena menunggu untuk jumpa doktor, ok aje abah waktu ni duduk kat kerusi roda. Masa doktor cabut jahitan tu, dia ada reaksi sakit tapi boleh tahan lagi. Masa ni kami rasa lega.
![]() |
Abah masa ni kalau orang lihat, dia ada potensi untuk sembuh |
24 Julai 2025, Hari ni abah demam. Biras saya inform famili. Jadinya suami, biras n anak dia bawa abah pi klinik hospital Aurelius semula. Nak dapatkan rawatan biasa sahaja awalnya. Jam 10.43 suami inform, BP abah naik 187/85 utk 1st dan 163/87 untuk kali kedua. Abah kena tahan kejap kat hospital untuk drip air dan check darah. Tak lama kemudian, jam 1.14 abah kena buat x-ray. Doktor kemudiannya inform abah ada jangkitan kuman di paru-paru dan paru-paru berair sedikit. Abah kena warded semula. Allahu Akbar. Masa ni kami berharap abah dapat lawan kuman yang 'kacau' dia dan luka di kepala abah dapat sembuh elok. Tapi masa ni kelihatan abah makin melemah. Nak bernafas pun kena guna nebulizer. Bila nak makan benda pejal skit macam roti, dia tersedak.
Dalam jam 4.25, abah dipindahkan ke wad sharing dengan sorang lagi pesakit lain. Masa ni abah dah tak banyak cakap. Anak sedara yang pergi ziarah pun inform yang atuk nampak banyak menung. Dan waktu ini juga, ada ketika, abah silap sebut nama. Dia jumble up dengan entah nama siapa-siapa.
25 Julai 2025, Awal pagi tadi, rezeki abah, dia dapat pindah ke bilik seorang. Ada kekosongan. Tak lama kemudian, doktor yang buat pembedahan pertama abah check semula kondisi abah. Dia pelik lihat tahap kesihatan yang tak seperti dijangkakan. Dia sarankan untuk buat MRI terus untuk pastikan tiada darah beku lain atau saluran darah di otak tiada masalah.
Saya datang jenguk abah dekat jam 11 pagi. Masa ni abah tidur aje. Dia letih, demam, sakit, takde selera makan, semuanya ada. Kesian tengok kondisi dia. Saya nak berbual pun tak sampai hati. Biarkan aje anak sedara dan suami layan atuk dia. But still, tangan abah tak boleh dok diam menggaru. Mungkin kulit dia gatal bila terlalu lama dalam aircond dan jadi kering. Mereka yang dok dekat kat katil abah, tahan tangan dia dan tanya kat mana gatal. Mereka tolong garukan.
Lebih kurang lepas asar, suami inform, abah kena jalani pembedahan kali ke-2. Tapi kali ni pembedahannya lebih besar lagi. Ada saluran bocor dalam bahagian otak abah (itu yang ditunjukkan pada result MRI terkini). Pembedahan dijangka buat lewat malam. Dalam jam 11.30 macam tu. Dan sekali lagi malam ni, suami temankan abah di luar dewan bedah. Kami di rumah berdoa dan bertawakal agar urusan pembedahan abah berjaya.
26 Julai 2025, Jam 1.20 pagi nampak suami inform yang pembedahan macam dah selesai sebab dia nampak nurse tarik keluar katil dari ICU nak ambil abah yang ada di bilik bedah. Jam 1.50, doktor keluar dari bilik bedah dan jumpa suami. Dia maklumkan yang dia terkejut sebab ingatkan pendarahan di otak tu melibatkan dua lapis otak tapi sebenarnya banyak lapis. Doktor maklumkan juga yang pendarahan jenis ni dah lama bukannya 3 minggu. Ia makan tahun untuk jadi. Doktor juga maklumkan yang mereka dah masukkan 1 pain darah untuk support abah. Tapi rasanya macam tak cukup. InsyaAllah, esok akan masukkan 1 pain lagi untuk stabilkan abah.
Dalam pada kami risaukan abah, suami cerita, ada satu insiden lucu lepas pembedahan. Lepas doktor bius cuba sedarkan abah, abah terus cabut sendiri alat pernafasan dia. Nurse dan doktor terkejut dan gelak tengok reaksi spontan abah bila sedar. Abah tak selesa bila alat pernafasan tu tertekup kat mukanya.
Selesai pembedahan semuanya, abah terus doktor masukkan ke ICU. Untuk tujuan pemantauan. Suami pun temankan abah sampailah lepas subuh barulah balik untuk rehat sekejap. Kami semua tak dibenarkan lawat abah kecuali isteri dan anak-anak aje dahulu hari ini. Jadi, berita pun kami dapat dari mereka.
27 Julai 2025, Tengahari, kami berdua datang ke hospital untuk ziarah abah dan menunggu kakak abah dan anaknya datang dari KL untuk berziarah. Bila kami sampai, mak andak dan anaknya sedang tunggu di luar ICU kerana belum jam 12 lagi untuk melawat. Kami buat sebentar. Bila masuk aje jam 12, saya soh suami masuk dengan makciknya. Biarkan mereka berjumpa dahulu. Lebih kurang 20 minit, kami amik turn pula jenguk abah.
Di ICU, saya lihat abah kelihatan lemah sangat. Kelihatannya juga bentuk kepala abah dan berlainan. Mungkin kerana doktor terpaksa potong tulang kepala yang menempatkan otak (pembedahan pertama hanya sekadar tebuk sikit aje tulangnya) untuk mengeluarkan darah beku yang berketul lama tu. Suami ada tunjukkan gambar darah beku 'bertahun' yang terpendam dalam otak abah. Memang banyak dan ada dalam 4 ketul gitu. Doktor kata, mungkin abah ada alami hentakan kuat di kepala masa muda-muda tapi dia tak berapa endahkan sangat ingatkan takde apa-apa.
Waktu ni, saya biarkan sepupu suami berbual dengan abah. Dia tanya, "Pak Tam, kenal saya tak?" Abah waktu tu pandang aje. Cuma recall memori dia. "Saya dulu Pak Tam panggil Siti Nurhaliza. Ingat tak?" Abah pandang dan kemudiannya dia angguk. Alhamdulillah, dia ingat. Adalah waktu ni mereka buat skit tapi saya tak ingat apa yang dibualkan. Kemudian, sepupu suami tengok hujung kaki abah bergoyang-goyang. "Pak Tam, ni kaki dah goyang-goyang dah. Ada potensi nak sihat tu." Saya senyum aje. Tahu, itu memang peel abah sejak saya baru kahwin lagi. Dia suka goyangkan kaki. "Oklah Pak Tam, saya balik dulu. Pak Tam kuat. Moga cepat sembuh ya." Kami berdua keluar, tinggalkan abah dan beri peluang kepada anak sedara di luar untuk jenguk abah pula.
Petang, kami datang jenguk abah lagi. Kali ni saya masuk seorang sebab mak mertua dah ada dalam ICU temankan abah (dalam ICU, 2 orang aje maksimum). Kami berbual kejap. Saya cerita kat mak abah, yang kucing nama Cantik yang abah selalu bagi makan kat depan dah bawak pindah anak-anak dia 3 ekor ke rumah. Ceritalah kaler apa semua dan borak perkara-perkara simple. Saya waktu ni, beranggapan, abah dah kenal menantu dia ni sebab sebelum ni abah macam ingat-ingat lupa saya. Saya dok kejap aje dan biarkan mak mertua tinggal dengan suaminya. Biarkan mereka berbual suami isteri.
Jam 7, saya dan suami masuk semula ke ICU lepas semua orang dah balik. Kami jenguk sebentar abah. Tak lama kemudian, seorang doktor muda lelaki datang ke arah abah dan check 'something'. Tiba-tiba dia panggil nurse dan minta buat ECG test pada abah. Suami tanya kenapa. Dia kata ritma atau rentak jantung abah tak sekata. Ada ketika naik tinggi beberapa minit, ada ketika ok. Ritma jantung abah yang kami perasan, waktu setengah jam ni, dalam range 120-149. Tinggi untuk orang yang berusia 85 tahun. Hampir jam 8, baru ritma jantung abah stabil semula. Itupun suami ada request selimut lebih sebab abah tak tahan sejuk.
Setelah kondisi abah ok, barulah kami keluar dari ICU dan ke surau. Entah macam mana, rupanya kat surau lelaki, suami terjumpa doktor tadi. Mereka solat bersama dan kemudian doktor tu inform kenapa dia check abah tiba-tiba tadi. Lepas dia dapat maklumat yang diperlukan, dia angguk faham. Mungkin prostat abah ada sedikit terganggu atau bahagian tu sakit membuatkan ritma jantung abah tak stabil. Esok, dia akan check dengan doktor yang handle masalah prostat abah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan