Assalammualaikum & Salam Sejahtera,Turkish breakfast menu, Patatesli Yumurta @ Eggs with potatoes.
Macam telur dadar di Malaysia cuma letak kentang & spices. Dan lebih kurang juga seperti frittata, menu orang barat.
Tq Aysenur Altan dari @turkishfoodtravel untuk resipi.
Bahan:
1 biji kentang besar, dibuang kulit & dipotong dadu
3 biji telur saiz A
2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili, oregano atau apa sahaja yang anda suka
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali leper. Setelah minyak panas, masukkan kentang. Masak hingga ia separuh masak & tutup atasnya dengan penutup periuk. Kacau sekali sekala.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili & oregano. Kacau hingga semua mesra.
3. Angkat penutup periuk & masukkan adunan telur tadi serata kentang. Guna api perlahan untuk masakkan telur & kentang.
4. Setelah bahagian bawah masak, perlahan-lahan pindahkan telur tadi ke atas pinggan besar & kemudian masukkan balik ke dalam kuali dengan menelangkupkan bahagian yang belum masak. Biarkan ia masak selama 3-4 minit & barulah angkat ke dalam pinggan untuk dihidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan