Assalammualaikum & Salam Sejahtera, menu maggi mee bandung ni ternampak resipi ni kat YouTube @sheilarusly_jspictures . Teringat pulak ada stok maggi & telur kat dalam fridge. Jadinya, sarapan pagi ni, kita try lah. Alhamdulillah, sedap sangat. Sekali dua dah masuk mulut, rasa bertambah aje lagi dan lagi suapannya.
Dek kerana takde daging, saya guna apa aje yang ada di dapur 😊. Rumah kita, kita masak aje ikut apa adanya. Janji maggi meembandung ni siap dimasak.
Ini resipinya.
1 bahagian dada ayam dihiris nipis
3 paket maggi kari
3 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang holland dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu cili kisar
2 sudu besar sos cili
3 cawan air
3 biji telur
2 batang fish cake dihiris kasar
1 batang sayur saderi dihiris
3 helai salad disiat-siat
2 tangkai cili padi merah (hiasan)
2 sudu besar bawang goreng (hiasan)
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang holland & bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing.
2. Masukkan pula perencah maggi kari & sos cili. Kacau hingga mesra. Masukkan pula ayam. Kacau seketika & masukkan air. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan fish cake. Masak sebentar & masukkan maggi mee. Masukkan juga telur sebiji demi sebiji, batang saderi & salad. Kacau perlahan-lahan & tutup dengan penutup kuali. Biarkan ia masak selama 2 minit baru diangkat penutupnya. Kacau perlahan & tutup api. Masukkan dalam mangkuk hidangan & taburkan dengan cili padi & bawang goreng. Siap untuk dihidang maggi mee bandung untuk keluarga kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan