Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 5 Ogos 2021

Cinnamon Rolls Gebu Gebas Yang Sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


Rezeki kali ni, cuba resipi dari Ree Drummond. Cantik, sedap & gebu jadinya cinnamon rolls saya. Ada yang saya letak inti kacang & ada yang saya letak inti asas aje. Bila letak kacang walnut kat dalam doh tu, bila makan, jadi lembut aje kacang tu. Tak keras. Sedap. 

Ini resipinya. Hopefully anda pun berjaya juga masak cinnamon rolls ni 😊

Bahan:
1 1/2 cawan susu (saya guna anchor)
1/2 cawan minyak sayuran
1/2 cawan gula
1 paket kecil yis
4 1/2 cawan tepung gandum + sedikit untuk menguli doh nanti
1 sudu kecil serbuk cinnamon (kayu manis)
1/4 sudu kecil parutan buah keras
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 kecil garam
Sedikit mentega cair untuk disadur pada bekas membakar

Bahan inti:
1/2 mentega yang dicairkan
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil buah keras
1/2 cawan kacang walnut dicincang kasar

Penyediaan Doh:
1. Masukkan susu, minyak & gula ke dalam periuk masakan sederhana besar. Kacau mesra & panaskan atas api. Bila kelihatan mula mendidih, tutup api & kacau hingga tidak terlalu panas (bila celup jari, kita boleh tahan panas dia). Ketepikan dari atas dapur & rehatkan sebentar kemudian masukkan yis. Kacau sedikit & biarkan ia selama 5 minit. 
2. Dalam mangkuk lain, masukkan 4 cawan tepung, serbuk kayu manis & buah keras. Gaul mesra & masukkan dalam adunan susu tadi. Kacau hingga mesra & tutup periuk dengan kain lembab. Biarkan doh naik dalam masa satu jam.
3. Untuk bahan inti, dalam satu mangkuk, masukkan gula perang, gula, serbuk kayu manis & buah keras. Gaul mesra dengan sudu. Ketepikan.
4. Setelah sejam, doh akan naik dua kali ganda. Masukkan 1/2 cawan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat & garam. Kacau hingga semuanya mesra & pindahkan ke atas meja yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung (untuk elakkan doh melekat di meja). Uli doh & gunakan pencanai untuk mendapatkan doh berbentuk segi empat tepat. 
5. Tuang mentega cair ke atas doh & sapukan rata dengan menggunakan tangan aje. Kemudian, taburkan bahan inti bergula tadi di atas keseluruhan doh. Taburkan pula kacang walnut. Kemudian, gulung doh perlahan-lahan menggunakan teknik menaip (typewriter technique) sehingga habis digulung. Hujung gulungan, picitkan sedikit agar ia tidak terbuka & kemudian terbalikkan bahagian dipicit tadi ke bawah agar ketika memotong, ia tidak terbuka.
6. Potong doh setiap dua inci & masukkan potongan ke dalam bekas pembakar yang telah disadurkan dengan mentega. Setelah penuh dulang pembakar diisi, tutup sebentar dengan kain lembab selama 20 minit bagi menaikkan doh. 

Apabila doh dah naik, cantik kembang seperti ini rupa cinnamon rolls nya. Untuk inti, boleh letak apa yang kita suka. 

7. Panaskan oven pada suhu 190 celcius api atas bawah. Setelah doh kembang, bakar ia di dalam oven selama 15-20 minit atau sehingga ia kuning keemasan. Keluarkan & biarkan ia sejuk sebentar sebelum disadurkan dengan cream cheese ataupun cairan gula icing berserta susu. Siap untuk dimakan. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...