Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Orang yang sentiasa bersyukur memiliki 14 kekuatan ini dalam diri


Meletakkan diri dalam situasi sentiasa bersyukur tak mudah. Tapi orang yang sentiasa bersyukur memiliki 14 kekuatan diri yang tiada pada orang yang sentiasa berfikiran negatif, menyalahkan takdir, dengki mahupun cemburu. 14 kekuatan ini dicungkil berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh universiti, mereka yang telah lama menulis jurnal kesyukuran dan mereka yang berusaha untuk sentiasa bersyukur kerana mengikut perintah Allah (ada beberapa ayat dalam al-Quran menyatakannya).

Jika anda pernah mengalami kemurungan, rasa dengki atau cemburu dalam diam pada orang lain, tak gembira dengan hidup, rasa diri tidak sebagus orang lain atau apa sahaja yang berkaitan emosi negatif ini, lekas-lekas anda cari solusinya. Ini kerana kelompok rasa emosi negatif ini perlahan-lahan akan memakan kebabahagiaan, ketenangan dan kegembiraan anda. Bukan itu sahaja, ia akan turut menjangkiti orang yang berada di sekeliling anda juga secara tidak langsung.

14 kekuatan dimiliki oleh orang yang sentiasa bersyukur
  1. Perasaan bersyukur membantu mengalihkan tumpuan rasa cemburu, dengki, sakit hati kepada rasa berterima kasih, sangka baik pada Allah dan sabar.
  2. Orang yang sentiasa bersyukur akan mendapati diri mereka ada banyak perkara yang menggembirakan boleh dihargai dan dimiliki. Mereka akan dengan pantas mengingatkan diri bahawa mereka memiliki kelebihan yang tidak ada pada orang lain yang mahukannya (bukan riak tapi mengingatkan diri).
  3. Ucapan terima kasih daripada kita kepada orang lain memberi kesan positif pada kimia otak kita dan orang sekeliling yang menerimanya.
  4. Orang yang sentiasa berusaha untuk bersyukur, kurang terdedah kepada kemurungann dan lebih berusaha untuk bangkit ceria dan gembira. Mereka cuba memanfaatkan apa yang dimiliki untuk kebaikan diri dan juga membantu orang lain.
  5. Orang yang sering bersyukur. peka terhadapa nikmat yang diberikan Allah. Bila kita menyenaraikan nikmat harian, kita akan lebih menghargai hidup terutama bila tahap kesihatan diuji atau masalah kecil datang tiba-tiba. Adakala, mereka yang tinggi tahap imannya terutama alim ulama, mereka melihat ujian sebagai satu cara ‘Allah menyapa’ dengan cara-Nya tersendiri untuk menyatakan cinta-Nya kepada hamba-Nya.
  6. Kekuatan daripada bersyukur ini dapat dilihat dalam hubungan dengan Allah. Kita berusaha meletakkan Allah di hadapan dalam segala hal yang berlaku setiap hari. Bila kita resah, takut, kita tahu yang kita perlu berdoa pada_nya untuk dibantu mengurangkan keresahan dan dibimbing jalan keluar.
  7. Kesihatan mental buat orang yang sentiasa bersyukur dilihat semakin baik dari hari ke hari. Itu yang dinyatakan dalam buku Dale Carnigie dan kajian yang dijalankan di beberapa universiti luar negara. Kesihatan mental ini dirasai oleh mereka yang pernah menghadapi kemurungan, tekanan perasaan, keresahan, fobia dan ketakutan. Ia mampu merubah perspektif hidup yang membelenggu sebelum ini.
  8. Bersyukur, secara tidak langsung mananam sifat sabar dan tabah. Meskipun dalam kesusahan atau tekanan hidup, tetaplah kita sentiasa bersyukur. Kenangkan kembali sirah para nabi ketika mereka menghadapi ujian daripada Allah terutamanya Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Ayub a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Ibrahim dan para nabi yang lain.
  9. Menulis kata-kata kesyukuran mampu bertindak sebagai satu bentuk afirmasi positif. Islam mengajar umatnya agar yakin dan bersangka baik dengan perancangan Allah dan berusaha menjalani hidup yang positif dan diredhai.
  10. Antara kekuatan lain dimiliki bila sentiasa bersyukur ialah dapat membantu diri memulihkan kesedihan dalam jangkamasa pendek. Syukur membuatkan seseorang lebih mampu mengelolakan stres dengan baik.
  11. Jika kita sebelum ini hanya pandai menyebut syukur, Alhamdulillah, tapi bila kita mengamalkan kesyukuran setiap hari, secara tidak langsung kita akan menghargai diri dengan lebih baik. Kita berusaha untuk tidak menghakimi diri sendiri dengan cepat bila melakukan kesalahan.
  12. Bila seseorang itu sentiasa bersyukur, dia akan sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk sentiasa kekal bersyukur. Contohnya seperti berpuasa, bersedekah, beri makan pada anak yatim, membantu rumah orang-orang tua, menulis jurnal kesyukuran, menyediakan balang kesyukuran, sentiasa bermanis muka dengan sesiapa sahaja dan melakukan apa sahaja yang termampu asalkan hati berasa gembira dan tenang.
  13. Kesihatan orang yang mengamalkan kesyukuran ini dari sudut psikologi dan fizikal adalah lebih baik daripada orang yang hanya memikirkan perkara negatif dan berprasangka buruk. Mereka yang sentiasa bersyukur, dilihat sentiasa berusaha untuk kekal sihat bertenaga kerana mereka mahu kekal melakukan perkara baik selagi hidup.
  14. Mereka yang sentiasa bersyukur dan belajar bersyukur, dilihat lebih mudah memaafkan dan melepaskan kekecewaan dalam jiwa. Diri tidak fokus pada kesilapan atau kesalahan yang dilakukan tetapi mengubah fokus pada pelajaran dan hikmah yang diberi Allah.

Bersyukur, berterima kasih bukan setakat trend moden, tetapi merupakan amalan yang berakar kuat dalam ajaran al-Quran dan Sunnah. Dengan sentiasa bersyukur, seseorang mukmin dapat meningkatkan hubungan spiritual, membina kesedaran hati, dan menghadapi cabaran hidup dengan sabar, kuat semangat dan tidak mudah putus asa.

Jika anda berharap untuk memulakan rasa bersyukur dan cuba untuk konsisten, anda boleh dapatkan Pelengkap Kegembiraan dari EkspresiSyukur. Jurnal kesyukuran ini mengajak anda, orang yang sedang mengalami ribut dalam jiwa, kesedihan atau kerisauan melampau, mengakui adanya rasa cemburu melihat kelebihan orang lain untuk membuat tabiat buruk ini dan merubah diri menjadi lebih baik atau bahagia seperti sebelum ini. Jurnal kesyukuran ini, membantu anda menyenaraikan perkara-perkara baik yang berlaku dalam hidup setiap hari selama 90 hari secara konsisten. Bukan itu sahaja. jurnal ini menyediakan mutiara kata pemangkin semangat buat anda juga membantu anda melakukan aktiviti yang boleh mengalih tumpuan negatif kepada positif.

Hidup ini sukar tapi selagimana kita boleh jalaninya, sebenarnya Allah sentiasa ada bersama kita dalam membantu memudahkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...