Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 11 Ogos 2021

Kematian yang mengejutkan & dicemburui


Innalillah hiwaina ilaihi roji'un... buat Allahyarham Ustaz Fadli Yusof yang sangat dekat di hati saya sejak beberapa tahun lalu hinggalah ke hari kematiaannya juga buat Allahyarham Siti Sarah yang sentiasa ceria & sabar dengan ujian yang datang pada dirinya.


Kedua-dua mereka ini meninggal atas asbab covid19. Kedua-dua mereka pergi membawa banyak amal kebaikan yang diredhai Allah. Allah redha ke atas mereka. Dan sudah semestinya membuatkan kita cemburu untuk membuat amal kebaikan seperti mereka. 

Bila mendengar berita pulangnya Ustaz Fadli pada 5 Ogos lalu, membuatkan saya sangat terkejut. Saya tak tahu nak cakap apa masa tu tapi hati rasa sedih sangat. Sebak. Teringat terus kepada nama arwah yang sudah saya savekan dalam Maybank2u. Pasti selepas ini saya tak dapat lagi menyumbang terus kepada beliau. Saya tidak banyak amal kebaikan di dunia ini, jadinya, pada dia saya menumbang untuk melakukan kebajikan. Saya tidak sekuat dia & keluarga yang sanggup masuk ke pedalaman Sabah, yang sanggup merentas hutan sungai, yang sanggup berhadapan dengan sihir & buatan orang & berlemah-lembut dalam menyampaikan Islam. Apa yang saya mampu, saya berikan melalui dia. 

Setiap kali dia update kisah di Facebook tentang pengislaman saudara baru, pasti ramai yang mengaminkan doa dia pada saudara baru tersebut juga mengucapkan Alhamdulillah atas rezeki hidayah Allah kurniakan pada mereka melalui dia & team Kembara Syahadah dia. Jika saya berkesempatan, saya juga mengucapkan Alhamdulillah di FBnya. Dan, tidak pernah sekalipun dia mengabaikan ucapan orang di komen FBnya. Dia akan sentiasa memberi tanda Like pada status tersebut meskipun ringkas. Benda sekecil ini pun, Ustaz Fadli mengambil kita akan apa yang dikomen padanya. 

Saya tak dapat nak tulis banyak kebaikan tentang dirinya kala ini kerana air mata asyik mengalir keluar terkenangkan dia. Anda boleh baca komen-komen orang yang mengenali arwah di FB tentang kebaikan & kerja dakwah arwah. Hanya Allah tahu apa rasa kami bila kehilangan orang yang hebat amalan kebaikannya pada manusia & alam. Moga Allah kurniakan dia Syurga Firdaus selesai urusan akhir kita semua.

Dan kematian Siti Sarah, penyanyi terkenal Malaysia ini juga isteri kepada Shuib Sepahtu merupakan satu petanda bahawa ada amal kebaikan & kebajikan yang dilakukan sebelum ini diterima oleh Allah. Ada banyak kebaikan dia mula keluar satu demi satu selepas kematiannya. Hatta keluarga mendapat ucapan takziah dari Yang Di-Pertuan Agong juga Permaisurinya. Dia juga mendapat rezeki solat sunat jenazah ghaib dari Tanah Haram. Ya, pasti sangat ada perkara betul yang dia lakukan sehingga Allah berikan kebaikan nama padanya selepas kematian. Moga Allah tempatkan dia di kalangan hambaNya yang dirahmati juga melindungi keluarganya dari fitnah dunia. Amin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...